ukaynazain's Reading List
2 stories
I MARRIED TO MY EX'S UNCLE  by ukaynazain
ukaynazain
  • WpView
    Reads 7,267
  • WpVote
    Votes 334
  • WpPart
    Parts 25
"Kau sebut nama aku? Tak, sekarang ni Uncle Kael yang kau sebut tu suami aku dan kau anak buah aku tau!" - Sofia Pengkhianatan Aydan menghancurkan impian Sofia dalam sekelip mata. Lelaki yang pernah berjanji mahu sehidup semati memilih untuk curang dan meninggalkannya. Sehinggalah, pada saat dia ditawarkan oleh Puan Wana untuk menggantikan pengantin lelaki, segala-galanya mula berubah. "Uncle kan dah ada Kak Alisa, kenapa setuju nak kahwin dengan saya pula?" - Sofia "Kalau awak nak jawapan tu, tunggu lepas kita kahwin nanti. Boleh kan?" - Uncle Kael Ah, takkanlah dia dengan mudah mahu menerima lelaki itu kan? Lagipula, sudah tentu status mereka yang bakal berubah daripada anak buah dan pak cik, bertukar menjadi suami isteri? Aduhai, boleh gila rasanya Sofia. Tambah lagi, bukan ke Uncle Kael tidak pernah menyukainya sebelum ini? Dulu, sewaktu dia masih bersama Aydan, ada saja perlian dan sindiran yang dilempar. Dan, fikir Sofia semuanya akan baik-baik saja setelah pernikahannya dengan Uncle Kael tapi tiba-tiba pulak Aydan datang semula kepadanya. "Saya menyesal awak. Boleh tak awak terima saya semula?" - Aydan "Kepala otak kau! Aku ni mak cik kaulah!" - Sofia Arghh! Pening kepala Sofia. Takkan dia nak layan? Jadi, macam mana ni? Apa kesudahannya nanti?
ISTERI TIDAK BERTAKHTA by ukaynazain
ukaynazain
  • WpView
    Reads 1,582
  • WpVote
    Votes 52
  • WpPart
    Parts 5
Hati isteri mana yang tidak sakit apabila dilayan seperti kain buruk? "Kau keluarkan dulu duit belanja untuk minggu ni. Duit aku dah habis bagi kat mak aku." -Ajan "Orang mana ada duit lagi dah bang. Semalam mama minta duit nak bagi kat Ija." -Niya Tidak cukup dengan itu, ibu sendiri pula meletakkan semua tanggungjawab atas bahunya. "Mama kata minta duit dengan Along. Kasut Ija dah koyak tepi. Malulah nak turun kelas kalau macam tu." Lebih teruk, kesabarannya teruji apabila si suami yang diharap untuk membela dirinya sebagai isteri, menuduhnya berskandal. "Eloklah Ajan ceraikan Niya tu, dulu bapa dia kahwin lain. Ni karma turun pada anak pula." -Mama Lebih perit kala si ibu tergamak menambah perasa dalam masalah yang sedang dihadapinya. "Aku tak nak ceraikan kau Nia tapi aku nak tengok kau sanggup tak hadap perangai aku?" -Ajan Tiba-tiba suaminya berubah perangai. Dia dipukul dan dimaki saban hari. Kemuncak kesabarannya habis saat dia keguguran. Dirinya nekad menuntut cerai! "Mama kata kau gila nak berjantan lain sebab tu kau nak tuntut fasakh kan? Aku tak akan ceraikan kau Nia!"-Ajan "Abang tak nak ceraikan Orang? Baik. Jadi jangan menyesal kalau Orang buat gila betul-betul!"- Niya Apakah kesudahannya? Adakah Nia akan terus hidup menjadi 'hamba' pada semua orang? Atau ada bahagia yang bakal menanti di hujungnya?