Novel malay
71 stories
The Dangerous Assassin |OG by _Delisha_
_Delisha_
  • WpView
    Reads 265,449
  • WpVote
    Votes 22,205
  • WpPart
    Parts 58
BOOK 2 - Series kedua "He's the headhunter" Membunuh, senjata, darah, Bahaya. Benda itu tidak lazim bagi ketua The Mafia Knight itu. 31 tahun hidup di dunia mafia dan menjadi assassin yang sangat digeruni. "Aku tak nak cakap apa-apa."-Dalvin Mikael Edwardson. Rupa paras yang tak dinafikan lagi. 100% akan membuatkan wanita tergila-gilakan jejaka itu. Apatah lagi dia seorang jutawan. Tapi berani ke mereka mendekatinya? Wajah tampan tapi dingin seperti gunung Everest. "Kau cari masalah dengan lelaki tiada perasaan tu. Kau mati bruh!"-Favian Kelson. Siap sedia dengan buku yasin sekali ditangannya. Bang! Bang! Bang! Kepala berkecai broo!!! Tembakan ketua mafia itu tak pernah tersasar. Fuhyooo! memang terer beb! "He can get the coldest man award in the world. Bagi tepukan sikit."-Fraser Welby Marshell. "Dia nampak je dingin dan kejam. But in fact he is a very good person."- Aeric Norvin Clyford. "Aku tak tahu nak cakap apa."- Xavier Cortland. "Asal aku terlibat sama?"-Calvin Michael Edwardson. Ellyssia dari jauh hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. No comments. Dalvin mempamerkan wajah dingin. Mata biru kristal itu menikam tajam para readers. Apakah anda semua bersedia? Kalau dah tak sabar... "Welcome to my story." -Slow update- PS: Sila baca 'He's The Headhunter' agar korang lebih tahu tentang siri kedua ini. ❥⁠˙ Mature content ❥⁠˙ Pertukaran watak utama ❥⁠˙ Mental yang kuat sangat diperlukan ❥⁠˙ Lebih banyak aksi ( JGN PLAGIAT NOVEL INI, TOLONG HORMAT AUTHOR YANG PENAT BERFIKIR )
Protect The Boss (MalayNovel) by hnurain_
hnurain_
  • WpView
    Reads 537,391
  • WpVote
    Votes 17,492
  • WpPart
    Parts 38
Tengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, 'melipat' orang. Jika diberi pilihan, dia lebih rela digelar teruna tidak laku daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci! Nurafifah Alia Aqilla - Tengku Hafifi Hafiz? Meskipun semua lelaki sudah pupus, hatinya tidak akan sesekali menerima pencinta wanita tegar seperti Tengku Hafifi Hafiz! Muktamad! Tengku Adam Haizrill. Seorang lelaki yang setia akan cintanya terhadap Alia, adik angkatnya sendiri. Fif seolah-olah pantulan wajah Alia. Fif menjadikannya seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti cukup dalam hidupnya. Tetapi dapatkah mereka menolak takdir? Kehidupan rumah tangga yang bermula dari pelbagai kenangan pahit bertukar menjadi manis dari hari ke hari...
