To Read
161 stories
REVAMP | SHADOW WAVE : MISSION ALPHA by authorqistea
authorqistea
  • WpView
    Reads 8,795
  • WpVote
    Votes 329
  • WpPart
    Parts 4
Doktor Alya Natasya seorang pegawai perubatan tentera yang hidupnya teratur dan penuh disiplin. Bagi dia, lelaki bermotor besar hanyalah simbol kekacauan yang tidak pernah dia perlukan. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Leftenan Muda Arif Hakimi, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang dingin dan penuh rahsia. Ketua Shadow Wave Alpha di KD Satria itu seolah-olah membawa satu rasa asing yang tidak dapat Alya jelaskan. Pertemuan mereka bermula dengan sindiran dan rasa tidak suka, tetapi setiap kali mereka bertemu, Alya mula diganggu serpihan memori yang tidak lengkap - hujan malam yang membuat bergelora dan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk kembali. Tanpa dia sedar, Alya pernah mengenali Arif Hakimi sebelum satu tragedi di laut meragut sebahagian ingatannya. Dan Arif... masih setia menjaga kenangan yang Alya sudah hilang. Di tengah operasi laut, bahaya dan ribut yang tidak pernah berhenti laut telah menjadi saksi kepada cinta yang pernah wujud tetapi dilupakan. Kerana ada cinta yang tidak mati... walaupun namanya tidak lagi diingati.
KERANA DIA, CAPTAIN ADRISH (C) by Zqhsara
Zqhsara
  • WpView
    Reads 12,167
  • WpVote
    Votes 356
  • WpPart
    Parts 23
"Dan terbanglah bersamaku melintasi langit ketujuh" KERANA DIA, CAPTAIN ADRISH Aireena Sofea-seorang gadis yatim piatu yang hidupnya tidak ubah seperti Cinderella moden. Menumpang di rumah Makcik Anis selepas kematian kedua ibu bapanya, Aireena dilayan seperti kuli oleh makciknya sendiri dan sepupunya, Izzah. Hanya Raisya, sahabat sejati yang menjadi tempat dia mengadu nasib. Captain Adrish Aryan-seorang juruterbang muda yang berbakat namun memiliki ego setinggi awan. Anak sulung kepada Datuk Elhan Arrifin dan Datin Zahirah, serta cucu kesayangan Maktok Seroja dan Tokyah Zulkifli. Hidupnya sempurna, namun hatinya tertutup rapat untuk untuk cinta. Satu insiden kopi tumpah di lapangan terbang menjadi titik mula kebencian antara mereka. Adrish memandang hina pada Aireena yang dianggap tidak setaraf, manakala Maktok Seroja pula sangat mementingkan darjat keluarga. Namun, satu rahsia besar dan takdir yang tersurat bakal menyatukan mereka dalam sebuah ikatan yang tidak dipinta. Mampukah Aireena bertahan dengan layanan dingin Adrish dan kebencian Maktok Seroja? Dan mampukah Adrish melihat sekeping hati suci di sebalik kemiskinan gadis itu?
LEFTENAN RAIF ERSHAAD (C) by Zqhsara
Zqhsara
  • WpView
    Reads 24,323
  • WpVote
    Votes 916
  • WpPart
    Parts 36
"Manda panggil abang sebab Manda hormat abang sebagai suami. Tapi kalau abang rasa hormat Manda tu satu gangguan... esok bawa Manda pergi mahkamah. Lepaskan Manda. "Bagi Leftenan (U) Raif Ershaad, Amanda Raisya hanyalah satu 'mandat' yang terpaksa dipikul demi memenuhi janji dua keluarga. Walaupun bergelar isteri, Amanda tetap dianggap orang asing yang mengganggu hubungannya dengan Natasha Yasmin. Amanda, pelajar perubatan tahun akhir yang sarat dengan beban tugas, memilih untuk terus bersabar. Namun, apabila ego mengatasi segala-galanya, kedinginan Raif akhirnya memecahkan benteng kesabaran Amanda. Satu pengkhianatan terbongkar, dan satu insiden berdarah di tangga fakulti mengubah segalanya. Saat 'Abang' tidak lagi meniti di bibir Amanda, Raif sedar-dia bukan sekadar mengabaikan amanah sang Jeneral, tetapi dia sedang kehilangan dunianya sendiri. Berjayakah Raif memintas semula hati yang sudah mendingin? Atau adakah 'intersepsi' kali ini sudah terlambat?
