syafabella92's Reading List
181 stories
Menagih Kasih (C) by mrshakita
mrshakita
  • WpView
    Reads 85,622
  • WpVote
    Votes 234
  • WpPart
    Parts 5
(♡Karya Kedua♡) Kahwin paksa!!! Macam dalam drama TV tapi, itulah realiti yang harus 2 insan lalui. Permulaan kisah tak seindah yang dibayangkan, dahla kena kahwin paksa, terpaksa berlakon bahagia di hadapan kedua keluarga mereka pula. Mana Ika Areesa harus melayan perangai mamat kerek a.k.a suami dia lagi. Sehingga membawa satu peristiwa dimana Shahir Farizqi ditangkap berada dalam rumah mereka dengan skandalnya. Disitu bermula kisah sebenarnya yang membawa Ika Areesa mula mengalah dengan sikap suaminya yang perangai tak semenggah itu. Mampukah dia menagih kasih seorang suami buat dirinya yang bergelar isteri?
Mrs Gibran  by Ku_Ashiqien
Ku_Ashiqien
  • WpView
    Reads 1,621,760
  • WpVote
    Votes 63,344
  • WpPart
    Parts 63
Ku Gibran Aaden*Harleen Delisha Pertemuan awal mereka sangat ringkas tetapi apabila si gadis mula ingin mencapai secebis kebahagian.Terlalu banyak dugaan yang perlu dia ditempuhi. "Aku takkan pernah anggap kau sebagai isteri.Bila tiba masanya nanti,aku yang sendiri yang akan meleraikan hubungan kita." "Saya nak jadi Bidadari untuk awak.Bidadari untuk Gibran." "Meskipun hanya pinjaman dunia tapi dia lah perkara paling indah yang pernah hadir.Hanya dia tiada yang lain. Start-2.5.2022 End-11.12.2022
Zev's Secretary Wife by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 21,678
  • WpVote
    Votes 927
  • WpPart
    Parts 57
4th Book | PANDORA Series | Zev Dominic & Seraphine Hilda | Zev Dominic, lelaki nakal yang menjadi kegilaan ramai wanita, namun dia bukanlah seorang playboy. Dia cuma tahu memikat dengan cara yang terlalu semula jadi. Namun sejak remaja, hanya satu wanita yang benar-benar mencuri hatinya. Seraphine Hilda, setiausaha ayahnya. Berbeza usia tidak pernah mematahkan semangat Zev. Walaupun sering di-'brother-zoned', dia tetap setia mengejar. Dan akhirnya, Seraphine menjadi isterinya. Rumah tangga mereka tampak sempurna sehinggalah Zev mula perasan sesuatu yang Seraphine sembunyikan. Setiap kali dia bertanya, Seraphine licik mengalihkan perhatian dengan senyuman lembut dan masakan kegemarannya. Kecurigaan Zev memuncak apabila dia terserempak dengan Seraphine di sebuah acara besar, melakukan sesuatu yang tidak pernah dia bayangkan daripada wanita yang dicintainya. "Tak sangka pelakunya isteri saya sendiri." - Zev "Sebab tu awak tak perlu cari apa yang tak perlu awak tahu, sayang." - Seraphine Cinta Zev sepatutnya mudah. Tetapi kini, lelaki itu terpaksa berdepan kenyataan pahit. Wanita yang dia peluk setiap malam mungkin adalah musuh yang paling berbahaya dalam hidupnya.
