cullensyahara's horror book
19 stories
Kisah-kisah Seram Chegu Izwan by NorizwanAzlan
Kisah-kisah Seram Chegu Izwan
NorizwanAzlan
  • Reads 30,017
  • Votes 965
  • Parts 17
Ini adalah himpunan kisah-kisah seram yang ditulis oleh Chegu Izwan. Sila follow untuk tidak terlepas setiap kisah baharu.
CERMIN (2017) by hasrudijawawi
CERMIN (2017)
hasrudijawawi
  • Reads 7,023
  • Votes 377
  • Parts 28
Karya ini diinspirasikan 100% dari karya CERMIN saya yang telah diterbikan pada tahun 2010 oleh PENERBITAN FAJAR PAKEER. Jalan cerita masih sama, cuma situasi masa dan latar cerita sahaja yang diubah. Jika ada rezeki, versi 2017 ini akan menmui anda di pasaran. Sebelum tu baca dulu bab awal. Selamat membaca! SINOPSIS: SEJAK Dewi dan Ibunya berpindah ke banglo lama di atas bukit itu, hidup Dewi mula berubah hari demi hari. Perubahan itu semakin dia rasai sejak dia menemukan sebuah cermin antik di dalam salah satu bilik yang ada di banglo itu yang dia yakin milik pemilik banglo sebelum ini. Sejak itu, hidupnya mula berubah. Setiap insan yang cuba menyakiti hatinya pasti akan mati! Setiap yang dia dendami pasti ajal datang menghampiri. "Kau rasa Dewi yang sekarang ni masih Dewi yang sama ke?" Tanya Siti. "Maksud kau?" Sham disapa hairan. "Ya lah, sebelum ni kan dia ada kata dia macam rasa ada satu aura atau jirim lain masuk dalam badan dia sampaikan dia rasa dia bukan dirinya yang sebenar. Kiranya macam ada yang menumpang pada badan dia," jelas Siti. "Kau nak kata, Dewi yang bersama kita sejak sebulan lepas ni, bukan Dewi yang sebenar? Kau rasa itu hantu yang menjelama jadi Dewi? Motif?" Sham sukar untuk menghadamkan kata-kata Siti itu. Apa sebenarnya yang ada di sebalik cermin antik itu? Siapa atau mungkin apa yang telah melunaskan setiap dendam di hati Dewi? "Jika Tuhan kau tidak mengizin kau mengusir aku dari tubuh ini lalu kau berjaya aku bunuh kerana telah menganggu urusan aku sedangkan aku tidak pernah menganggu urusan kau. Kau akan berpaling dari Tuhan kau? Kau akan salahkan Tuhan kau?" tanya makhluk itu.
BANGLO SEKSYEN 12 by hasrudijawawi
BANGLO SEKSYEN 12
hasrudijawawi
  • Reads 109,215
  • Votes 5,056
  • Parts 37
Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang. Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana. Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini? "Saya tak tahu. Keadaan gelap gelita, kami tak nampak apa yang berlaku. Saya cuma dengar suara aje. Perkara tu berlaku bila semua lampu tiba-tiba terpadam." ~ Fahmi "Penjelasan apa lagi? Rakaman video yang saya dapat tu dah membuktikan yang dia bersalah kerana membunuh mangsa yang bernama Riena. Video tu boleh dijadikan bahan bukti untuk dakwa dia di mahkamah. Nyawa yang dia dah bunuh bukan seorang tau? Tapi empat orang!" ~ Inspektor Hairy "Makhluk tu macam tak bagi kita merungkai misteri yang ada di sebalik kes ni. 'Dia' macam tak bagi kita bertemu dengan Encik Ismail," ~ Saleha Terbit: NOVEMBER 2016 Penerbit: BUKU PRIMA Harga: RM26 (Semenanjung) | RM29 (Sabah/Sarawak)
GENDERUWO by hasrudijawawi
GENDERUWO
hasrudijawawi
  • Reads 2,202
  • Votes 85
  • Parts 15
