cthajar_darksider
- Reads 44,224
- Votes 1,370
- Parts 28
Kejayaan tidak pernah datang secara percuma. Inspektor Zarith Sofya memahami hakikat itu lebih baik daripada sesiapa.
Setiap kenaikan pangkat, setiap pujian dan setiap peluang mempunyai harganya.
Bagi orang lain, integriti ialah garis yang tidak boleh dilangkaui.
Bagi Zarith, garis itu telah lama dipadamkan. Dia telah memilih jalannya sendiri, dan dia tidak pernah menoleh ke belakang.
Tidak lama selepas dilantik sebagai inspektor, dia menerima tugasan pertamanya sebagai pegawai penyiasat. Kes berprofil tinggi itu segera menjadi tajuk utama media, meletakkan Zarith di bawah tekanan sejak hari pertama bergelar inspektor.