NILANGSUKA
Mengisahkan kehidupan Awang, seorang remaja yang bersahabat dengan lembu jantan. Konflik bermula apabila Awang mencuri dengar perbualan bapanya dengan Leman yang bercadang untuk menyembelih lembu jantannya, Subuh.
Akibat tidak mahu melihat sahabatnya mati, Awang bertindak membawa Subuh bersembunyi di kaki Bukit Murat - bukit yang terkenal dengan semangat jahat di Kampung Terlima. Segalanya berlaku seperti yang dirancang sehinggalah rencana Awang musnah apabila orang kampung dapat menjejakinya.
Keadaan terdesak membuatkan Awang terpaksa menarik tali tambatan Subuh naik ke Bukit Murat. Tanpa Awang sedar, ajal menanti mereka berdua.