Sejak Faris kerap ke Pohon Banyan di kaki bukit itu, hidup mereka sekeluarga mula terasa aneh. Ternyata tebakan Aminah mengenai adiknya itu, benar! Adiknya itu telah didampingi 'sesuatu'. 'Sesuatu' yang menyerupai seekor mawas! Bukan satu, tetapi dua makhluk misteri telah menghampiri Faris tanpa mereka sedari. Kelibat budak perempuan yang sering muncul di bilik Faris ternyata ada kaitan dengan tasik bekas lombong yang ada di atas bukit berhampiran rumah mereka. Semakin hari semakin kerap makhluk serupa mawas dan kelibat budak perempuan yang tidak dikenali itu muncul di dalam rumah mereka. Atas bantuan Gunawan, misteri berkaitan dengan dua makhluk itu dapat dibongkar. Makhluk persis mawas yang dikenali sebagai Genderuwo itu muncul kerana mahu menuntut haknya! Manakala budak perempuan yang tidak dikenali itu pula mendekati Faris kerana inginkan pertolongan dari anak kecil itu. Di antara Faris dan Aminah, siapa yang menjadi hak kepada Genderuwo itu? Apa kaitan budak perempuan yang mengaku dirinya sebagai Badarsila itu dengan Faris? # # # # # "Saya takut ada benda cuba dekati Tikah. Yalah, apa yang hilang lapan tahun dulu masih tak dijumpai hingga sekarang, kan? Saya takut ada yang tak tenang." - Latifah "Faris dalam bahaya, bu. Ami yakin, dia kerap ke pokok banyan kat kaki bukit tu bukan sebab tempat tu best untuk dia duduk seorang diri. Ada 'sesuatu' yang dah bawa dia ke sana." ~ Aminah. "Kalau betul makhluk macam mawas tu Genderuwo seperti yang Gunawan katakan semalam, bermakna ada seseorang dah seru makhluk tu." - Syamimi. "Aku rasa mungkin disebabkan adik aku dapat tengok makhluk-makhluk dari alam lain buat dia jadi macam tu." -Aminah "Selagi aku gak tahu, sebab utama mengapa Genderuwo itu menganggu keluarga kamu, selagi itu aku gak tahu solusi terbaik mahu mengusir Genderuwo itu. Aku hanya bimbang, ada dari keluarga kamu sudah memanggil Genderuwo itu dan telah meminta pertolongan darinya." ~ Gunawan.
𝑴𝑬𝑹𝑰𝑵𝑫𝑰𝑵𝑮 by Ruby_Annas
𝑴𝑬𝑹𝑰𝑵𝑫𝑰𝑵𝑮
Ruby_Annas
  • Reads 1,399
  • Votes 8
  • Parts 2
Himpunan Kisah-kisah seram pendek dari penulis.
TAKUT HANTU 3 by IzzatHaikal
TAKUT HANTU 3
IzzatHaikal
  • Reads 44,375
  • Votes 1,904
  • Parts 9
Tak pernah jumpa hantu? Tak percaya wujudnya hantu? Berani sangat malam2 tidur sorang? Suka bersendiri? Suka duduk dalam gelap? Andalah pembaca paling sesuai untuk antologi siri Takut Hantu. Kali ini, rasakanlah ketakutan yang sebenar. Bersedialah wahai pembaca, mohon berani. Ranking tertinggi Horror : #21
TAKUT HANTU 2 by IzzatHaikal
TAKUT HANTU 2
IzzatHaikal
  • Reads 133,169
  • Votes 6,217
  • Parts 21
Dalam dunia ni, bukan manusia sahaja yang hidup. Ada benda lain yang hidup sekali dengan kita. Contohnya, tu ha kat belakang awak tu. Kat tepi awak tu. 'Mereka' tu wujud!! Antologi cerpen Takut Hantu 2 kali ini bakal menyajikan anda semua dengan kisah-kisah seram yang lebih menakutkan, lebih meremang dan lebih menyeramkan!!! Kalau anda berani, baca waktu malam. Sorang-sorang. Dalam gelap. Ranking tertinggi Horror : #18
TAKUT HANTU by IzzatHaikal
TAKUT HANTU
IzzatHaikal
  • Reads 125,415
  • Votes 5,663
  • Parts 14
"Wujud ke hantu?" "Aku tak takut hantu la!" "Sekarang zaman dh maju la, mana ada hantu..." Antologi Cerpen Takut Hantu ini merupakan himpunan kisah2 seram yang menakutkan bg membuktikan kepada seluruh masyarakat mengenai kewujudan makhluk2 sebegini...sebahagian daripadanya adalah diinspirasikan daripada kisah benar... Kalau berani, bacalah waktu malam...Boleh hantu join sekali!!!
Koleksi Kisah Benar : Seram by adeeeya
Koleksi Kisah Benar : Seram
adeeeya
  • Reads 150,635
  • Votes 4,174
  • Parts 7
Benar-benar berlaku. Bukan rekaan. Bukan auta. Tapi nyata. Gaya penceritaan memang tak formal, bersahaja, simple dan ringan. Sesetengah dari kisah benar ini dah di kongsikan di Forum Cari (MPS) oleh Adia (penulis), dan MUNGKIN pernah dibaca. :) Thanks and enjoy!
Seram 17 by qezaratna
Seram 17
qezaratna
  • Reads 111,460
  • Votes 4,115
  • Parts 11
tiada penghujungnya