Iela8714's Reading List
72 stories
Fateh Arsyal's Unwanted Bride | OG  by RissaRalyn
RissaRalyn
  • WpView
    Reads 7,095
  • WpVote
    Votes 533
  • WpPart
    Parts 32
***FATEH ARSYAL ZAYEED X NUR ARALYN ARISYA*** Unwanted Heart, Unbreakable Vow "Aku nak kau batalkan pernikahan kita."-Fateh Arsyal Zayeed Sehari sebelum akad, itulah ayat pertama yang Fateh Arsyal Zayeed berikan kepada Nur Aralyn Arisya, perempuan yang bakal sah menjadi isterinya. Bagi Aralyn, perkahwinan itu ialah amanah yang perlu dijaga walau hati sendiri terluka. Namun bagi Fateh, pernikahan itu hanyalah beban yang tidak pernah dia pinta. Hatinya langsung tidak rela untuk bernikah dengan gadis kampung itu. "Kau cakap dekat atuk kau yang kau tak nak nikah dengan aku. Faham?"-Fateh Arsyal Zayeed Tetapi apabila akad tetap berlangsung, Aralyn terpaksa menerima kenyataan bahawa dia kini hidup sebagai isteri kepada lelaki yang tidak pernah memilihnya. "Takkan tak ada langsung sekelumit rasa belas kasihan dalam diri tuan pada saya? Saya sedar saya orang kampung. Tapi layak ke saya sebagai isteri tuan dihina sampai macam ni?"-Nur Aralyn Arisya "Bagi aku, kau lebih hina dari anjing kurap!"-Fateh Arsyal Zayeed Di sebalik status halal yang mengikat mereka, tersembunyi luka, kebencian, ego, dan rahsia kisah silam yang perlahan-lahan mula meruntuhkan segalanya. Mampukah Aralyn bertahan? Adakah Fateh akan menerima 'Unwanted Bride'nya atau hidup Aralyn terus dirundung awan gelap yang tak pernah membawa bahagia. Akankah pelangi datang mewarnai hidup Aralyn? Semua itu akan terjawab dalam... "Fateh Arsyal's Unwanted Bride" ************* Start : 7/4/26 End:
Di Bawah Bayangan Takdir by rynafiaaa
rynafiaaa
  • WpView
    Reads 1,277
  • WpVote
    Votes 81
  • WpPart
    Parts 56
Nur Erika Serena, anak perempuan bongsu daripada enam adik beradik kepada pasangan berpengaruh , Puan Sri Nur Eryna Sofia dan Tan Sri Syed Hayder Iskandar Zulkarnain , walaupun dibesarkan dalam kemewahan , Erika tetap dididik dengan nilai agama dan maruah , menjadikan gadis lemah lembut serta berperinsip Namun hidupnya berubah apabila dia yang sudah bertunang dengan Danial Ayden telah diperangkap bersama seorang lelaki yang tidak dikenali dalam satu kejadian tangkap basah - satu fitnah terancang oleh pihak berniat jahat. Walaupun tidak bersalah, maruah Erika tercalar dan keluarganya berdepan aib yang besar. Demi menutup fitnah dan mempertahankan nama baik keluarga, Erika terpaksa berkahwin dengan lelaki Itu bernama Zayn Noah Emir. Zayn Noah Emir ialah CEO muda yang dingin dan berpengaruh. Di sebalik kejayaannya, dia menyimpan identiti sebenar sebagai ketua mafia berbahaya yang menguasai dunia gelap kota. Perkahwinan itu bukan kerana cinta, tetapi terikat pada satu perjanjian rahsia. Rumah tangga yang bermula dengan paksaan menemukan Erika dalam dunia yang penuh ketakutan, manakala Zayn pula bergelut dengan masa silam dan musuh yang sentiasa memburu. Namun di sebalik sikap dinginnya, Zayn sebenarnya menjadi pelindung setia Erika , hingga perlahan-lahan hati yang terpaksa disatukan itu mula belajar untuk percaya. Di tengah fitnah, dendam dan ancaman dunia gelap, Erika dan Zayn harus memilih - terus terikat pada takdir yang memaksa, atau memperjuangkan cinta yang lahir daripada luka.
