Seram
6 stories
Ustaz Khalid Sang 'Pemburu Syaitan' by MuhdSyahmi29072001
MuhdSyahmi29072001
  • WpView
    Reads 1,925
  • WpVote
    Votes 78
  • WpPart
    Parts 11
SINOPSIS : Ustaz Khalid ialah seorang pengamal perubatan Islam , yang di Mana ianya bertugas untuk mengubat pesakit-pesakit yang dirasuk jin Dan Syaitan di sebuah di perkampungan Sandakan dan Kinabatangan , Sabah. Ustaz Khalid juga merupakan kawan baik kepada Ustaz Adam Dan Ustaz Azman yang dimana Ustaz Khalid juga pernah meminta tolong daripada Ustaz Adam Dan Ustaz Azman ketika bertarung dengan Syaitan kuat . semenjak kewafatan isterinya , Nur Siti Khadijah Fatimah Az-zahra , Ustaz Khalid semakin jarang untuk datang mengubati pesakit dan jarang untuk solat berjemaah di masjid kerana tidak mampu menerima takdir yang bahawasanya isteri beliau sudah meninggal Dan wafat berpunca daripada kemalangan di jalan Raya . namun semenjak timbul satu masalah di Mana seorang pesakit bernama Rania turut menimbulkan tanda Tanya kepada Ustaz Khalid . Ustaz Khalid berasa Curiga Dan mengesyaki bahawa Rania Dan kemalangan dia bersama isterinya ada kena-mengena . Dan semenjak Ustaz Khalid mengubati Rania , sering sahaja Ustaz Khalid banyak Kali bertarung dengan Syaitan-syaitan Dan jin dengan tiada tandingan kuatnya , tetapi dengan berkat izin , perlindungan Dan pertolongan daripada ALLAH S.W.T , Dan kerjasama Ustaz Adam Ustaz Azman,dan Wali Syaikh Muhammad Khalid , Ustaz Khalid berjaya mengalahkan Syaitan-syaitan Dan jin yang kuat tersebut . tetapi siapakah dalang di sebalik kemalangan Isteri Ustaz Khalid , Dan penghantaran jin ke dalam badan orang kampung , penyebab penyakit kerasukan histeria Rania ?, jika mahu tahu Dalangnya , kenalah baca Novel Pemburu Syaitan ini . tolong Support and Vote my novel okay, thank you
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 215,147
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Hijab Raja Zulqarnain by Websutera
Websutera
  • WpView
    Reads 3,735
  • WpVote
    Votes 241
  • WpPart
    Parts 24
Zulqarnain atau Raja Zulqarnain merupakan seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Sejarah mencatatkan bahawa kebanyakan peristiwa membabitkan perubahan fundemantal. Raja Zulqarnain juga dizahirkan berkuasa pada waktu genting dan seterusnya membebaskan dua sisi dunia pada era sejarah agung Macedonia. Dengan ilham dari mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala. Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan yang Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah. ** Novel ini diterbitkan semula dengan judul RAJA KESATRIA, extended edition. Andai berminat untuk membeli novel ini, mohon hubungi penulis. Harganya HANYA RM20 untuk sebuah novel setebal 500 + muka surat.
Pahlawan Silam [Tamat] by PutraLegacy
PutraLegacy
  • WpView
    Reads 97,553
  • WpVote
    Votes 4,513
  • WpPart
    Parts 69
Cover by:SashaChubby @myteddybeargomok. Kisah dendam kesumat yang berusia ratusan tahun dan ketamakan manusia mengejar ilmu duniawi. Pertembungan kuasa yang ampuh mencetuskan gelombang masa.Memerangkap dan mengirimkan dua jagoan ke masa hadapan. Bagaimanakah pengakhiran sengketa mereka?.... Baca sendiri untuk ketahui kesudahannya...hehehe. Salah dan silap mohon dimaafi. Wassalam.
Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete) by GenjiAfai
GenjiAfai
  • WpView
    Reads 270,006
  • WpVote
    Votes 4,056
  • WpPart
    Parts 100
kisah penceritaan tentang keseraman melampaui batas.. dan dipetik dari novel seram nukilan tok awang ngah.. semoga anda semua terhibur dan enjoy.. Nantikan siri bercakap dengan jin Misteri jam 12 Jangan tutop lampooo
Siri Bercakap Dengan Jin (JILID 5) by Nunalicious
Nunalicious
  • WpView
    Reads 14,705
  • WpVote
    Votes 407
  • WpPart
    Parts 16
JILID KE 5