STORY HILAL
9 stories
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 40,684
  • WpVote
    Votes 790
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 6,930
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan - Enam bulan telah berlalu selepas tragedi di Wagangada. Enam bulan juga Ariki dan rakan-rakannya berkampung di Hutan Maut bersama Ibu Umeira. Enam bulanlah juga Ishmakil tidak pulang-pulang kepada mereka. Ibu Umeira telah memutuskan untuk menghantar Ariki dan rakan-rakan mengembara ke Negara-Negara Timur, mencari Ishmakil. Destinasi pertama mereka ialah Mastazadi, sebuah negara yang dipimpin seorang budak bernama Arata. Di sana, mereka akan teruji dengan konflik demi konflik, yang menjemput 1001 persoalan terhadap perjuangan mereka, persahabatan dan masa hadapan antara mereka! Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagangada telah menginspirasikan pemberontakan di Mukan'Aja. Kini mereka berkumpul di Masjid Al-Aqsa yang terletak di LikuWaku. Keadaan itu memaksa Lutello turun ke sana untuk berhadapan dengan mereka, tanpa mengetahui ada kejutan sedang menanti dirinya. Sambungan Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru ini pastinya penuh dengan debaran!
Sumpahan Legenda by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 3,050
  • WpVote
    Votes 80
  • WpPart
    Parts 5
Novel Sumpahan Legenda mengisahkan pengembaraan Rusyd, pemuda yang mahu menuntut bela kematian ibu bapanya yang telah dibunuh sedekad yang lepas. Namun di tengah perjalanan, dia mula mengetahui akan kewujudan 'Legenda', satu gelaran yang dinobatkan kepada pendekar terhebat di atas muka bumi ini. Tanpa disangka-sangka, dendam kesumat yang mahu dilunaskan, dan gelaran ulung itu, punya kaitan yang tersangat rapat!
Tetamu Tuhan 50 Hari by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 5,529
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 5
Novel Tetamu Tuhan 50 Hari membawa pembaca meneliti kisah Wasim, seorang pemuda berusia awal 30-an. Walaupun mempunyai isteri yang solehah, dia hidup terumbang-ambing dengan pendapatan yang cukup-cukup makan, solat tunggang langgang, kuat hisap rokok. Dia juga merupakan seorang anti-sosial, tidak betah bergaul dengan orang ramai. Tetapi tanpa disangka-sangka, Wasim mendapat panggilan untuk bertamu di Tanah Suci selama 50 Hari, bagi menunaikan Haji. Kosnya pula sudah ditanggung! Bagaimanakah Wasim menghadapinya?
Encik Pembunuh by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 26,126
  • WpVote
    Votes 516
  • WpPart
    Parts 7
Encik Pembunuh - Tajuk memang macam drama TV melayu, tetapi sorry, jalan cerita novel ni lagi awesome. Ini cerita Faisal, seorang pembunuh profesional yang sangat menggerunkan. Sudah bunuh ratusan orang, dan nak kata orang gerun pada dia tu sampai dunia kongsi gelap di Malaysia gelarkan dia 'Izrail', nama israiliyyat bagi Malaikat Maut. Tetapi nak dijadikan cerita, kalau tak takdelah novel ni, Faisal rasa muak dan meluat dengan karier dia. Faisal nak berhenti, nak berubah, tetapi tak jumpa jalan. Ketika inilah, masa tengah layan frust dengan gaya hidup dia, sekonyong-konyong muncul Amirah Sophia, kenalan dia semasa di universiti dahulu. Dia kenal Amirah sebagai budak dakwah yang aktif. Jadi Faisal terus aja lamar Amirah Sophia, menganggap Amirah Sophia mampu menyelamatkannya. Keputusan itu telah menjemput konflik yang banyak kepada hidup Faisal. Apakah Faisal akan berjaya berubah? Bagaimana?