AUFA QAYYUM (C) by Lovelive122003
Lovelive122003
  • WpView
    Reads 141,867
  • WpVote
    Votes 12,304
  • WpPart
    Parts 42
●️When a boy meet his brothers●️ [Know as MAFIA : BROTHERHOOD before] Aufa Qayyum. Hanya Remaja biasa yang agak bengap dalam bahasa inggeris. Sengal. Aufa yang selama ini hidup aman tanpa sebarang gangguan, terpaksa menghadap pelbagai masalah disaat terpaksa duduk sebumbung dengan sepupunya! **** "Aku rasa kau punya sepupu ada penyakit OMSV lah Rith. " ujar si Samseng seraya menoleh kearah Harith dan Zafrey yang mengangguk setuju. OMSV? Natang apa tu? "OMSV? " "Otak Macam Siput Vabi . " Beautiful Cover by @Stargazell [23/7/2019] 『️First Mafia book. Enjoy ❤️』️
Dendam Seorang Cinderella by Melyn_Aristokra
Melyn_Aristokra
  • WpView
    Reads 713,760
  • WpVote
    Votes 26,387
  • WpPart
    Parts 66
Elyana, anak seorang pembantu rumah telah didera oleh Datin Sakinah, anak perempuannya yang gedik, Aishah Ilya dan anak lelakinya yang sombong, Idham Fauzi. Hanya Dato Munir yang menyayangi Elyana seperti anak kandungnya sendiri. Satu hari, di majlis perkahwinan Idham, tunangnya Raziah tidak sampai-sampai ke dewan majlis, dan Elyana dipaksa berkahwin dengan Idham sebagai pengganti Raziah demi menjaga air muka keluarga mereka. Selepas kahwin, Elyana tidak dilayani seperti seorang isteri dan Idham berfoya-foya dengannya dan Raziah berjanji dengan bekas tunangnya itu akan merampas dia kembali daripada Elyana. Raziah dan Idham ditangkap khalwat dan mereka berdua disahkan berkahwin. Elyana rela dimadukan namun dia sering didera oleh Raziah. Satu hari, Raziah telah merancang untuk membunuh Elyana dengan membakarnya di dalam rumah hidup-hidup. Namun sebenarnya Elyana berjaya melarikan diri dari ruah namun wajahnya sudah terbakar dan sudah tidak memiliki wajahnya yang dulu. Dia dijumpai oleh Datin Hasliza, pemilik syarikat fesyen dan janda yang kaya itu menanggung perbelanjaan pembedahan plastik yang perlu dibuat oleh Elyana. Elyana mendapat wajah lain dan baharu dan dijadikan anak angkat oleh Datin Hasliza. Setelah mengetahui akan kisah silamnya, Datin Hasliza merancang untuk menolong Elyana membalas dendam terhadap keluarga Dato Munir. Adakah misi Elyana akan berjaya? Highest peak : #25 in Romance (6/6/2017) Status : Ongoing
Zara Medina [COMPLETE]✔ by AishaZahira_
AishaZahira_
  • WpView
    Reads 2,163,590
  • WpVote
    Votes 89,051
  • WpPart
    Parts 40
Zara Medina.Namanya indah,namun tidak seindah jalan hidupnya. Dia dijual oleh bapa kandungnya sendiri di kelab malam membuatkan dia ibarat masuk semula ke kandang harimau apabila terlepas dari sangkar buaya. Fahim Wajdi. Seorang lelaki yang kaya dan tampan namun siapa sangka? Disebalik ketampanan dan kekayaan itu ,dia sebenarnya sudah mempunyai dua anak dan dia juga seorang duda kematian isteri 6 tahun yang lalu? pertemuan tidak diduga membuatkan Zara Medina terpaksa mengikut lelaki itu supaya dia terlepas dari cengkaman Thong. "ikut aku,jadi babysitter anak aku,jadi maid rumah aku and aku akan jaga kau baik baik.Itu janji aku"-Fahim Wajdi "okey,saya setuju- Zara Medina. Namun, keadaann bertukar jadi huru hara apabila dia menjejakkan kaki ke rumah agam lelaki itu buat pertama kalinya. "Mama,mama pergi mana? Abang tak pernah nampak mama dekat rumah"- Farish Wajdi "Betul tu" - Fathia Rose Start:04 march 2019 End:- 23 April 2020
Cinta Hati Adam. [Diterbitkan] by nbllanr
nbllanr
  • WpView
    Reads 396,958
  • WpVote
    Votes 5,103
  • WpPart
    Parts 10
