takhairina's Reading List
200 stories
Amor Mio ©️ by itsquinrae
itsquinrae
  • WpView
    Reads 699,384
  • WpVote
    Votes 27,972
  • WpPart
    Parts 69
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: 05/12/2024 Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light conflict ⚠️Storyline agak membosankan
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 540,651
  • WpVote
    Votes 3,326
  • WpPart
    Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00
Not Her Fault [ C ] | Her Scar Series #2 by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 1,759,149
  • WpVote
    Votes 90,827
  • WpPart
    Parts 58
━ 𝐋 𝐈 𝐋 𝐘 𝐑 𝐎 𝐒 𝐄 ❝The symbol of purity and refined beauty❞ ••• Rupawan namanya, seindah maksudnya. Seperti lili, hatinya suci dan empati, Umpama mawar, dia mekar di celahan ranting berduri, Tapi, apakah nasibnya secantik namanya? ❝Ingat ni sampai mati, Warda. Kau pembunuh! Pembunuh Bella! Sampai mati pun aku takkan maafkan kau.❞ Amanah yang aku titipkan, terabai. Kepercayan yang aku tinggalkan, dikhianati. Bagaimana harus aku percaya lagi? -Nuffaiq Wildan ❝Apabila injap jantung ini sudah digantikan dengan yang baru, aku mahu berbakti di luar. Tak kisah di mana-mana. Afrika, Somalia atau Syria sekalipun. Asalkan jauh dari sini.❞ Kerana aku tidak punya sesiapa di sini. Kerana diri ini dibenci. Oleh dia. Oleh mereka. Atas kematian Bella. -Lilyrose Warda Namun, takdir Tuhan tertulis sebaliknya. ❝Doktor Nuf, ada seorang pesakit kritikal memerlukan pembedahan injap jantung segera!❞ Sesalan yang dirasa sudah tidak berguna. ❝Kalau aku tahu dia orangnya, takkan aku cemarkan tangan aku buat pembedahan tu! Biar dia rasa apa yang Bella rasa dulu.❞ Ke mana hilang sifat perikemanusiaan yang ada dalam diri Dr Nuffaiq Wildan? Apabila ianya melibatkan seorang wanita bernama Lilyrose Warda, tanggungjawab sanggup diketepikan. Dendam dan kebencian menjadi keutamaan. ❝Aku akan pastikan semua perbuatan kau pada Bella akan memakan diri kau semula. Sampai waktu tu, kau sendiri akan minta supaya nyawa kau ditarik!❞ Tak perlu tunggu waktu itu, Nuf. Sekarang pun Warda rela mati. Jantung, berhentilah berdetak! