MISSCOKLATTE's Reading List
7 stories
Menggunung (Completed) by HelmiEffendy
HelmiEffendy
  • WpView
    Reads 214,738
  • WpVote
    Votes 13,795
  • WpPart
    Parts 54
Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan. Semuanya bermula apabila Izzat Razali berhijrah dari bandar Eurasia ke pekan Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung. Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga di dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk. Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!
Panglima Hitam by Don_Chorleone
Don_Chorleone
  • WpView
    Reads 74,646
  • WpVote
    Votes 3,626
  • WpPart
    Parts 122
Mengisahkan perjuangan dan pengorbanan sekumpulan tentera elit dalam mempertahankan kedaulatan negara dan anak bangsa. Diinspirasikan daripada peristiwa hitam Lahad Datu yang melanda negara kita pada tahun 2013 yang lalu. Terdapat sedikit unsur-unsur fantasi sebagai penyedap jalan cerita. Maaflah jika rasa sedikit merapu. Untuk pengetahuan, saya menyelitkan banyak karakter yang diadaptasi daripada cerita-cerita hikayat Melayu dan juga beberapa tokoh sejarah yang terkenal. Banyak unsur kesenian dan kebudayaan Melayu yang saya semaikan dalam cerita ini. Semoga anda memperoleh sedikit ilmu dan manfaat. Selamat membaca. Ranking tertinggi #9 Fantasy
Raja Richard The Lion Hearted by AbdulMuminJarni
AbdulMuminJarni
  • WpView
    Reads 1,603
  • WpVote
    Votes 63
  • WpPart
    Parts 22
Richard The Lion Hearted merupakan seteru utama Sultan Salahuddin semasa Perang Salib Ketiga. Kali ini. buat julung kalinya kisah raja pahlawan ini diceritakan dalam sebuah siri yang merangkumi zaman remajanya sehingga pengakhiranya di medan perang.
Richard X Salahuddin: Pertembungan Dua Gergasi di Era Peperangan by AbdulMuminJarni
AbdulMuminJarni
  • WpView
    Reads 4,453
  • WpVote
    Votes 198
  • WpPart
    Parts 22
Richard X Salahuddin ialah sebuah siri non-fiksyen menceritakan pertembungan dua tokoh semasa Perang Salib Ketiga. InsyaAllah akan dikemaskini dua kali seminggu, pada hari Rabu dan Jumaat.
SYAITAN by MohammadSafwan8
MohammadSafwan8
  • WpView
    Reads 2,436
  • WpVote
    Votes 79
  • WpPart
    Parts 2
Kisah-kisah seram pendek mengenai makhluk tuhan yang tugasnya hanyalah satu. Menyesatkan anak-anak Adam!
Cikgu Super by MohammadSafwan8
MohammadSafwan8
  • WpView
    Reads 45,121
  • WpVote
    Votes 1,578
  • WpPart
    Parts 20
Mengisahkan seorang tentera darat elit (ATM) yang ditugaskan menyamar sebagai seorang guru di Benta, Pahang Darul Makmur. Kapten Thaqif membuat persepsi awal bahawa menjadi guru samaran tidak akan menjejaskan dan menganggu risikan dia nanti. Namun sekolah yang tenang jangan disangka tiada ribut yang melanda. Ikuti kisah seorang tentera elit yang bergelumang dengan pelbagai ragam dan kisah anak murid dan warga sekolah. Amaran!!! Kisah ini tidak mempunyai adegan pencintaan yang serius. Kalau ada pun hanyalah secebis daripada keseluruhan cerita ini.
Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete) by GenjiAfai
GenjiAfai
  • WpView
    Reads 269,129
  • WpVote
    Votes 4,050
  • WpPart
    Parts 100
kisah penceritaan tentang keseraman melampaui batas.. dan dipetik dari novel seram nukilan tok awang ngah.. semoga anda semua terhibur dan enjoy.. Nantikan siri bercakap dengan jin Misteri jam 12 Jangan tutop lampooo