Love/romance story
2 stories
DATUK OR DATO' by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 2,529,943
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 3
🌼BAKAL TERBIT 2026 - PBAKL🌼 Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini hanya dengan tok ayah dan tok mak di kampung mula berubah. Tidak pernah Aira mengimpi pasangan hidupnya ialah seorang yang bukan calang-calang hebatnya. Pemuda itu tidak ubah seperti gambaran watak hero dalam novel-novel romantik. Kacak, kaya dan berlagak. Tapi Xendra Aira terjatuh hati kepada pemuda itu. Mana mungkin dia tidak ada perasaan. Dato' Rayqal Eskandar itu ialah suami sahnya. Duduk sebumbung, tidur sekatil. Rayqal yang berniat ingin membuka buku baru... "Eh kau ni Ameer. Aku ajak kau orang lepak sini sebab aku rancang nak luahkan perasaan sebenar aku kepada Aira." - Dato' Rayqal Eskandar. Mula berubah niat... "Aku cuma sayang dan cintakan satu perempuan sahaja, Aira." - Dato' Rayqal Eskandar. "Saya tahu, Rayqal. Saya juga tahu yang perempuan itu bukan saya." - Xendra Aira. "Kalau kau tahu, baguslah. Dengar sini baik-baik. Aku cintakan Aurora. Aku sayangkan Aurora. Hanya dia, tiada yang lain. Bukan kau, bukan juga mana-mana perempuan." - Dato' Rayqal Eskandar. Klisenya, Xendra Aira pergi membawa diri, melanjutkan pengajian. Dia tidak dapat menahan niat suaminya yang ingin kembali semula kepada kekasih lamanya, Aurora. Sejak mula lagi Xendra Aira sedar, gelarannya sebagai isteri Dato' Rayqal Eskandar itu cuma di atas kertas sahaja. 🌼PENERBIT: KARYA PUBLIKA🌼
ᴋᴜᴘɪʟɪʜ ʜᴀᴛɪᴍᴜ (BUKU TERBIT) by Amyra_Aimi
Amyra_Aimi
  • WpView
    Reads 23,885
  • WpVote
    Votes 715
  • WpPart
    Parts 15
Kupilih Hatimu © 2020 published with DEAR NOVELS RM24 (SM) / RM27 (SS) Segalanya dirancang demi mencari ketenangan buat seketika. Tanpa diduga, Sara Raihana rupanya ditipu oleh kawan baiknya sendiri. Dia jadi buntu dan hilang arah di negara orang. Pertemuan dengan Harraz Danial yang juga dari Malaysia memberinya semangat dan harapan baru. Mana mungkin dia lupa senyuman nakal itu. "Apa kata awak jadi maid saya?" "Ha? Maid awak?" "Ya, pembantu rumah. Awak setuju tak ni?" Harraz Danial tidak tahu ada rahsia yang selama ini disimpan Sara Raihana. Penipuan itu terbongkar setelah kehadiran sepupunya, Lukman Arez, yang dalam diam turut menaruh hati kepada Sara Raihana. Harraz memilih untuk membuang terus gadis itu daripada hidupnya buat selamanya. Hanya kerana ego dan cemburu, menyebabkan Harraz tidak mampu berfikiran waras. "Get lost!" "Baiklah, saya akan pergi dari sini. Saya janji yang saya takkan tunjuk muka saya ni depan awak..." Namun, Allah sudah merancang pertemuan semula antara mereka. Di Malaysia, di rumah Sara Raihana juga. Kerana Harraz Danial bakal mengahwini kakak tirinya, Fira Rose.