Novel Melayu
3 stories
MR. GREY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 539,430
  • WpVote
    Votes 6,575
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
BAHAGIA BUKAN BIDAAN by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 259,027
  • WpVote
    Votes 1,381
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Bahagia Bukan Bidaan Penulis: Hessa Widad Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-076-2 Muka Surat : 560 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Mac 2018 "Dengar sini, Ain Farhana binti Sulaiman, aku ceraikan kau dengan talak satu." - Azlan "Terima kasih." - Ain Farhana Lega. Walaupun perkahwinan yang terbina selama 16 tahun terpaksa dibubarkan. Dia perlu bebas. Bebas daripada kecurangan suaminya. Belum sempat mencari bahagia baru,niatnya sudah terhalang dek desakan Azlan supaya mereka bersatu semula. "Hana, kita rujuk demi Kimi dan Ida, ya?" - Azlan "Hana dah letih guna sebab yang sama untuk terima abang. Hana tak mampu nak tipu hati Hana lagi. Hana kecewa sangat." - Ain Farhana "Kalau begitu, abang tak izinkan Hana jumpa langsung dengan Kimi dan Ida!" - Azlan Haknya sebagai ibu dinafikan!Kimi dan Ida adalah segala-galanya bagi dia. Hana hilang arah. Sering menyendiri, percubaan bunuh diri, hampir dilanggar lori,tidak hiraukan keadaan sekeliling sehingga menyebabkan kemurungan yang dihadapi bertambah parah. Begitu kuat kesan yang ditinggalkan oleh Azlan terhadapnya. Nik Zachary muncul ketika hidup Hana kucar-kacir. Huluran cinta Nik tidak pernah bersambut. Hana mahu hidup sendiri tanpa insan bernama suami. Namun, kesungguhan dan keikhlasan Nik membuka mata dan hati Hana. "Hana, sekali saya lafazkan I love you, saya memang maksudkan yang saya cintakan Hana." - Nik Zachary Cinta mula hadir dalam hati Hana. Kasih disulam menunggu hari untuk disatukan. Namun, perlukah Hana membida kasih sayang Nik apabila dia tahu ada nama lain dalam hati itu? Hana mula lelah dengan kebenaran yang tersingkap. Mampukah Hana keluar dari kemelut jiwa yang membelenggu? Atau Hana akan terus terseksa buat kali kedua?
Mr. Vampire [COMPLETE] by nabspwms
nabspwms
  • WpView
    Reads 23,140
  • WpVote
    Votes 287
  • WpPart
    Parts 6
"Awalnya kau siap." Tegur seorang gadis yang sedang duduk di birai katil sambil mengemas beg sekolahnya. Rakannya yang ditegur tadi berpaling sambil tersenyum lebar. "Waktu pertama kan Sejarah." Ujarnya teruja. Gadis di birai katil tadi menggelengkan kepalanya. "Ecah... Ecah... Sejarah pun kau minat. Biol apa? Boring gila. Kalau akulah, Sejarah tu dah boleh dklasifikasikan sebagai ubat tidur terbaik, tahu?" Bebel gadis tadi. Ecah membuat muka bersahaja. Keningnya dijongket berkali-kali. "Suka hatilah. Ei... Tak sabar nak jumpa Cikgu Lia. Minggu lepas dah lah tak ada kelas sebab dia MC. Minggu ni barulah nak berseri." Ecah berlalu. Nampak sangat kegembiraannya hingga jalannya pun terlompat-lompat. Sekali tengok seperti kanak-kanak riang pun ada.