Nur ain syuhada
5 stories
Be My Wife by nurulainsyuhadaaa
nurulainsyuhadaaa
  • WpView
    Reads 13,713
  • WpVote
    Votes 188
  • WpPart
    Parts 5
HUBUNGAN baik yang terjalin di antara Elman dan Hannah sejak dari kecil retak dek satu insiden. Walaupun bukan salah Hannah, namun gadis itu tetap bersalah pada pandangan mata Elman hinggakan lelaki itu membencinya sehingga mereka melonjak dewasa. Perasaan SAYANG itu bukan susah untuk menjadi BENCI... Kerana harta, Elman akur dengan permintaan ibu bapanya asalkan harta keluarganya tidak jatuh ke tangan orang lain. Walaupun dulu memang sayang, dulu memang cinta, namun perasaan itu telah lama terkubur. Fikir Elman, keperitan yang dia alami tak seteruk layanannya terhadap Hannah! Lain pula di pihak Hannah. Rasa hormat kepada Elman yang berpangkat abang kepadanya sejak dari kecil, membuatkan dia hanya menerima cara layanan lelaki yang bergelar suami itu. Syurga di bawah tapak kaki suami, kan? Menguburkan rasa cintanya kepada lelaki lain dan menerima jiran sebelah sebagai suami bukan suatu keputusan yang mudah baginya. Hati merintih dan doa tidak pernah terputus. "Abang, kenapa abang pakai apron terbalik?" - HANNAH 'Terbalik?! Aiyayai! Buat malu betul! Dahlah dia nampak aku pakai apron, terbalik pulak tu!'- ELMAN "Abang Elman yang masak?" - HANNAH "Then? Ingat ada orang gaji ke dalam rumah ni?"- ELMAN Tapi... Kalau dah namanya duduk sebumbung, siapa kata cinta tak boleh berputik kembali di antara lelaki dan perempuan? Saat cinta mula berkembang, Allah menguji mereka dengan pelbagai ujian. Sekuat mana hati Hannah kepada Elman? Permintaan yang bermula daripada paksaan... bagaimana pengakhirannya?
Dia Troublemaker by nurulainsyuhadaaa
nurulainsyuhadaaa
  • WpView
    Reads 47,061
  • WpVote
    Votes 2,313
  • WpPart
    Parts 30
"Bukan salah dia orang I'm spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did, ayah kata adik spoiled? You spoiled me! Bukan abang!" tengking Nunu. Dua tahun dia dihantar ke Madrid untuk mendisiplinkan diri. Apabila dia pulang semula ke Malaysia untuk SPM, orang tuanya masih juga begitu. Dalam masa dia terpaksa menempuh hari-hari sedihnya, Allah menarik kedua orang tuanya sekaligus dek kerana skandal syarikat bapanya dan meninggalkan dia seorang diri. Walaupun hilang tempat bergantung, Nunu cuba kuat atas pesan arwah abang-abangnya. Dijaga oleh Uncle Adam dan Auntie Ma yakni kedua ibu bapa saudaranya tidak memberi alasan untuk dia lari dari kehidupan kelam. Makin terus dibuatnya apabila dia terpaksa berhenti belajar dari universiti dan mula bekerja untuk menyara hidupnya sendiri. Lemah. Dia lemah. Lantas Nunu ambil keputusan untuk membunuh diri! Dari situ mulanya pertemuan dia dan Alan yang banyak mengubah hidupnya sendiri. "Awak selongkar barang saya?!" - Nunu "It's the right thing to do lepas you pengsan. Takkan I nak goncang you sampai bangun just untuk tanya nama you?" pedas. - Alan Nunu belajar memaafi. Tapi kenapa bila dia belajar untuk memaafkan, semuanya tidak berjalan seperti yang dia harapkan? Kenapa semua ini jadi terbalik? Kenapa dendamnya itu perlu kembali? Dalam senyap Auntie Ma datang membuka rahsia. Rahsia apa yang buatkan Nunu lari dari kenduri kahwinnya sendiri?
SPLIT by nurulainsyuhadaaa
nurulainsyuhadaaa
  • WpView
    Reads 80,999
  • WpVote
    Votes 3,060
  • WpPart
    Parts 30
Split maksudnya pecah. Ini kisah seorang manusia yang entitinya pecah kepada beberapa orang yang pelik-pelik perangainya. Mikael - Domain. Lelaki yang terpaksa bangun hari-hari untuk menempuh hari-hari mencabar tanpa dia duga. Bukan senang nak kawal emosi dan perasaannya. Tapi apabila dia leka, akan ada entiti lain yang akan ambil alih. Sudahlah ambil alih, kalau buat pasal, tak ke tiba-tiba dia yang kena selesaikan bila entiti itu pergi? Hafez - Entiti kedua yang sangat kuat. Kemunculan dia adalah sekerap mana Mikael sedar. Kenapa? Sebab Mikael manusia yang sangat susah untuk mengawal kemarahannya. Hafez yang bersifat protective. Tapi pada masa yang sama, sangat annoying! Ikut kepala dia, Degil! Dan dia sentiasa menang. Kalau Allah kata TAKKAN JUMPA, sampai kiamatlah kalau kau berjiran pun, kau takkan jumpa dia. Setahun lebih duduk di kondominium yang sama tetapi Mikael dan MAryam tidak pernah berjumpa. Kun Fa Ya Kun, bila Allah kata, jadi.. maka jadilah. Dan pertemuan mereka bukan memberi impak yang kecil untuk kehidupan mereka. Tetapi pertemuan mereka adalah antara sebab Allah ingin buka mata mereka untuk menyelesaikan apa yang tidak selesai. Jatuh cinta itu perkara biasa. Tapi macam mana Maryam nak hadap kesemua entiti? Macam mana nak toleransi dengan Hafez kalau setiap kali mereka jumpa, asyik nak bergaduh tarik-tarik rambut aje. Personaliti Mikael yang lain? Nak tahu, kena duduk hadap cerita ni. :D
Cinta Kontrak by nurulainsyuhadaaa
nurulainsyuhadaaa
  • WpView
    Reads 216,963
  • WpVote
    Votes 3,512
  • WpPart
    Parts 38
"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya. Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya. Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar. Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha. Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi? "Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas SOFA? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
Oh TGV, I Jatuh Cinta by nurulainsyuhadaaa
nurulainsyuhadaaa
  • WpView
    Reads 1,946
  • WpVote
    Votes 116
  • WpPart
    Parts 1
Putus cinta tu biasalah. tapi kalau dah selalu sangat jadi, penat tau tak. Dengan usia yang makin meningkat, Cat rasa terdesak. Baru sebulan dia diputuskan. umur dalam beberapa tahun lagi nak jangkau 30. Tak takut ke asyik gagal dalam bercinta? Untuk menghilangkan rasa sedih, Cat cuba cari ketenangan dengan menghabiskan duitnya ke panggung wayang. Tapi di sana, bukan dia tengok wayang. Dia yang buat wayang bila hatinya dicuit lelaki muda yang baru usai SPM. Kau rasa? Cat tak peduli. Dia nak lelaki itu!