ECHOES OF LOVE by luvstvrsya
luvstvrsya
  • WpView
    Reads 21,961
  • WpVote
    Votes 1,285
  • WpPart
    Parts 23
𝓵𝓾𝓿𝓼𝓽𝓿𝓻𝓼𝔂𝓪'𝓼 𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓶𝓪𝓼𝓽𝓮𝓻𝓹𝓲𝓮𝓬𝓮 ❦ 𝐍𝐀𝐃𝐇𝐄𝐄𝐅 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 | 𝐀𝐘𝐑𝐀 𝐁𝐀𝐓𝐑𝐈𝐒𝐘𝐈𝐀 𝗡𝗔𝗗𝗛𝗘𝗘𝗙 𝗔𝗥𝗬𝗔𝗡 • Seorang jejaka kacak yang berusia 26 tahun dan merupakan seorang guru biologi di sekolah menengah kebangsaan. Sikapnya yang pendiam dan tidak banyak bercakap membuatkan dia kelihatan jauh berbeza daripada guru-guru lain serta wajahnya sentiasa kelihatan tegas. Jika ada pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah, maka bersiap sedialah untuk dirotan oleh Sir Nadheef. 𝗔𝗬𝗥𝗔 𝗕𝗔𝗧𝗥𝗜𝗦𝗬𝗜𝗔 • Seorang gadis jelita yang juga merupakan seorang guru yang mengajar bahasa English di sekolah menengah kebangsaan, sama seperti Nadheef. Meskipun Ayra baru berusia 23 tahun, dia sudah menjadi guru yang disayangi oleh ramai anak-anak murid. Aura lemah-lembutnya membuatkan setiap pelajar senang mendekatinya. 𝗧𝗔𝗨𝗙𝗜𝗤 𝗜𝗟𝗛𝗔𝗠 • Merupakan seorang guru yang mengajar subjek matematik dan bersahabat baik dengan Nadheef serta Ayra sejak dari zaman bangku sekolah. Seorang guru yang amatlah sporting dan ceria kepada pelajar-pelajarnya. Sebaya dengan Nadheef dan mudah terhibur dengan setiap perkara yang dilakukan. -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 🦢 too cute, too sweet to handle 🦢 say BIG NO to third wheels 🦢 with warm hearts & kindness 🦢 full of unexpected plot twists, hehe 🦢 greenflag hero? more like the greenest ever Start : 2 December 2025 End : Next year... Maybe? Note : Slow update! Seminggu sekali Aira akan update new chapter pada setiap hari Sabtu atau Jumaat. Kadangkala, Aira tak akan update dalam masa sebulan sebab busy belajar.
LEFTENAN RAIF ERSHAAD (C) by Zqhsara
Zqhsara
  • WpView
    Reads 2,033
  • WpVote
    Votes 122
  • WpPart
    Parts 36
"Manda panggil abang sebab Manda hormat abang sebagai suami. Tapi kalau abang rasa hormat Manda tu satu gangguan... esok bawa Manda pergi mahkamah. Lepaskan Manda. "Bagi Leftenan (U) Raif Ershaad, Amanda Raisya hanyalah satu 'mandat' yang terpaksa dipikul demi memenuhi janji dua keluarga. Walaupun bergelar isteri, Amanda tetap dianggap orang asing yang mengganggu hubungannya dengan Natasha Yasmin. Amanda, pelajar perubatan tahun akhir yang sarat dengan beban tugas, memilih untuk terus bersabar. Namun, apabila ego mengatasi segala-galanya, kedinginan Raif akhirnya memecahkan benteng kesabaran Amanda. Satu pengkhianatan terbongkar, dan satu insiden berdarah di tangga fakulti mengubah segalanya. Saat 'Abang' tidak lagi meniti di bibir Amanda, Raif sedar-dia bukan sekadar mengabaikan amanah sang Jeneral, tetapi dia sedang kehilangan dunianya sendiri. Berjayakah Raif memintas semula hati yang sudah mendingin? Atau adakah 'intersepsi' kali ini sudah terlambat?