Samurai Melayu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 10,254
  • WpVote
    Votes 226
  • WpPart
    Parts 7
Mus'ab menyimpan kisah silam yang hitam. Sebagai algojo organisasi gelap terbesar asia - Ryuken, dia telah banyak meragut nyawa. 15 tahun yang lalu, dia dihantar pulang ke Malaysia untuk menjadi senjata rahsia bagi organisasi tersebut. Menanti untuk diaktifkan sambil menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Namun sesuatu telah mengubah kehidupannya. Apabila tiba masanya, dia telah diaktifkan oleh cabang Ryuken di Malaysia, Organisasi Mitsuhide. Apabila Mus'ab membantah seruan tersebut, nyawa keluarganya diugut. Mus'ab telah masuk campur dalam urusan menumbangkan Mitsuhide secara tidak sengaja, sekaligus menjadikan dirinya sasaran Ryuken. Tindakan Mus'ab itu juga mengakibatkan dia berada di dalam radar Inteligen Kerajaan Malaysia. Bakri dan Faisal telah dihantar oleh Direktor Amiri untuk memburu Mus'ab. Sementara Ryuken mula mengarahkan operatif elitnya, Syaitan Bertujuh, menerjah Malaysia bagi menamatkan nyawanya. Mus'ab terseret ke dalam konflik yang lebih besar. Nama lamanya, Ryujin kembali didengari. Katananya, Muramasa, yang telah lama 'tidur' kini kembali bermandikan darah. Dalamannya berkonflik dan tertanya-tanya apakah Tuhan tidak sudi mengampunkan dosa-dosa lamanya? Apakah tidak cukup perubahan yang telah diusahakan? Perlahan-lahan Mus'ab seakan kembali didakap dirinya yang lama. Seorang algojo. Di tengah-tengah keserabutan konflik bertingkat-tingkat ini, Ryuken pula punya agenda misteri yang dianggap senjata terakhir untuk menghalang kemaraan Malaysia dan Islam di persada antarabangsa. Mampukah Mus'ab berhadapan dengan semua cabaran yang menuju ke arahnya? Apakah Ryuken akan berjaya mencapai misi mereka?
Pemburu by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 7,174
  • WpVote
    Votes 193
  • WpPart
    Parts 7
PEMBURU - Ini pula kisah seorang pemuda bernama Bakri. Dia ini berkebolehan luar biasa. Bukan sebab dia ada magik, tetapi sebab dia melalui satu eksperimen yang bapa dia, Mustafa, jalankan kepada dia semasa Bakri masih budak. Mereka ini sedang dalam usaha untuk menumbangkan sebuah organisasi jahat yang sangat berkuasa tetapi juga sangat rahsia. Organisasi jahat itulah yang meragut nyawa ibu Bakri. Negara Malaysia pula ketika ini sudah hampir hendak berjaya membebaskan Palestin. Jadi kuasa-kuasa besar dunia tengah bengkek dengan Malaysia. Organisasi rahsia lagi jahat ini pun memberikan fokus kepada negara yang bergelar Harimau Asia itu. Ini menyebabkan Bakri dan Mustafa pergi ke Malaysia untuk menyelesaikan misi besar mereka. Namun tanpa pengetahuan Bakri, bapanya ada menyimpan lebih banyak rahsia.
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 13,119
  • WpVote
    Votes 290
  • WpPart
    Parts 7
Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru - Novel ini kisah seorang pemuda bernama Ariki. Dia ini anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang menguasai hampir 2/3 dunia. Satu hari, sebab nak cuba bantu orang yang dizalimi, Ariki sudah terbunuh Wirawan ayahandanya. Takut kena hukum, sebab ayahanda dia memang zalim gila, Ariki lari. Di tengah pelarian, dia ditakdirkan bertemu seorang srikandi bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer arahkan Ariki bekerja dan buat beberapa rutin aneh, tetapi rupa-rupanya Kabeer telah melatih Ariki menjadi seorang satria. Ketika itulah baru Ariki tahu, Kabeer ialah salah seorang dari kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya satu masa dahulu. Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi, menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan ayahandanya sendiri.
HERO by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 12,575
  • WpVote
    Votes 340
  • WpPart
    Parts 7
HERO - Novel ini menceritakan Amir Faheem, seorang pemuda yang hidupnya jauh dari syariat Islam. Satu hari, ibu bapanya mati dalam tragedi. Rupa-rupanya, tragedi itu dirancang sebuah organisasi rahsia. Didedahkan dengan kenyataan tersebut, Amir Faheem menyarung Hyper Exosuit Reinforcement Operator(HERO) untuk menuntut bela. Tetapi selepas dua tahun berusaha, Amir Faheem masih gagal. Menambah serabut hidup dia, Amir Faheem terpaksa berkahwin dengan seorang wanita solehah bernama Afeefah Husna sebab bapanya sudah wasiatkan demikian. Jika tidak dipatuhi, semua harta yang diwarisi Amir Faheem akan diberi kepada anak yatim. Makin bengang lah dia sebab ada Jabatan Agama pula di rumah, sedangkan dia hidup tak solat, perokok tegar, Al-Quran lagi tak pernah sentuh. Nak kena jaga identiti sebagai HERO lagi. Menambah konflik, muncul satu watak jahat yang sangat misteri, sangat menggerunkan, menganggu gugat operasi Amir Faheem sebagai HERO. Kerajaan Malaysia pula korup, lagi tambah buat dia frust. Ya, ini cerita HERO yang lain macam sikit. Konflik dia bertingkat-tingkat!