lisa_jiha
kahwin paksa! byun baekhyun memperisterikan lalisa hanya kerana si comel rose .sebenarnya, dia buntu tiba2 menjadi suami kepada wanita yang baru dikenalinya.dia cuba menyayangi, tapi tak boleh.di sisinya jasad lisa, tapi rohnya terbang ke langit mencari bayangan jennie.
dia tahu hati lisa terluka.dia sedar wanita itu menderita kerana penolakannya.tapi...dia tidak dapat berpura2.antara mereka mungkin tidak serasi. baginya, lisa dan jennie terlalu banyak beza.
bagi lalisa, hidupnya ibarat peperangan. berjuang dan berjuang untuk menang. dia tahu, cinta baekhyun pada jenny tidak pernah kurang.tapi, dia tidak akan sesekali mengalah demi rose, anak saudaranya.
kesabaran lisa akhirnya membuka pintu kasih byun baekhyun. tapi, kehadiran taeyoung menyingkap cerita lama yang kelam. byun baekhyun membuangnya tanpa belas kasihan . saat hatinya dicarik2 sesuka hati, ALLAH kurniakannya zuriat sebagai kekuatan. fikirannya berbolak balik.
haruskah suaminya tahu tentang ini? atau...dia akan dibuang lagi? sememangnya kenyataan itu pahit untuk ditelan.