Nufa's Guardian Angel (C) by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 153,998
  • WpVote
    Votes 7,788
  • WpPart
    Parts 66
Jatuh cinta dengan abang ipar sendiri? Berangan-angan menggantikan tempat arwah kakaknya, Kannika Natcha yang sudah meninggal dunia 4 tahun yang lalu. Tetapi, tidak salahkan untuk dia mencuba nasib? KHAIRA NUFA, gadis polos yang tinggal bersama abang iparnya sejak kepergian kakak tercinta. Empat tahun berada dalam jagaan Elmo, hati Nufa terdetik rasa cinta. Namun dia tahu, Elmo masih belum melupakan Kannika. Elmo masih hidup dalam bayang-bayang arwah isterinya. Dan, ELMO NAZARI sudah berubah. Cerianya hilang. Digantikan dengan sikap dingin tanpa senyuman. Dalam masa yang sama, kehadiran Nufa dalam hidupnya mengubati rindu yang semakin menggebu terhadap arwah isterinya. Memandangkan wajah Nufa ada iras-iras Kannika. "Ada satu rahsia besar yang kau perlu tahu..." - UNKNOWN Kejutan demi kejutan diterima Elmo dan juga Nufa. Dan akhirnya, Elmo terpaksa membuat pilihan. Kembali kehilangan cinta sejati ataupun mempertahankan cinta sejatinya. "Nufa tak nak susahkan abang. Nufa boleh hidup sendiri, Nufa nak berdikari.." - KHAIRA NUFA "Awak boleh ke hidup tanpa saya, Nufa?" - ELMO NAZARI Antara masa lalu dan masa depan, yang mana satukah menjadi pemenangnya? *No plagiat allowed!!! © flwershaee, 2025
CINTA HADIR KEMBALI |C by nurna366
nurna366
  • WpView
    Reads 25,176
  • WpVote
    Votes 1,277
  • WpPart
    Parts 71
KAI RIDHWAN | | KAIRA ALUNA Dia pernah memilih jalan pergi, meninggalkan rumah tangga yang baru berusia dua bulan. Bagi Kai Ridhwan, masa lalu itu adalah luka yang tidak pernah sembuh - luka yang lahir daripada keangkuhan dan ketakutannya sendiri. Bertahun kemudian, takdir mempertemukannya kembali dalam dunia yang tidak pernah dia sangka. Kini, dia bergelar pensyarah. Antara ratusan pelajar yang menadah ilmu, ada sepasang mata yang membuatkan jantungnya berhenti berdegup sesaat mata yang pernah menjadi saksi lafaz ijab kabulnya. Kai tidak kembali untuk mengajar sahaja. Dia kembali untuk menebus dosa. Untuk memohon kemaafan. Untuk mendapatkan semula hati seorang wanita yang pernah dia sia-siakan. Namun, maaf bukan sesuatu yang mudah. Kepercayaan yang pernah hancur bukan senang untuk dibina kembali. Dan cinta adakah masih ada ruang untuknya, atau sudah terkubur bersama janji-janji yang pernah dimungkiri? Di balik meja pensyarah dan helaian nota kuliah, satu perjalanan hati bermula. Antara keberanian, penyesalan, dan harapan akan sebuah peluang kedua. Kerana dalam hidup Kai Ridhwan, cinta adalah pengajaran paling sukar... dan wanita itu adalah jawapan yang dia cari. "Kurang ajar! Kau nak salahkan Mama dengan Papa pula? Kalau bukan kerana kami, kau takkan dapat lelaki macam Kai. Kau tu siapa? Layak ke ada suami macam dia?" START:20/9/2025 END:
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,672,782
  • WpVote
    Votes 259,623
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
He's Mine Not Yours ✓ by Lylessa
Lylessa
  • WpView
    Reads 53,570
  • WpVote
    Votes 1,322
  • WpPart
    Parts 50
𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐄𝐑𝐒𝐇𝐀𝐐 𝐌𝐀𝐋𝐄𝐄𝐐 & 𝐍𝐈𝐊 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐐𝐀𝐘𝐋𝐀 "𝔹𝕚𝕝𝕒 𝕔𝕚𝕟𝕥𝕒 𝕕𝕚𝕦𝕛𝕚, 𝕤𝕚𝕒𝕡𝕒 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕤𝕒𝕟𝕘𝕘𝕦𝕡 𝕓𝕖𝕣𝕥𝕒𝕙𝕒𝕟...𝕕𝕒𝕟 𝕤𝕚𝕒𝕡𝕒 𝕪𝕒𝕟𝕘 𝕤𝕖𝕕𝕚𝕒 𝕞𝕖𝕟𝕘𝕙𝕒𝕟𝕔𝕦𝕣𝕜𝕒𝕟?" 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐄𝐫𝐬𝐡𝐚𝐪 𝐌𝐚𝐥𝐞𝐞𝐪 dan 𝐍𝐢𝐤 𝐀𝐦𝐚𝐫𝐚 𝐐𝐚𝐲𝐥𝐚, pasangan yang suatu ketika dulu menjadi gambaran bahagia. Dua anak kecil, rumah tangga yang dibina atas cinta, dan hampir lima tahun hidup penuh tawa serta doa. Namun, perlahan-lahan kebahagiaan itu mula retak. Amara mengejar impian kerjaya yang lama dipendam. Dan Ershaq...mula merasa dirinya semakin jauh dari perhatian seorang isteri. "Awak tak boleh ke cuti sehari untuk saya? Saya ni suami awak, Amara... bukan orang asing." - 𝐒𝐲𝐞𝐝 𝐄𝐫𝐬𝐡𝐚𝐪 𝐌𝐚𝐥𝐞𝐞𝐪 Kesibukan Amara mencipta ruang sunyi dalam hati Ershaq, dan dalam kekosongan itulah hadir Rania Darissa , pembantu peribadi yang kononnya prihatin, namun sebenarnya sedang menabur racun halus dalam luka yang tak terlihat. "Kalau u perlukan bahu... I ada. Rumah I sentiasa terbuka untuk u." - 𝐑𝐚𝐧𝐢𝐚 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐬𝐚 Tanpa Ershaq sedar, langkahnya mula tersasar. Dia hanyut ke arah perhatian yang tak sepatutnya. Dan...tanpa Amara sedar, badai yang paling menakutkan sedang merobek perlahan hatinya. Rupanya suami yang dia cintai dan pertahankan telah memilih untuk berlaku curang. Selama ini Amara buta dengan kasih sayang yang dia sangka miliknya seorang. Dia tak tahu bahawa perhatian Ershaq itu rupanya telah dibahagi. Kasih yang dia genggam erat selama ini rupanya telah dikhianati dan Amara langsung tidak menyedarinya...hinggalah rumahtangga mereka hampir rebah sepenuhnya. Apakah yang akan Amara lakukan?
The Zarif Haikal Possession  by Fiezajungkookie
Fiezajungkookie
  • WpView
    Reads 6,262,831
  • WpVote
    Votes 222,928
  • WpPart
    Parts 91
Zarif Haikal menatap Zara tajam. Gigi diketap kuat menahan perasaan geramnya pada Zara. Zara menunduk diam. Getaran pada badan Zara boleh dilihat dengan jelas. " Jangan harap kau boleh pergi dari aku Zara ". Ujar Zarif sinis. Zara tergamam. Apa yang dia boleh lakukan? Lelaki di hadapan dia ini punyai segalanya. Manakala dia tidak ada apa apa. | 2 July 2019 - 3 January 2021 | MATURE HOPE BIJAK FIKIR SENDIRI. ADE KATE2 CARUT, KATA KASAR DAN AYAT LEPAS. BUT TAK LEBIH. HOPE FAHAM2 SENDIRI. JGN KATE AKU TAK BAGI AMARAN *-* •~• Don't ever plagiat or copy my work. My work imaginasi dari OTAK aku! Kau copy kite jumpe dekat akhirat sana. Time tu kau kire lah dengan aku.
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 215,040
  • WpVote
    Votes 14,370
  • WpPart
    Parts 67
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
Belong To You (C) by mrshakita
mrshakita
  • WpView
    Reads 31,956
  • WpVote
    Votes 1,115
  • WpPart
    Parts 44
(♡Karya Kelima♡) Perkahwinan yang diatur keluarga, buat Tengku Faiq Farhan dan Tengku Maya Alisa bersatu. Disebalik perkahwinan itu, ada dendam yang ingin dilaksanakan. Kau ingat aku suka sangat dengan perkahwinan ini! - Tengku Faiq Farhan. Tak suka putuskan, tak payah buat teruk. - Tengku Maya Alisa. Tengku Maya Alisa hairan, kenapa Tengku Faiq Farhan berubah menjadi dingin dengannya. Bagai anjing dan kucing lagi lagaknya, asyik berbalas mulut. Kerana satu peristiwa, Tengku Maya Alisa bawa diri jauh dari semua orang. Bila dia dah bersedia pulang ke samping keluarga, terpaksa menyamar jadi perempuan yang tidak bertudung kepada bertudung. Pertemuan kembali dengan suami yang membawa luka dalam hidupnya. Macam-macam ujian yang Tengku Maya Alisa lalui, akan tetapi terlunaskah dendam Tengku Faiq Farhan buatnya. Atau ada yang perlu di korbankan lagi?