betanakbangsawan's Reading List
13 stories
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
Bukan Untuk Dimiliki
appleflakes
  • Reads 4,294,835
  • Votes 251,853
  • Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
Dia Ustazku. [C]. by ejaroses
Dia Ustazku. [C].
ejaroses
  • Reads 1,856,196
  • Votes 60,208
  • Parts 52
Tingkah Zara Azzalea Yang suka keluar malam berfoya-foya dengan teman-temannya. Menimbulkan kerisauan di hati ibubapanya Tan Sri Rahmat Dan Puan Sri Mariam. Berbagai cara mereka lakukan untuk mengubah anak tunggal mereka itu. Benarlah kata orang. Nak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. *** Keputusan Daddy Muktamad. You have to follow us. - Tan Sri Rahmat. _ Stressnya!!!!. - Zara Azzalea. _ Saya akan tunggu ustaz. - Ainul Mardhiah. Saya janji. Saya akan nikahi awak bila saya balik nanti. - Muhammad Yahya Lim. _ Benci i tengok ustaz itu. Poyo! Bajet Alim!. - Zara Azzalea. Goda Ustaz itu. Kita orang cabar kau! - Melly. *** Cabaran yang di sahut Zara untuk menggoda Ustaz Yahya. Ustaz yang menjadi mutawwif untuk jemaahnya. Tanpa di sengaja telah menjerat dirinya sendiri. Apabila dia tertangkap di dalam bilik hotel di mekkah berduaan dengan Ustaz Yahya. Orangtuanya yang begitu merisaukannya bersyukur apabila melihat keadaan itu. Dan menjadikan alasan itu agar Ustaz Yahya mengahwini anak gadis mereka. Meskipun mereka tahu Ustaz Yahya tidak bersalah. Zara Azzalea Tidak mampu berkata apa-apa. Dia sudah tiada pilihan lagi. Bagai di telan, mati Ibu. Di luah, mati Bapa. Hendak jujur. Keluarganya bakal mendapat malu. Kerana dia menggoda Ustaz Yahya. Tidak jujur. Juga mendapat malu. Namun tiada siapa tahu dia yang menggoda Ustaz Yahya. Dan bagaimana pula Muhammad Yahya Yang hanya mengharapkan Zara Menceritakan kisah sebenar saat itu. Bagaimana pula janjinya kepada Ainul Mardhiah?. Jika Zara Azzalea Tidak menceritakan hal sebenar. PS: Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "She she" "Wo Ai Ni". Start [080917] End [171217]
Isteri Yang Dibenci by ShafinasBakri
Isteri Yang Dibenci
ShafinasBakri
  • Reads 237,069
  • Votes 5,384
  • Parts 24
"Kalau suatu hari nanti kau jatuh cinta dekat aku, kau jangan harap aku akan balas cinta kau. Aku sayangkan Dania. Aku akan halalkan hubungan aku dengan dia. Dan tak mungkin aku akan teruskan perkahwinan kita untuk selamanya" - Naim Lufias Demi untuk menunaikan permintaan ibunya, Nura Afiqa terpaksa memperjudikan masa depannya untuk berkahwin dengan lelaki yang begitu membencinya. Nura Afiqa redha, dirinya dijadikan musuh meskipun Naim Lufias telah sah menjadi suaminya. "Sebesar mana pun cinta dan pengorbanan yang saya beri pada awak, awak tak akan boleh nampak. Sebab saya tak pernah wujud dalam hidup awak, walaupun awak segalanya untuk saya" - Nura Afiqa Mungkinkah Nura Afiqa berjaya membuka hati Naim Lufias dan meruntuhkan tembok benci Naim Lufias terhadap dirinya? Akan terhapuskah cinta mati Naim Lufias untuk kekasihnya Dania Adawiyah? "Awak. Saya ni akan tetap jadi isteri yang dibenci sampai ke akhir nafas saya ke?"
