mar_an127's Reading List
28 stories
𝐇𝐈𝐒 𝐎𝐓𝐇𝐄𝐑 𝐇𝐀𝐋𝐅 | 𝐒𝐔 by frvrdynaa
frvrdynaa
  • WpView
    Reads 7,062
  • WpVote
    Votes 1,933
  • WpPart
    Parts 14
❝ 𝗧𝗵𝗲 𝘄𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗳𝗲𝗲𝗹𝘀 𝗿𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗯𝗲𝗰𝗮𝘂𝘀𝗲 𝘆𝗼𝘂'𝗿𝗲 𝗺𝘆 𝗺𝗶𝘀𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗵𝗮𝗹𝗳, 𝘀𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴... ❞ 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔. Seorang gadis yang mempunyai rupa yang jelita serta senyuman yang mampu mencairkan dinginnya hati. Dahulu, dia percaya bahawa cinta ialah sebuah janji yang akan kekal terpahat hingga ke hujung usia. Tiada apa yang tidak pernah dikorbankannya demi perasaan itu. Dia membina angan, menyulam harapan dan menyerahkan seluruh jiwa raganya kepada sebuah cinta yang disangkakan abadi. Namun, dalam sekelip mata, segala yang dibinanya runtuh menyembah bumi. Dunia yang dahulunya berseri kini diselubungi kelam yang tiada bertepi. 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦. Seorang jejaka yang berwajah tampan dan bersikap dingin terhadap setiap wanita yang mendambakan perhatiannya. Namun di sebalik keteguhan wajah itu, tersembunyi sekeping hati yang setia menanti. Sejak zaman persekolahan, hanya satu nama yang bersemayam dalam relung jiwanya - Aisya Cassandra. Dia bukan lelaki yang gemar mengungkapkan rasa, namun kasih yang dipendamnya tidak pernah luput ditelan waktu. Malam pertemuan semula yang sepatutnya menjadi saksi kebahagiaan bertukar menjadi lembaran duka. Hanya dengan sekeping gambar, seluruh benteng hati Aisya roboh tanpa belas. Dalam kesedihan yang menyesakkan dada, dia membawa diri mencari ruang untuk mengubati luka. Dan pada saat itulah, Haidar hadir bagaikan bintang yang enggan padam cahayanya. "Kenapa orang yang paling aku sayang, yang paling aku cintai tinggalkan aku... Apa salah aku, Ya Allah..." - 𝗔𝗜𝗦𝗬𝗔 𝗖𝗔𝗦𝗦𝗔𝗡𝗗𝗥𝗔 "Lap air mata kau tu. Buruk beno rupanya," - 𝗛𝗔𝗜𝗗𝗔𝗥 𝗔𝗟-𝗠𝗜𝗞𝗛𝗔𝗘𝗟𝗜𝗦 Mampukah sekeping hati yang telah retak disatukan kembali oleh benang kasih?
Dahlia Mikail by yurafwr
yurafwr
  • WpView
    Reads 13,364,355
  • WpVote
    Votes 563,572
  • WpPart
    Parts 76
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak akan setuju jugak akhirnya untuk kahwin dengan saya," ujar Tengku Farhan. "Macam mana awak tahu?" Orked menyoal. Kedua tangannya disilangkan ke dada. Kaki Tengku Farhan mula melangkah merapati Orked. Bibirnya mengukir senyuman. "Sebab Mr Tengku hanya untuk Miss Flower." "Excuse me, Encik Tengku Farhan Mikail. Boleh ulang semula ayat gatal awak tu?" Orked buat muka jelek. Tengku Farhan ketawa. Suara tawanya memenuhi bilik itu. "Saya cuma cakap benda betul. So Cik Orked Dahlia, nampaknya mulai sekarang awak kena bersiap sedia untuk pegang title.." matanya memandang tepat ke anak mata Orked. "..Mrs Mikail." -- "Bunga Orkid mungkin akan layu satu hari nanti, tapi cinta saya pada Orked Dahlia akan mekar selamanya," - Tengku Farhan Mikail -- **This is the first time I wrote a story so cut me some slack. Permulaan cerita sedikit childish dan gaya penulisan agak weak but I promise it gets better afterwards please keep on reading you wont regret it, insyaallah** ©yurafwr, 2016 2017
kita, dunia, dan fasa-fasanya. by effxlee
effxlee
  • WpView
    Reads 48,218
  • WpVote
    Votes 7,097
  • WpPart
    Parts 42