WN | 02 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 0420 Cover : Stargazell Perkenalannya dengan gadis istimewa itu benar-benar mengubah hidupnya. Dengan orang lain dia dingin sedingin air batu tetapi, bila bersama dengan gadis itu dia lembut selembut haruman downy. "Abang kacak! Nampak mama kita tak?" Kaki kanannya terasa berat. Segera dia tundukkan wajah melihat seorang gadis sedang memeluk kakinya. "Kau dah kenapa perempuan?" Dia cuba melepaskan kakinya. Orang sekeliling mula memandang mereka pelik. "Abang Kacak! Puteri nak mama! Puteri nak mama!" Gadis itu mula merengek. Bila-bila masa saja tangisannya akan pecah. Dia menggaru kepala pening. Suara nyaring gadis itu memenuhi segenap ruang dewan tertutup yang besar ini. Sudahlah penuh dengan beratus manusia ternama. "Weh perempuan. Bangunlah!" Bisiknya keras. Dia cuba tayang sengih lebar kepada mata-mata yang memerhati. Tangisan gadis itu pecah. Kuat dan nyaring. Makin tak keruan Jejaka itu apabila gadis itu mula tergolek-golek di atas lantai. Sudahnya dia terpaksa bercangkung memujuk gadis itu. "Kau ni kenapa? aduhai!" Dia berbisik keras. Dah boleh jadi bini orang tapi perangai macam budak umur setahun je ni kenapa. "Nak mama! Puteri nak mama!" Gadis itu menghentakkan kakinya ke lantai. Wajah sudah sememeh dengan hingus dan airmata. "Okay, okay! Kita cari mama kau. Berhenti nangis." Pujuk Jejaka itu. Mendengarkan kata-kata Jejaka itu, segera Puteri tarik hingusnya. Dia memeluk lengan Jejaka tersebut supaya tidak melarikan diri. "Puteri nak mama, abang kacak!" Wajah di kesat pada lengan tuxedo mahal milik si Jejaka. Siap pakej bunyi menarik hingus yang kuat. Jejaka tersebut menahan rasa. Tekaknya loya semacam melihat cecair hijau yang melekat di tuxedo. Semakin lama mengenali Puteri dia semakin sayang. Tetapi, keadaan diri Puteri menjadi tanda tanya dia. Adakah keikhlasan dia mencintai gadis itu terbalas? atau dia bertepuk sebelah tangan saja?
DANGEROUS LOVE | DITERBITKAN | ARS •2• by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 805,793
  • WpVote
    Votes 28,070
  • WpPart
    Parts 37
[ 2nd BOOK = ARS ] BOOK 2 : YOU'RE MINE ! MR MAFIA ______________________________ FIRASH ARYAN. Nama dia cukup mengerunkan sesiapa sahaja. Tiada siapa tahu kerja 'kedua' lelaki ini. Kerana kerjanya cukup menakutkan dan membuatkan tiada siapa berani masuk campur! IMAN AULIA. Gadis polos yang senang ditipu. Kerana seorang lelaki dirinya dijual. Tapi dia berjaya melarikan dirinya. Berjumpa dengan Firash Aryan dia terasa dirinya sudah selamat. Walaupun layanan lelaki itu agak dingin tapi dia tahu yang lelaki itu selalu melindungi dia. Hadirnya cinta tanpa mereka duga. Mereka berkahwin atas kerelaan hati mereka sendiri. Bagaimana reaksi Iman Aulia apabila mengetahui sisi gelap lelaki yang bernama Firash Aryan? Dia menerima atau sebaliknya? _______________ 100% idea aku! Status: Completed Jgn nak ciplak aku punya! Amaran keras dari aku!a Ada byk kata-kata kesat dlm ni! Mohon jgn kecam! Aku dh warning awal-awal! Tapi jgn risau hanya kata-kata yg korang selalu dengar. Memang korang akan sebut juga kalau geram! Sekian dari author! START : 14/08/2019 END : 22/01/2018
Tukang Masak Cik Mafia - Aein Dhiyauddin by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 9,279
  • WpVote
    Votes 209