Suri Hati Tuan Nazriel by Nies02_
Nies02_
  • WpView
    Reads 12,255
  • WpVote
    Votes 600
  • WpPart
    Parts 35
Nazriel Al-Zayan, anggota elit Komando VAT 69, jatuh hati pada Elvina Sofea, seorang guru tabika yang penuh luka dan rendah diri. Dalam kekacauan tragedi tebusan, dia temui cahaya dalam kelembutan gadis itu. Tapi bila cinta diluah, Elvina menolak. "Kenapa lelaki sempurna seperti awak pilih wanita seperti saya?" -Elvina Sofea- Nazriel yakin perasaan mereka saling membalas, namun tembok trauma dan rasa tidak layak menjadi penghalang. Antara tekanan keluarga, rasa takut dan ujian kepercayaan, mampukah cinta mereka bertahan? "Suri Hati Tuan Nazriel" mengisahkan perjuangan dua jiwa yang ingin saling menyembuhkan dan membuktikan bahawa cinta sejati menerima seluruh kekurangan, bukan hanya keindahan. DILARANG UNTUK MENIRU HASIL KARYA SAYA KERANA PERKARA TERSEBUT TELAH MELANGGAR AKTA HAK CIPTA TERPELIHARA! © nies02_ (2023) 30/12/2023
MILIK SEORANG KOMANDO by izanynajwa
izanynajwa
  • WpView
    Reads 13,306
  • WpVote
    Votes 443
  • WpPart
    Parts 26
Dia bukan lelaki biasa. Dia tidak menyentuh tanpa sebab. Tidak berbicara tanpa tujuan. Tapi setiap geraknya-memilukan. Dan setiap diamnya-menyiksa. Dr. Adiela Sophelia, seorang pakar bedah trauma, ditugaskan ke Kem Perdana GGK setelah berlaku satu insiden besar di sempadan yang mengorbankan ramai anggota. Di kem elit itu, dia bertemu Leftenan Komando Adriel Isacc-lelaki yang memegang rahsia pasukan, dan juga luka paling dalam dalam jiwanya. Adriel bukan hanya komando terbaik negara. Dia ialah bayang-bayang yang pernah selamatkan negara ini dari kehancuran dalam satu misi sulit yang 'dipadam' dari sejarah rasmi. Tetapi harga kepada keberanian itu ialah trauma, kehilangan, dan mimpi ngeri yang tidak pernah pergi. Pertemuan mereka dimulai dalam dingin dan ketegangan. Tetapi dalam sunyi hutan, di celah misi dan darah, cinta mula bercambah-dalam diam. Namun, cinta dalam dunia mereka bukan semudah itu. Apabila satu konspirasi besar dalam ketenteraan terbongkar, Adiela menjadi sasaran. Demi menyelamatkan nyawa wanita itu, Adriel terpaksa memilih antara amanah negara atau cinta hatinya. Dan lebih kejam-antara hidupnya atau memori cintanya sendiri. Milik Seorang Komando bukan sekadar kisah cinta. Ia adalah peperangan emosi, keberanian, dan pengorbanan. Dan bila ingatan mula pudar, mampukah cinta itu terus hidup... atau ia akan hilang bersama lelaki yang pernah memiliki seluruh hatinya?
Takdirku Bukan Kita | SU | by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 91,524
  • WpVote
    Votes 4,069
  • WpPart
    Parts 20
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat? PERINGATAN! - cerita ini mengandungi kata kasar!
[C] Captain Qalif, His Protector by Nuratikahtarmizi
Nuratikahtarmizi
  • WpView
    Reads 62,352
  • WpVote
    Votes 2,787
  • WpPart
    Parts 31
Qalif Haiqal, seorang doktor bedah tentera yang tegas, berdedikasi, dan sentiasa berdepan risiko di medan perang. Ariana Airis pula seorang gadis cerdas, bercita-cita tinggi untuk menjadi pensyarah muda di universiti. Pertemuan mereka bukanlah sesuatu yang dirancang, bermula daripada salah faham, berlanjut kepada persahabatan, dan akhirnya cinta. Namun, perjalanan mereka tidak mudah kerana dipenuhi pengorbanan, dugaan keluarga, kerjaya yang menuntut, dan konflik orang ketiga.
