TitaSumarniOthman's Reading List
14 stories
Bahagia Bukan Bidaan by KayDelaila
KayDelaila
  • WpView
    Reads 13,914
  • WpVote
    Votes 307
  • WpPart
    Parts 8
Mengisahkan seorang wanita bernama Ain Farhana (Hana) isteri yang berjuang demi cinta mempertahankan rumahtangganya kecundang pada kelalaian suami yang bangga dengan pencapaian diri sendiri. Bertahun Hana mengalami penderaan emosi dek kecurangan suaminya yang akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai. Hana mengalami depresi yang sangat teruk akibat tekanan berpisah dengan anak yang sengaja dilakukan oleh Azlan. Tindakan itu bagi memaksa Hana rujuk kembali padanya. Dalam masa yang sama, Hana berkenalan dengan Nik Zachary seorang lelaki yang selamba gayanya tapi kuat menyakat. Personalitinya yang happy-go-lucky buatkan dia menjadi idaman ramai gadis. Tapi tidak Hana. Sikap protective, terlalu berterus-terang dan berani Nik buatkan Hana rimas dengannya. Nik terang-terang menyatakan ingin memperisterikan Hana. Manakala, Hana terang-terang menolak dengan alasan dia serik berkahwin. Dia tak ingin fikirkan hal lelaki mahupun perkahwinan. Dia nak fokus pada bina kehidupan dan tuntut semula Hakimi dan Haida untuk tinggal bersamanya. Bagaimana kesudahannya? Jom layari kisah #BahagiaBukanBidaan yang menjadi projek pertama saya dalam merealisasikan misi #projectsmoveon_KayDelaila yang ingin mengetengahkan kisah masyarakat dari sudut pandangan berbeza. Kisah Hana & Nik ini bakal diterbitkan. Namun, sebelum proses penerbitan dimulakan. Anda boleh membaca kisah awal yang masih dalam bentuk modul asal yang belum disunting.
TULIS NAMA ATAS BATU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 28,181
  • WpVote
    Votes 508
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Tulis Nama Atas Batu Penulis: Rissa Ahdiya (Rissa Ahdiya) Penerbit: Penulisan2u Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak) Terbitan: November 2017 ******* Kahwin dan sambung belajar atau duduk saja di rumah, tunggu jodoh kamu turun dari langit? - Haji Lutfi Haji Lutfi mengatakan hal sedemikian kerana bersebab. Ada rahsia yang tidak diketahui oleh Najla yang masih disimpan rapi oleh kedua-dua orang tuanya. Firhad. Itulah calon bakal suami Najla, merangkap sepupu Najla juga. Najla yang mula-mula rasa terpaksa, tapi lama-lama terjatuh suka! Yalah, siapa yang tak terpikat dengan Si Firhad tu?Si kacak yang gelagatnya, kata-katanya yang sentiasa mencuit hati Si Najla. "Tenung-tenung orang kenapa? Dah jatuh hatilah tu. Itulah, saya dah pesan, saya ni mudah aje nak buat orang jatuh cinta."- Firhad "Huh, tak ada maknanya nak jatuh hati pada awak!" - Najla Rumah tangga yang dibina semakin hari semakin berbunga bunga. Mereka bahagia tetapi tidak lama. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Begitu juga dengan Najla dan Firhad. Rumah tangga mereka diuji. "Ayah saya beri awak duit sebanyak dua puluh lima ribu ringgit, kan? Awak kahwin dengan saya sebab dibayar, kan? Ayah saya yang bayar awak. Betul, kan?" - Najla "Abang ikhlas berkahwin dengan Najla. Abang sayangkan Najla sejak lama dahulu." -Firhad Najla tidak menyangka Firhad sanggup menipu dirinya. Dia ingatkan Firhad ikhlas, tetapi dusta semata-mata. Cek bernilai dua puluh lima ribu ringgit menjadi tukaran buat dirinya. Dia terkilan. Dia kecewa. Lelaki yang dianggap sebagai pelindung dirinya, tempat bergantung harap sanggup melakukan hal sedemikian terhadap dirinya. Mampukah Firhad meleraikan kekusutan yang melanda rumah tangga mereka sementelah bukti ternyata di depan mata?
PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVA by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 37,643
  • WpVote
    Votes 1,052
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ALIESHA KIRANA TAJUK: PAKCIK KEREK SEMANIS PAVLOVA KELUARAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 560 HARGA: RM23 (SEMENANJUNG)/ RM 26 (SABAH/SARAWAK) ISBN : 978-967-469-049-6 Kehidupan Ajda Sajidah, peniaga manisan pavlova yang dulunya baik-baik saja berubah selepas dia memohon sebagai vendor di butik Talqisya. Dia tidak pernah menyangka yang pemilik butik itu adalah seorang lelaki bujang terlajak yang kerek lagi dingin seperti Megat Talhah. "Lain kali, berjalan tu tengok depan."- Megat Talhah "Errr, maaf Encik Megat. Saya tak sengaja."- Ajda Sajidah "Orang yang cemerkap memang selalu cakap dia tak sengaja."- Megat Talhah Pertemuan antara Ajda Sajidah dan Qisya, sahabat ketika di universiti kembali menceriakan suasana. Kehadiran Ajda Sajidah dalam hidup Qisya membuatkan dirinya kembali bersemangat untuk meneruskan hidup sebagai orang kelainan upaya. "Kahwin dengan pak su aku. Jadi mak su aku."- Qisya Permintaan Qisya agak sulit diterima, namun dia pasrah. Demi kebahagiaan sahabatnya Qisya, dia sangggup berkorban. Namun, pertemuan antaranya dan pak su Qisya membuatkan keputusannya goyah. Mahukah dia terima pak su Qisya a.k.a pak cik kerek a.k.a Megat Talhah itu sebagai suaminya? Apatah lagi lelaki itu juga sepertinya, tidak rela! "Saya tak boleh nak cuba cintai awak, macam mana saya nak hidup seumur hidup dengan orang yang saya tak pernah cinta?"- Megat Talhah Apa pengakhiran episod ini? Adakah keputusannya perlu dikaji lagi atau terima saja pak cik kerek ini? Siapa yang sanggup terima lelaki dingin seperti pak su Qisya itu?
PESONA CINTA HANNA by DemmieMedina
DemmieMedina
  • WpView
    Reads 23,950
  • WpVote
    Votes 1,087
  • WpPart
    Parts 39
Hanna, si pemilik kedai kopi. Cerita lama. Will continue today onwards. Kisah rekaan semata-mata.Tiada kena mengena antara yang hidup atau pun yang mati. Hak cipta terpelihara.Tidak dibenarkan dicetak, ditulis atau dikeluarkan semula tanpa kebenaran penulis.
UTUSAN CINTA BUAT ADAM by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 195,560
  • WpVote
    Votes 1,248
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Utusan Cinta Buat Adam Penulis: Myra Ameer Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-068-7 Muka Surat : 672 Harga: RM27.00 (Semenanjung) // RM30.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni Aku tidak mengimpikan mahligai bak istana tapi aku hanya mendambakan syurga buat kita.
KERINDUAN by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 24,193
  • WpVote
    Votes 465
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Kerinduan Penulis: Pena Kayu Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-2102-24-3 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Penulisan2u DAPATKAN SEGERA MELALUI APLIKASI KARYASENI DI GOOGLE PLAY ATAU APP STORE ANDA! NIKMATI DISKAUN RM3 SERTA PENGHANTARAN SECARA PERCUMA! Saya Hajar. Nama penuh, Siti Hajar binti Shamsuddin. Saya seorang janda. Gelaran 'J' saya pikul setelah lelaki yang menerima nikah saya, pergi selamanya. Dia pergi ketika usia perkahwinan kami belum cukup satu bulan. Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya. Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff. "Saya nak Aliff." - Din "Tak boleh. Aliff selesa dengan saya." - Hajar "Saya ayah saudara dia." - Din "Saya bonda dia." - Hajar "Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aliff. Dan hubungan awak dengan Aliff putus apabila arwah Abang Fadhil meninggal." - Din Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aliff saya jaga. Din sila jaga diri sendiri. Tetapi, apa jadi kalau Din ajak Hajar praktikkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aliff. "Din, kalau pun awak dah kahwin, saya takkan lepaskan Aliff. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aliff." - Hajar "Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak kahwin dengan awak." - Din Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.