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK: TUKANG MASAK CIK MAFIA PENULIS: AEIN DHIYAUDDIN ISBN NO: 978-967-2185-07-9 HARGA: RM 25.00(SM), RM28.00(SS) BLURB: "Mata tu letak kat lutut ke sampai tak nampak manusia sedang melintas? Aku ni manusia tau bukan ayam sampai kau tak nampak!" - Orked Adelia Pertemuan pertama bukan sesuatu yang indah. Bukan juga sesuatu yang manis untuk dikenang sehingga akhir hayat mereka. Bagi Syed Haidar perempuan itu hanya cantik pada nama, namun bukan perangainya. Pantang silap sedikit, penumbuk bakal naik. Akibat ugutan cik mafia, mereka bekerja di bawah satu bumbung. Bergaduh, bertekak, bertumbuk sudah jadi kebiasaan. Hidup Syed Haidar mula huru-hara selepas kemunculan cik mafia. Mahu sahaja dia campakkan perempuan itu ke dalam jurang. Manakala cik mafia pula, seronok membuli tukang masak hidung seksi itu. Namun jalinan takdir bukan di tangan mereka. Tanpa cinta, jodoh yang sudah tersurat pasti akan tiba. Kedua-duanya menolak, kedua-duanya membantah. "Kalau saya punya pilihan saya tak akan cari lelaki tua macam Tuan Syed sebagai suami." - Orked Adelia "Kenapa awak setuju kalau awak tak mahu? Kenapa tak tolak?"- Syed Haidar Rumah tangga tanpa kerelaan, terbina juga akhirnya. Namun kedua-duanya berbeza pendirian. Orked mencari helah untuk berpisah, Syed Haidar pula mencari helah untuk bersama. Bagi Syed Haidar, biarlah hanya ada seorang Puan Haidar seumur hidupnya. Namun bagi Orked, ada sesuatu yang lebih penting daripada rumah tangganya. Bagaimana akhirnya tali jodoh mereka? Adakah akan terus bersimpul menjadi ikatan mati atau terlerai simpulannya? "Jika perpisahan ini mampu membuatkan awak senyum, saya lepaskan awak terbang bebas. Melepaskan bukan bermakna melupakan. Mencintai bukan bererti memiliki. Mungkin jodoh kita tidak di dunia ini. Saya berdoa agar kita berjodoh di alam sana. Saya cintakan awak Orked Adelia." - Syed Haidar
Encik Nakal vs Cik Keliru - Elin Nadia by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 4,760
  • WpVote
    Votes 57
  • WpPart
    Parts 10
Natalia Emilyn, kisah hidupnya menyedihkan. Dia hanya punya Rayyan dalam hidupnya. Kejadian yang mengakibatkan dia kehilangan rakan baiknya, Shahida telah membuatkan dia trauma. Dengan sokongan Rayyan, dia cuba bangkit melupakan kisah silam; menyibukkan diri dengan kerjayanya dan hidup dalam dunianya sendiri. Namun takkan sesekali dia membenarkan sesiapa menceroboh masuk ke dalam hidupnya. Dan itulah juga nama gadis yang mampu menggugat hati Neil Zafran setelah putus cinta. Dia jatuh cinta pandang pertama. Tapi dia bertemu dengan gadis itu dalam situasi yang paling ingin dia lupakan. "Pergi suruh Abang Neil tu cari perempuan lain asalkan dia tak kacau aku lagi!" - Alia "Aku tahu kau cintakan dia!" - Rayyan Neil tahu Alia ditakdirkan untuknya. Tekad memiliki gadis itu, dia tidak pernah berputus asa. "... Abang tak sepatutnya jatuh cinta dengan Alia." -Alia "Kenapa? Alia bukannya isteri atau tunang sesiapa pun..." - Neil "Tapi Alia bukannya macam perempuan lain yang abang kenal." - Alia "So, Alia ni lelakilah? Tak sangka, cantik betul transform jadi perempuan." -Neil "Bukanlah!" -Alia "Puntianak? Harimau jadian? Yang mana satu ni?" - Neil "... Kalau Alia ni harimau jadian, dah lama abang jadi kari. Banyak daging macam ni, boleh juga kenyang sebulan." -Alia Jinak-jinak merpati tapi sukar didekati, akhirnya disambut juga cinta lelaki itu. Walaupun geram, sedikit sebanyak tercuit juga hatinya dengan tingkah Neil. Bagi Neil pula dia tidak akan melepaskan peluang yang ada. Sedaya upaya dia cuba menjadi insan terpenting dalam hidup Alia. Saat cinta saling terpaut, ada saja dugaan mendatang. Walau berkali-kali ditepis, akhirnya Alia menyerah demi kebahagiaan orang-orang yang disayangi. Namun adakah yang berbahagia dengan pengorbanannya? Mampukah dia dan Neil menghadapi apabila segala rahsia yang disimpan kemas diungkit kembali? Benarkah kisah silam itu akan pergi selamanya atau akan muncul tidak dipinta seperti bayang-bayang di malam hari?