LYUBOV TERAKHIR : CINTA TERAKHIR(C) by atrhyuni
atrhyuni
  • WpView
    Reads 63,820
  • WpVote
    Votes 2,787
  • WpPart
    Parts 58
pertunangan mereka pernah jadi harapan. Dua hati yang saling percaya, saling mencintai, dan saling berjanji untuk menua bersama. Tapi segalanya terhenti tanpa amaran. Saat Ayuni menghilang dari hidup Rayqal, membawa hati yang tak pernah sempat dijelaskan. di bumi asing, di bawah langit negara orang. Ayuni membuat keputusan. Satu keputusan yang merobohkan segalanya. Dia memutuskan pertunangan. Tanpa alasan. Tanpa perjelasan. Cuma tinggal sebaris pesanan ringkas yang Rayqal baca berulang kali selama bertahun: "I'm sorry, Rayqal. I can't continue this." Dan sejak itu, Rayqal hidup dalam pertanyaan. Apa salahnya? Apa kurangnya dia? Kenapa Ayuni memilih pergi? Soalan-soalan itu tidak pernah dijawab.Cuma tinggal diam. Yang semakin hari, semakin menyakitkan. Tapi takdir bukan sekadar permainan masa lalu. Beberapa tahun kemudian, Ayuni pulang ke Malaysia. Dan mereka bertemu semula di tempat yang berbeza, dalam hidup yang sudah berubah, tapi dengan hati yang masih menyimpan sisa cinta yang sama. Rayqal masih mencari jawapan. Ayuni pula masih cuba menyembunyikannya. Mereka saling mencintai. Tapi mampukan cinta itu hidup semula, jika ia terpaksa berpijak atas rahsia yang selama ini disembunyikan demi melindungi atau demi melarikan diri? Kerana untuk Rayqal, Ayuni bukan sekadar masa lalu. Dia adalah Lyubov terakhirnya. Dan Rayqal, tak pernah belajar cara untuk melupakan.
Taught by Her , Protected by Him (COMPLETE) by atrhyuni
atrhyuni
  • WpView
    Reads 155,045
  • WpVote
    Votes 5,894
  • WpPart
    Parts 56
Ameera Delisha 28tahun.Seorang Guru Bahasa Melayu Yang Berdikari,Petah,Berdedikasi.Tapi Hatinya?Dah Mati Sejak Peristiwa Dia "Diperbodohkan"Oleh Lelaki Yang Dia Cintai.Dia Pernah Setia,Tapi Dibalas Dengan"Aku Sayang Kau Sebagai Kawan Delisha.." Lelaki?Dia Sudah Tidak Berharap,Delisha telah Menanam Dalam Dirinya Prinsip "terlalu banyak kekurangan , untuk menjadi keutamaan" Sementara Itu,Mejar Raja Izz Danial 32tahun,Seorang Pegawai Tentera Yang Tenang Dan Berdisiplin.Sejak Kehilangan Tunangnya Dalam Tragedi 3 Tahun Lepas,Dia Langsung Tak Buka Hati Untuk Sesiapa.Baginya Cinta Itu Melemahkan Tentera. Sampai Satu Hari Mak Ayah Berkeras "Izz Kami Tak Paksa..Tapi Kami Kenal Siapa Delisha,Dia Baik,Mama Dah Lama Berkenan Dengan Dia".Delisha Pun Ditekan Oleh Pihak Keluarga-Bukan Kerana Dipaksa Tapi Kerana Terhutang Budi Dengan Ibu Bapa Mejar Raja Izz Danial Yang Pernah Tolong Keluarganya Waktu Susah. Tanpa Cinta,Tanpa Harapan,Dua Manusia Yang Sama-Sama Patah...Dijodohkan Dalam Satu Ikatan Tapi Siapa Sangka,Dalam Perkahwinan Yang Dibina Atas Permintaan Keluarga.. Ada Perlindungan Ada Luka Yang Sembuh Perlahan Dan Akhirnya..Ada Cinta Yang Tak Diduga