LELAKI KIRIMAN TUHAN by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 141,861
  • WpVote
    Votes 1,706
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: UMIE NADZIMAH TAJUK: LELAKI KIRIMAN TUHAN HARGA : RM22 (SM)/RM25 (SS) Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama. Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira. "Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira "Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid "Sebab awak tu miring!" - Naira Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...
TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 35,716
  • WpVote
    Votes 511
  • WpPart
    Parts 16
Tajuk: Tolong Sempurnakan Cerita Mami Penulis: Syamnuriezmil Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-2102-28-1 Muka Surat : 528 Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Karyaseni Kerana sebuah cerita perlu ada penamatnya.
HATI YANG TERSAKITI by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 85,672
  • WpVote
    Votes 1,756
  • WpPart
    Parts 15
♤ PESTA BUKU MABOPA 2017 ● 26 JULAI - 30 JULAI 2017 ♡ MAEPS SERDANG, SELANGOR TERBARU AUGUST DI MAEPS ■ HALALKAN HATI YANG KUCURI - MIA KIFF ■ BIDADARI BERMATA JELI - HANA ILHAMI ■ SPLIT - NURUL AIN SYUHADA ■ HATI YANG TERSAKITI - NURIFFA
MAMAT DINGIN HATI RINDU by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 27,597
  • WpVote
    Votes 487
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Mamat Dingin Hati Rindu Penulis: Aifa Batrisya Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-2102-29-8 Muka Surat : 640 Harga: RM26.00 (Semenanjung) // RM29.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Januari 2018 Selepas dikecewakan NAURAH TIHANI a.k.a HANI yang berkahwin dengan lelaki lain dan menganggap dirinya hanya sebagai kawan sahaja, DAIYYAN HAWARI a.k.a IAN nekad meninggalkan segala kenangan lamanya bersama wanita itu, dan memulakan hidup baru. Profesion, nombor telefon dan pengenalan dirinya turut diubah sama sekali! Semua ini adalah sebab Ian mahu menjauhkan diri dari Hani. Namun, yang disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari... Kehadiran seorang gadis kacukan Korea yang gedik dan manja bernama NIA ADARA telah membuatkan kehidupan Ian kembali jadi huru-hara. "Annyeonghesayo!" - Nia Adara "Boleh tak bagi salam? Dok sayur sana sini bukan dapat pahala pun! - Ian Ian rasa sangat-sangat terganggu dengan gadis yang digelarnya sebagai minah sayur itu! Rasa meluat Ian terhadap Nia sampai lelaki itu tak tahu nak buat apa! Selain itu, kemunculan kembali Naurah Tihani turut merimaskan teruna mix blood itu! Umpama mendapat mimpi buruk, Ian kini dikejar dua orang wanita sekali gus! "Nama awak... Apa nama awak yang sebenar?" - Naurah Tihani "Nak tahu siapa saya sebenarnya? Kalau awak dah tahu siapa saya, saya berani jamin awak takkan boleh lupakan saya... Dan bila awak pula dah buat saya tak boleh lupakan awak, saya akan pastikan yang awak akan jadi hak saya. Sampai bila-bila!" - Ian Berjayakah Hani menemui dan menjalinkan kembali persahabatan dengan Hawari? Apakah akan terjadi kepada Ian yang sebelum ini mahu melupakan terus nama Hawari dalam hidupnya? Bagaimana pula dengan kisah rumah tangga Hani bersama Adam? Akankah berjaya Nia menjadikan Ian sebagai kekasih hati?