aLittleQueen_
Apa kau rasa bila sedar dari koma, kau dah jadi tunangan orang? Bertunang pula dengan lelaki yang tidak kau kenali!
Nada bengang bila bonda dan ayahnya beritahu tunangnya meletakkan syarat yang mereka berdua tidak akan bersua muka sehingga hari pernikahan tiba. Hadirnya Victor, lelaki yang kerap kali dia terserempak di kafe kepunyaan Encik Tunang membuahkan perkenalan. Hari demi hari berkenalan menggoyahkan kesetiaan seorang Nada pada encik tunangnya apabila dalam diam Nada mula terjatuh hati pada Victor.
Kemunculan sahabat baik Nada, Adli membuatkan Encik Tunang semakin kerap menghubungi dirinya. Setahunya, lelaki itu tidak mahu ambil tahu apa dia buat selama ini.
Suatu hari Nada mogok mahu memutuskan pertunangannya dengan encik tunang. Dan dari situ, Victor mula meluahkan isi hatinya pada Nada melalui satu lagu khas dinyanyikan untuk dirinya.
Siapakah sebenarnya Encik Tunang Rahsia Nada Shazia?
First update [9/7/2020]
⊂(◉‿◉)つ new story by aLittleQueen_
p/s : give your comments as a feedback to me 🖤✨