I LOVE YOU MR. KEREK by Beyyaaz
I LOVE YOU MR. KEREK
Beyyaaz
  • Reads 3,044,356
  • Votes 62,682
  • Parts 46
[COMPLETE] Sebuah kisah tentang seorang lelaki yang sombong dan angkuh dengan orang sekelilingnya sehinggalah suatu hari dirinya ditangkap khalwat dengan pembantu peribadinya sendiri. "Kau yang telefon pejabat agama kan? Kau sengaja nak perangkap aku, kan?? Dasar perempuan murah!" - Zarif Adha Meskipun perkahwinan yang dibina tanpa sukarela, namun hati lelaki yang ego dan keras itu akhirnya mulai menjadi lembut. Dan apabila dirinya mulai mahu menghargai sang isteri di depan mata, segalanya mulai berubah. "Baru sekarang nak mengaku isteri? Baru sekarang rasa ada tanggungjawab pada isteri?" - Raysha Imani Dia sudah penat dihina, dicaci, diberi kata-kata kasar oleh insan yang bergelar suami selama ini. Maka dengan itu, dia nekad untuk pergi dari hidup lelaki itu. Dan saat dia sudah tidak mahu berpatah balik ke masa silam. Ada sesuatu terjadi. Dapatkah mereka melayari kehidupan yang bahagia selepas ini? Apakah yang bakal terjadi kepada mereka? (nota kaki: ML redflag sikit huhu)
Tundukkan Playboy Itu by karyaseni2u
Tundukkan Playboy Itu
karyaseni2u
  • Reads 315,320
  • Votes 7,044
  • Parts 15
Tajuk: Tundukkan Playboy Itu Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-97-0 Harga: RM29(Semenanjung) // RM32(Sabah & Sarawak) Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz. “I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang! “Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama) by karyaseni2u
Tuan Anas Mikael (Adaptasi Drama)
karyaseni2u
  • Reads 269,795
  • Votes 4,686
  • Parts 15
Judul : Tuan Anas Mikael Penulis : Syamnuriezmil Penerbit : Penulisan2u Semenanjung : RM25 Sabah/Sarawak : RM28 Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin. Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi. Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu. Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Hati Perempuan by karyaseni2u
Hati Perempuan
karyaseni2u
  • Reads 49,814
  • Votes 753
  • Parts 5
Memahami hatimu lebih sukar daripada memilikinya. Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. “Kenapa ni?” - Tengku Zaril. “This is yours?” - Yuhanis. “Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril. “Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis. “I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril. Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna. “Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril. “Takkan semudah itu.” - Yuhanis. Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? Tajuk: Hati Perempuan Penulis: Nur Ain al-Abbas Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-19-8 Harga: RM27 (Semenanjung) // RM30 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni
HALALKAN HATI YANG KUCURI by karyaseni2u
HALALKAN HATI YANG KUCURI
karyaseni2u
  • Reads 128,433
  • Votes 824
  • Parts 15
♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURIFFA
SeNioRku SUAMIKU by dinaisyah
SeNioRku SUAMIKU
dinaisyah
  • Reads 44,255
  • Votes 1,207
  • Parts 20
Akhirnya dia milikku <3
Kahwin paksa ? Omg !   ( slow update ) by farriza
Kahwin paksa ? Omg ! ( slow update )
farriza
  • Reads 107,640
  • Votes 3,893
  • Parts 20
Ku Ain ? Cantik , comel , kaya ! Sombong ? ofcoz . Kahwin ? Oh no way. Couple pun tidak , lagi lagi kahwin. Bagi Ku Ain dia masih muda untuk semua itu. Masa nya masih panjang. Bagi Ku Ain juga sekarang masanya untuk bersuka ria. Pertemuannya dengan Tangku Ryan, jejaka idaman wanita, telah mencetus pergaduhan antara mereka. Bagi perempuan lain Tengku Ryan sangat lah perfect di mata mereka. Tetapi tidak bagi Ku Ain. " Heyy kau ingat muka kau hensome sangat ke ? Muka macam longkang ! Jangan duk perasan la wey. " - Ku Ain. " Girl , mohon sedar diri eh , yang kau mengata aku tu , kau tak sedar ke muka kau macam mana? Rumah kau tak de cermin eh ? Nak aku belanja cermin satu tak untuk kau balik tengok ? Muka mengalahkan zombie ada hati mengata aku " - Tengku Ryan Setiap kali jumpa pasti akan bergaduh, tapi... takdir hanya Tuhan sahaja yang tahu, rupa rupanya ibubapa mereka telah lama ingin menjodohkan mereka. Setuju kah mereka ? Kahwin paksa ? Omg !