Ombak Langit Kita | OG by theamandaa
theamandaa
  • WpView
    Reads 544
  • WpVote
    Votes 44
  • WpPart
    Parts 31
#2 Our Twilight Sky Ariq x Aira Di bawah langit jingga yang memeluk laut luas, dua jiwa bertemu antara ombak dan senja - satu terlahir dari disiplin, satu lagi dari kelembutan jiwa yang menyembuhkan luka. Muhammad Ariq Muqri bin Muhammad Arden Mikael, seorang pegawai muda Tentera Laut yang mewarisi keberanian dan ketegasan ayahnya, membawa parut lama daripada kehilangan sahabat dalam operasi rahsia di perairan Sabah. Bagi Ariq, laut bukan sekadar tempat bertugas - ia adalah medan yang mengingatkan bahawa setiap gelombang menyimpan rahsia dan kehilangan. Di sisi lain, Nur Aira Camilla binti Muhd Akram Caleb, seorang doktor gigi tentera yang baru dipindahkan ke pangkalan laut, datang dengan senyuman yang cuba menutupi kesedihan. Di sebalik ketenangan wajahnya, dia menyembunyikan kisah kehilangan ayah - seorang anggota marin yang tidak pernah pulang. Pertemuan mereka di pangkalan Tentera Laut bukan kebetulan, tetapi takdir yang tersusun di antara ombak dan senja. Hubungan mereka terjalin perlahan, antara tugas dan takdir, antara cinta dan pengorbanan. Namun apabila satu operasi sulit membawa Ariq ke perairan berbahaya, rahsia masa lalu terbongkar - mengaitkan kematian ayah Aira dengan tragedi silam yang menghantui Ariq. Dalam gelombang yang menggila, mereka diuji oleh kepercayaan, kehilangan, dan cinta yang mungkin tidak sempat diucapkan. Kerana dalam dunia tentera, cinta kadang bukan tentang memiliki - tetapi tentang melindungi dari kejauhan. "Jika laut memisahkan kita, senja akan tetap menjadi saksi - bahawa di setiap ombak, ada namamu yang tak pernah hilang." ⚠️ Segala watak, tempat, dan peristiwa adalah rekaan penulis semata-mata. Sebarang persamaan hanyalah kebetulan. Jika mendapat cliche ataupun cringe maafkan saya. Dilarang plagiat atau ss sebab semua ini idea daripada saya sendiri. Start : 17/10/2025 End : -
Cinta Disebalik Uniform by wh0tis_iela
wh0tis_iela
  • WpView
    Reads 348
  • WpVote
    Votes 16
  • WpPart
    Parts 32
Leona Ezandra, seorang perempuan yang pendiam ketika di bangku sekolah dahulu kini dia menjadi seorang yang lebih ceria. Leona yang berkerja sebagai guru di sebuah taska yang berhampiran dengan kem tempat abang nya berkerja. Tetapi keceriaan Leona berubah setelah dia mendapat tahu bahawa haqem berkerja di kem yang sama dengan abangnya. Keadaan menjadi lebih keruh apabila Leona mendapat tahu bahawa haqem kini seorang duda anak satu. Haqem Amerul, merupakan seorang yang ceria dan suka menyakat Leona ketika di bangku sekolah tetapi keceriaannya hilang setelah dia menjalani latihan ketenteraan selama 6 bulan semuanya berubah apabila haqem dan Leona terputus hubungan. Selepas tamat latihan haqem dijodohkan oleh Riana yang merupakan anak kepada rakan ayahnya sendiri. Haqem yang masih menyimpan nama Leona dihati selalu mencari keberadaan Leona. Setelah setahun haqem menikah, dia dan Riana dikurniakan cahaya mata yang diberi nama Sofea arissa tapi malangnya haqem terpaksa kehilangan isteri tercinta membuatkan haqem menjadi lelaki yang berdarah dingin. Haqem yang dulunya selalu tersenyum kini menjadi lelaki yang susah untuk senyum. Haqem berpindah ke kem yang lain untuk melupakan semua tentang arwah isterinya tetapi siapa sangka pindah nya haqem ke tempat baru adalah salah satu cara dimana dia bertemu semula cinta lamanya Leona yang kini menjadi guru kepada anaknya sendiri Sofea arissa. Apa yang akan terjadi selepas ini??
Sugar, Scar &  Secret by starrysugarry
starrysugarry
  • WpView
    Reads 6,896
  • WpVote
    Votes 387
  • WpPart
    Parts 5
Tan Ghazali & Qaireen Maleeka 18+ Sugar, Scar and Secret.
SHADOW WAVE : MISSION ALPHA by authorqistea
authorqistea
  • WpView
    Reads 8,253
  • WpVote
    Votes 589
  • WpPart
    Parts 38
Doktor Alya Natasya seorang pegawai perubatan tentera yang hidupnya teratur dan penuh disiplin. Bagi dia, lelaki bermotor besar hanyalah simbol kekacauan yang tidak pernah dia perlukan. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Leftenan Muda Arif Hakimi, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang dingin dan penuh rahsia. Ketua Shadow Wave Alpha di KD Satria itu seolah-olah membawa satu rasa asing yang tidak dapat Alya jelaskan. Pertemuan mereka bermula dengan sindiran dan rasa tidak suka, tetapi setiap kali mereka bertemu, Alya mula diganggu serpihan memori yang tidak lengkap - hujan malam yang membuat bergelora dan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk kembali. Tanpa dia sedar, Alya pernah mengenali Arif Hakimi sebelum satu tragedi di laut meragut sebahagian ingatannya. Dan Arif... masih setia menjaga kenangan yang Alya sudah hilang. Di tengah operasi laut, bahaya dan ribut yang tidak pernah berhenti laut telah menjadi saksi kepada cinta yang pernah wujud tetapi dilupakan. Kerana ada cinta yang tidak mati... walaupun namanya tidak lagi diingati.
