Ad_callmeAd
- Reads 472
- Votes 51
- Parts 10
Realiti tidak seindah mimpi.
Betul ke?
"𝙎𝙝𝙚 𝙛𝙚𝙡𝙡 𝙛𝙞𝙧𝙨𝙩 𝙗𝙪𝙩 𝙝𝙚 𝙣𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙛𝙚𝙡𝙡"
Bagi seorang Eyra Adriana, mimpi merupakan taman indah yang mengisi kekosongan jiwanya.Dia dapat merasa semua kemanisan walaupun pada realiti dia hanya menelan sisa pahit hidup.
Namun,segalanya berubah rentak apabila Eyra ditemukan dengan seorang pemilik café yang tampan juga manis , Emran Haikal.Semua berkaitan lelaki itu sering menjadi igauan memori Eyra.
"Dalam mimpi saya memang ada awak.Mungkin kita ditakdirkan bersama, kan?"
Kini,episod mimpi Eyra punyai watak utama yang telah lama dia nantikan.Pelbagai usaha telah Eyra cuba untuk mendekati Emran.Biarkan orang yang menganggap dia beria.
Dia tidak kisah dicop 'perigi mencari timba' asalkan lelaki itu menjadi miliknya.
Emran Haikal merupakan pemilik café Dream O' Em yang baru sahaja ditubuhkan hasil titik peluh sendiri.Emran seorang yang tidak suka bergaul dan tidak mempunyai ramai kenalan perempuan.Dia sememangnya seorang yang menjaga pandangan dan cuba untuk tidak mendekati mana-mana perempuan selain mama dan adiknya.Emran juga bertukar dingin sejak kehadiran Eyra dalam hidupnya.
"Kau ni tak serik ke kejar aku? Pergi mampus dengan mimpi bodoh kau, betina!"
Pertemuan antara mereka masing-masing telah melahirkan dua perasaan yang berbeza.Perasaan yang berlawanan antara satu sama lain.
Jika dia cinta,maka dia benci.
Jika dia rindu,maka dia menjauhi.
Ikhlas dari hati suci Eyra Adriana ingin memiliki Emran Haikal seadanya namun tidak dibalas hanya kebencian yang makin bercambah dari Emran.
Segala kepahitan yang dia telan bertukar menjadi kenangan manis di alam mimpi Eyra Adriana.
Kerana itu dia berdoa untuk kekal bermimpi selama-lamanya kerana pada realiti hanya meninggalkan rasa luka yang mendalam.
"Terima kasih Emran Haikal kerana sudi menjadi watak terindah dalam mimpi Eyra Adriana."
Apakah kesudahan kisah c