Terlalu lama hidup di Amsterdam, Qisya Amaris dilihat semakin liar setelah pulang ke Malaysia. Apabila berita tentangnya semakin membimbangkan reputasi keluarga, Tan Sri Ibrahim memutuskan untuk menghantar Qisya ke kampung untuk belajar menjadi manusia yang lebih berguna. "Habis tu selama ni I tak berguna ke papa?" - Qisya Amaris "Manusia yang berguna tak bahagia bila nama dia diburuk-burukkan media." - Tan Sri Ibrahim Di Kampung, Qisya tidak dapat hidup mewah seperti biasa. Dia diajar untuk hidup sederhana. Dan diajar untuk menjadi manusia. "Selama ni I bukan manusia ke Tok Ma?" - Qisya Tok Ma menghantar Qisya ke rumah jirannya untuk belajar kelas agama. Di situlah Qisya berjumpa dengan Noah, cucu kawan baik Tok Ma. "Tok Ma! Tok Ma! Kenapa you tak bagitahu I cucu kawan you handsome nak mampus?" Maka, di sinilah bermulanya kisah mereka. Gadis penuh diva dan lelaki berkacukan yang sombong, di hujung kampung. Muahaha. in life, we need cliche and cringy material and romance! #stay halal
Cukup Sempurna (Bonus Bab Awal) by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 412
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 6
Masa depan Hayera Talia musnah apabila kepercayaannya dipersiakan oleh lelaki yang pernah dia cintai, Ahmad Naufal. Pengkhianatan itu meranapkan maruahnya, menjerumuskan Talia ke dalam kegelapan yang tiada penghujung. "Lupakan aku, Talia. Kalau satu masa kita bertemu, anggap saja kita tak pernah kenal antara satu sama lain. Demi masa depan aku." - Ahmad Naufal "Macam mana dengan masa depan Lia, Fal?" - Hayera Talia Terperangkap dalam kisah remaja yang tragis, Hayera Talia menggalas segala rasa bersalah. Kehilangan seorang demi seorang yang dia sayangi membuatkan gadis itu berputus asa dan melupakan segala-galanya. Megat Raed Baihaqi, lelaki yang pada awalnya sekadar bayangan di wad hospital, akhirnya menjadi tempat Hayera Talia berpaut. "Talia dah lama sukakan abang. Sejak pertama kali Talia nampak abang di hospital hari tu" - Hayera Talia. "Abang dah tua tau. Talia tak kesah ke? - Megat Raed Baihaqi Tapi ketika Talia mula percaya bahawa hidupnya boleh bermula semula, kisah silam yang cuba dia lupakan datang menuntut harga yang belum terbayar. "Kau rasa kenapa Raed ambil kau sebagai isteri? Kau punya satu sebab untuk jadi milik Raed. Tapi kau punya banyak sebab untuk bahagia dengan aku sebab aku cinta pertama kau." - Ahmad Naufal Mahu tidak mahu, dia perlu juga berhadapan dengan masa lalu yang telah dia lupakan. Mungkin kisah mereka sudah berakhir... atau mungkin baru sahaja bermula, dalam cara yang tidak pernah sesiapa bayangkan.
Cintaku Kembali Semula by SafiyaNini
SafiyaNini
  • WpView
    Reads 2,648
  • WpVote
    Votes 370
  • WpPart
    Parts 53
Nur Elisyah Natasya telah jatuh cinta pada seorang jejaka kacak bernama Muhammad Hashim Mikael. Hubungan cinta mereka berputik dan semakin mekar, hingga akhirnya mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga. Namun, takdir tidak menyebelahi mereka. Sesuatu telah terjadi, menyebabkan impian mereka untuk bersatu terhalang. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, dan Elisyah akhirnya terpaksa menerima jodoh pilihan keluarganya - seorang lelaki yang langsung tidak dicintainya. Demi mentaati kehendak Mama dan Papa, Elisyah akur. Lelaki itu ialah Tengku Malik Aiman - seorang yang asing di hatinya. Apakah yang bakal terjadi setelah dia dikahwinkan secara paksa? Mampukah cinta tumbuh dalam perkahwinan tanpa rasa? Atau mungkinkah kenangan lama akan kembali menghantui? Maaf ye jikalau tersalah bahasa. Maklumlah ini kali pertama.
Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE  by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 245,430
  • WpVote
    Votes 11,215
  • WpPart
    Parts 66
○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
The Flowers You Never Loved | C by cocoanotes_
cocoanotes_
  • WpView
    Reads 111,570
  • WpVote
    Votes 3,259
  • WpPart
    Parts 64
Mereka bermula sebagai musuh di sekolah, sebelum perasaan itu berubah menjadi sesuatu yang tidak pernah dinamakan. Namun jarak memisahkan, dan dia menghilang tanpa khabar. Apabila takdir mempertemukan mereka semula, cinta terasa asing-dan ada sesuatu yang perlahan-lahan memusnahkan hati.
"Dia jawapan doaku" by nrtrahhh
nrtrahhh
  • WpView
    Reads 8,292
  • WpVote
    Votes 673
  • WpPart
    Parts 51
Dara tidak tahu bahawa setiap teguran, setiap pandangan, setiap senyuman ustaz itu adalah permulaan kisah mereka. Permulaan cinta yang tak disangka, permulaan cerita Wattpad penuh drama, emosi, dan takdir yang menanti. Dan Dara? Dara masih belum sedar bahawa lelaki tegas, pendiam, dan penuh disiplin ini suatu hari nanti akan menjadi lebih dari sekadar guru. Dia bakal menjadi seseorang yang menambat hati Dara Aderlyn... seseorang yang bakal menjadi suaminya. !!! REAL STORY!!!
Akuma - The Deadly Light by adlyneidz
adlyneidz
  • WpView
    Reads 31
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 4
If sin had a face, it would wear my smile" Aruna Nayla. Gadis kacukan Melayu-Jepun yang sangat digeruni dalam komuniti yakuza di Tokyo. Known as the Akuma for Ryuusei-kai, salah satu kumpulan yakuza yang sedang berkembang di negara matahari terbit itu. Membesar dalam persekitaran yang berbahaya sejak kecil menjadikan Aruna sebagai seorang wanita dingin dan keras hati. Baginya, dunia ini tempat pertarungan. Dan dia akan kalah sekiranya dia terlalu ikutkan emosi. Ryu Arden. The heir of Ryu Holdings. Siang sibuk menguruskan syarikat keluarganya, malam dia sebagai Leo, ketua The Reikon, pasukan elite yang sering ditugaskan untuk membantu pihak polis memburu pasukan mafia yang bertapak di Malaysia. Berbeza dengan Aruna, Arden merupakan seorang yang lebih tenang. Namun, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Arden yang tenang jangan disangka tiada gelora. Arden sanggup lakukan apa saja, meskipun perlu membunuh bagi melindungi orang yang tersayang. Walaupun nyawanya menjadi galang ganti. Pertemuan yang tidak disengajakan antara Ryu Arden dan Aruna Nayla di selatan tanah air dalam satu misi milik The Reikon menjadi permulaan kepada kisah mereka berdua. "Think carefully before you speak. Macam mana aku boleh ada di sini?" - Aruna Nayla "Duduk dulu. Kau belum sembuh lagi." - Ryu Arden Kehilangan Aruna disalah tafsir. Aruna dianggap pengkhianat. Dan peraturan dalam organisasi yakuza, pengkhianat harus dibunuh. Pengkhianatan Aruna sewaktu misi di Malaysia menjadi pencetusan pergaduhan antara ketua-ketua yakuza di Jepun. Tuduh menuduh, pertumpahan darah, pengambilan kuasa dari kumpulan yakuza yang lain. Sesuatu sedang berlaku dan Aruna tahu ini bukan kebetulan. Apakah yang sebenarnya terjadi? Dapatkan Aruna menyelesai konflik yang berlaku antaranya dengan Ryuusei-kai?
Penjaga Hati Dia by akyelrahim
akyelrahim
  • WpView
    Reads 99,202
  • WpVote
    Votes 7,058
  • WpPart
    Parts 25
PLEASE FOLLOW ME TO READ THE PRIVATE CHAPTER "A book is device to ignite imagination." Ready to drawn in my world? Let's we start! Akyelrahim's short story compilation in PENJAGA HATI DIA 1.Cinta Mati 2.Farrel : The Dream's Prince 3.Dear Adalila 4.Elleo Another story by : akyelrahim #3 in Short story