MON AMOUR, TUAN ARMAN HARITH by CikMardiah
CikMardiah
  • WpView
    Reads 2,525
  • WpVote
    Votes 373
  • WpPart
    Parts 18
"Kurang ajar betul! Berani ya kau pecah masuk rumah orang?! Apa miskin kedana sangat ke hidup kau ni sampai nak kena mencuri?" - Jazleen. "Lahawlawalaquwwataillabillah..." - Arman. Salah faham yang memalukan! Namun, tanpa mereka tahu salah faham yang memalukan itu menjadi satu titik permulaan untuk sebuah kisah cinta yang tidak pernah tersenarai dalam perancangan hidup mereka. Beberapa bulan selepas mereka berpisah membawa haluan masing-masing, takdir kembali mempertemukan mereka semula dalam versi yang berbeza. Satu ruang yang sunyi dalam hati mula mencari penghuninya. "It was an honour to work with you, lieutenant commander," - Jazleen. Bagi Jazleen, Arman itu lelaki yang tenangnya luar biasa. Bagi Arman pula, Jazleen itu perempuan yang menghuru-harakan jiwa. "What are you doing, Tuan Arman?" - Jazleen. "Just making sure this princess doesn't get burnt," - Arman. Di saat Jazleen sedang berjuang dengan luka dan kecewa yang belum sembuh, ada Arman yang sentiasa di sisi. Dan di saat satu kebenaran pahit yang menyakitkan terungkap, Arman tidak pernah tinggalkan Jazleen sendiri.
Anchor of Hope ⚓️  by _natasyasofian_
_natasyasofian_
  • WpView
    Reads 135
  • WpVote
    Votes 24
  • WpPart
    Parts 9
"Living in your parents' house is free, but you pay with your mental health." Itu bukan sekadar ayat yang Aaira Sabrina baca di media sosial. Itu adalah realiti hidupnya sendiri. Sebagai anak sulung dan pelajar Master dalam bidang Chemical Engineering, Aaira perlu sentiasa menjadi "contoh terbaik" dalam keluarganya. Dia berjaya, dia patuh, dia diam. Tapi di sebalik semua itu, dia sedang perlahan-lahan hilang dalam tekanan yang tak pernah berhenti dengan dibandingkan, ditegur, dan tidak pernah cukup di mata ayahnya sendiri. Setiap kata-kata yang dilemparkan menjadi beban yang dia simpan seorang diri. Setiap harapan keluarga menjadi rantai yang mengikat dia daripada menjadi dirinya sendiri. Dan setiap hari, dia belajar untuk tersenyum walaupun jiwanya semakin retak. Pertengkaran dengan ayahnya menjadi titik paling rendah dalam hidup Aaira. Kata-kata yang keluar bukan lagi nasihat, tetapi perbandingan dan luka yang tidak terlihat. Dalam keadaan emosi yang tidak stabil, Aaira membawa diri tanpa arah. Dia memandu jauh tanpa sedar, hanya mahu menjauh daripada rumah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Perjalanannya berhenti di Lumut. Aaira berdiri di ambang kehancuran. Di tempat dimana tiada siapa mengenalinya. Namun takdir tidak membiarkan dia mengakhiri hidupnya. "Cik, jangan. Benda boleh bincang jangan buat kerja bodoh macam ni." Suara itu memecahkan kesunyian malam di pantai Lumut. Aaira tersentak. Di saat dunia dalam dirinya hampir runtuh, muncul seorang lelaki yang tidak dikenalinya, Lefteman Syed Erzhan Talhah pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia, yang berdiri di antaranya dan keputusan yang tidak boleh diputar semula. Erzhan tidak datang untuk menjadi penyelamatnya tetapi untuk menjadi bukti bahawa kadang-kadang, cinta yang paling tulen bukanlah yang menyelamatkan seseorang tetapi yang menemani mereka ketika mereka belajar untuk menyelamatkan diri sendiri.