The Truth is.. I'm Not Ur Son!
-Akio-Akeichi-
- LECTURAS 562
- Votos 16
- Partes 15
Aku dibawa secara paksa ke sebuah rumah besar bak istana! Di sana aku bertemu dengan seorang lelaki tua yang sangat terkenal. Dia merupakan pemilik kepada empayar Akeichi Group yang sangat kaya di dunia ini, iaitu Tuan Hikaru Akeichi.
Tiba-tiba, Akeichi-sama mengatakan bahawa aku ini adalah anaknya! Anak lelaki yang telah dibawa pergi secara paksa oleh bekas isterinya dahulu...
What the-
Aku rasa ini semua ada salah faham!
Aku ini bukan anak kepada Akeichi-sama kerana aku ini adalah PEREMPUAN! Sedangkan anak Akeichi-sama adalah LELAKI!
Aku ingin menafikan hal ini, namun Akeichi-sama telah menunjukkan sebuah bukti yang kukuh kepada aku!
Ouh, aku hampir gila apabila melihat bukti itu..
Kenapa bukti itu sangat menunjukkan aku ini adalah anak kandungnya?
Kalau betul aku anak kandungnya, seharusnya ia tahu aku ini perempuan..
Tidak mungkin kerana penampilanku seperti lelaki ini membuatkan dia tidak sedar akan diriku yang perempuan ini?
Bagaimana aku nak lari ni!!!
Sudahlah tu!
Aku kena tinggal secara paksa pula dengan orang-orang yang aku tak kenal dan banyak ragamnya!
Dan salah satunya adalah gadis yang merupakan tunang aku sendiri!!!
Demi Tuhan..
Aku bukan LELAKI!!!
Kenapa aku perlu bertunang dengan sesama PEREMPUAN PULA!!!😢😢