😍😍😍
5 historias
WISH LIST por karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    LECTURAS 54,916
  • WpVote
    Votos 1,497
  • WpPart
    Partes 16
Tajuk: Wish List Penulis: Syamnuriezmil (Idea Bersama Mira Filzah) Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-46-5 Muka Surat : 688 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mei 2018
SPLIT por karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    LECTURAS 43,258
  • WpVote
    Votos 1,698
  • WpPart
    Partes 15
♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURIFFA
Isteri Untuk Disewa por karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    LECTURAS 122,608
  • WpVote
    Votos 1,305
  • WpPart
    Partes 5
Tajuk: Isteri Untuk Disewa Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-0246-60-4 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.karyaseni.my @ Aplikasi Karyaseni Anda mempunyai masalah dalam perhubungan? Anda perlu seseorang untuk menyelesaikan masalah anda? Anda perlu seseorang memutuskan hubungan anda dengan si dia? Atau... Anda perlu seseorang untuk menyamar menyelamatkan hubungan anda dengan si dia? Saya ada penyelesaiannya... Orang untuk disewa! Sila telefon saya, Nur Adreiana, 012-3459876. Anytime, Anywhere... I’ll be there. Dia bukan seorang perempuan yang menjual maruahnya tapi dia ialah Nur Adreiana, minah merah jambu. Akibat perniagaan perkhidmatan sewanya itu, tiba-tiba saja hatinya itu dituntut untuk dimiliki empat jejaka. Namun, Nur bukan lelaki yang boleh berkahwin empat. “Nur pulangkan cincin ini apabila Nur bersedia untuk tidak menjadi isteri abang ya, sayang...” – Noah Ryzal, pelanggan. “Ini cincin pilihan saya, untuk awak. Tak apa... Kalau tak suka, banyak lagi boleh pilih! Cubalah untuk terima saya, Cik Nur!” – Putera Raiyan, CEO. “Cincin ini untuk Nur, dan akan hanya jadi milik Nur. Bukan Isabella, bukan sesiapa. Titik.” – Imtiyaz Irdad, kawan baik. “Ini cincin daripada ayah kepada ibu saya. Nanti, kalau parents awak setuju, kita kecilkan sikit.” – Suffi Naufal, Remy Ishak celup. Antara pelanggan, CEO, kawan baik dan Remy Ishak celup, mana satu yang dapat menyewa hati Nur dengan ringgit cinta? Dalam hidup, hanya ada dua pilihan, tanpa dia, kita boleh hidup atau, tanpa dia, kita tak boleh hidup. Yang mana satu... pilihan Nur?
GENG TADARUS MAK JAH por thechapterbookstore
thechapterbookstore
  • WpView
    LECTURAS 9,008
  • WpVote
    Votos 181
  • WpPart
    Partes 6
Tak rugilah percintaan putus di tengah jalan... kalau kita reda dengan ketentuan yang sudah ditakdirkan. Allah akan gantikan kekecewaan kita dengan sesuatu yang kita sendiri tak jangka. Memang tak jangka betul lah... gara-gara mak suruh vakum permaidani, ada empat orang mak cik dari geng tadarus mak bertanyakan tentang aku untuk anak mereka. Empat orang tu pula lengkap dengan empat ciri utama dalam Islam untuk mencari calon isteri. Ada yang kaya, ada yang cantik, ada yang datang dari keturunan yang baik-baik dan juga yang beragama. Dalam empat calon tersebut, salah satunya, merupakan calon pilihan mak. Sekiranya, aku tak membuat pilihan sehingga berakhirnya bulan Ramadan, mak akan pinangkan calon pilihan dia. Masalahnya... belum sempat aku nak buat pilihan, empat calon dah jadi lima calon. Laila, kekasih lama kembali semula. Cabaran untuk membuat pilihan semakin sukar apabila aku bertemu dengan Yara. "Okeylah... kalau jatuh kat jalan, mangkit sendiri naaa..." "Tapi, kalau jatuh kat cinta... lagu mana pula?" Gara-gara Yara, aku menolak semua calon termasuk Laila. Aku dapat rasakan Yara itulah jodoh aku sebenarnya. Tetapi, belum sempat untuk aku tahu siapa Yara dan calon pilihan aku kepada mak... mak terkena serangan jantung. "Mak bagi hang klu... hat yang selamatkan mak hang tu... calon menantu mak." Terpaksalah aku lupakan Yara dan memilih calon pilihan mak. Kerana calon pilihan mak tu... telah menyelamatkan mak aku, syurga aku. "Sesiapa yang membuat ibu dan bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia mendapat reda Allah s.w.t". (Hadis Riwayat Bukhari) Tetapi, bahagiakah aku kalau aku reda? RM 20 (SEM) // RM23 (SS) - tak termasuk postage