mennz90's Reading List
3 stories
Musibat by NaimTamdjis
NaimTamdjis
  • WpView
    Reads 3,231
  • WpVote
    Votes 114
  • WpPart
    Parts 4
Zin telah ditawarkan pekerjaan sebagai pemain gendang nengkara di Istana Melaka dan menerimanya. Walhal dia tidak mengetahui terdapat sejarah dan mitos tentang gendang itu sejak zaman-berzaman. Zin sering terdengar nyanyian yang menyeramkan di kawasan istana. Jelmaan demi jelmaan muncul menghantui hidup Zin. Mampukah Zin merungkai setiap kejadian yang berlaku? Siapakah yang sering menyanyikan lagu klasik itu dan makhluk apakah yang sering muncul dalam hidup Zin. Apakah tujuannya menghampiri Zin?
Vampire of Grahi II by humairaseri
humairaseri
  • WpView
    Reads 8,742
  • WpVote
    Votes 176
  • WpPart
    Parts 20
Siti, seorang gadis cantik dari keluarga ternama, harus berjuang sendirian untuk melawan gangguan dan kekejaman yang diakibatkan dari keinginan Seri, pontianak dari zaman silam. Ringkasan: Vampire of Grahi II adalah sebuah kisah yang merentasi kira-kira 700 tahun melibatkan Siti, seorang gadis cantik yang tidak mengetahui bahawa dia didampingi saka kepada moyangnya yang hidup di istana Grahi pada abad ke-14 Masehi. Sakanya itu yang mengaku sebagai Puteri Srimala Maulimarwadewi Amaradani, puteri kepada pemerintah negeri Grahi abad ke-14 di Segenting Kra telah menceritakan segala-galanya - tragedi, cinta dan airmata yang telah mengubah nasib satu keturunan. Semua cerita itu dianggap sebagai satu RAHSIA yang diamanahkan kepada Siti untuk menjaganya. Dalam episod yang lepas, Siti yang dirasuk kembali pulih setelah bertarung berjam-jam lamanya dengan Seri, yang juga mengaku sebagai saka kepada Siti. Namun Seri bukanlah saka kepada Siti dan terbongkar bahawa dia adalah musuh kepada Puteri Srimala. Siapakah sebenarnya Seri? Mengapa dia menyembunyikan Sufian, sepupu dan kawan sepermainan Siti sejak dari kecil? Sebaik sahaja Siti sedar dari pengsan, dia mendapati Sufian masih tidak ditemui. Keluarga Sufian sudah mencuba pelbagai usaha termasuk meminta bantuan kedutaan Malaysia di Bangkok bagi mencari Sufian yang hilang sejak pergi ke rumah kawannya di Patani. Namun kemudian Siti sedar akan sesuatu... "...seseorang itu tidakkan pernah merasai kelazatan cinta, sehinggalah dia dikhianati cinta." -Seri ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Untuk mengetahui apakah yang berlaku dalam episod pertama, anda boleh memiliki Vampire of Grahi I di sini: http://vognovel.blogspot.com/
Samurai Melayu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 10,269
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 7
Mus'ab menyimpan kisah silam yang hitam. Sebagai algojo organisasi gelap terbesar asia - Ryuken, dia telah banyak meragut nyawa. 15 tahun yang lalu, dia dihantar pulang ke Malaysia untuk menjadi senjata rahsia bagi organisasi tersebut. Menanti untuk diaktifkan sambil menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Namun sesuatu telah mengubah kehidupannya. Apabila tiba masanya, dia telah diaktifkan oleh cabang Ryuken di Malaysia, Organisasi Mitsuhide. Apabila Mus'ab membantah seruan tersebut, nyawa keluarganya diugut. Mus'ab telah masuk campur dalam urusan menumbangkan Mitsuhide secara tidak sengaja, sekaligus menjadikan dirinya sasaran Ryuken. Tindakan Mus'ab itu juga mengakibatkan dia berada di dalam radar Inteligen Kerajaan Malaysia. Bakri dan Faisal telah dihantar oleh Direktor Amiri untuk memburu Mus'ab. Sementara Ryuken mula mengarahkan operatif elitnya, Syaitan Bertujuh, menerjah Malaysia bagi menamatkan nyawanya. Mus'ab terseret ke dalam konflik yang lebih besar. Nama lamanya, Ryujin kembali didengari. Katananya, Muramasa, yang telah lama 'tidur' kini kembali bermandikan darah. Dalamannya berkonflik dan tertanya-tanya apakah Tuhan tidak sudi mengampunkan dosa-dosa lamanya? Apakah tidak cukup perubahan yang telah diusahakan? Perlahan-lahan Mus'ab seakan kembali didakap dirinya yang lama. Seorang algojo. Di tengah-tengah keserabutan konflik bertingkat-tingkat ini, Ryuken pula punya agenda misteri yang dianggap senjata terakhir untuk menghalang kemaraan Malaysia dan Islam di persada antarabangsa. Mampukah Mus'ab berhadapan dengan semua cabaran yang menuju ke arahnya? Apakah Ryuken akan berjaya mencapai misi mereka?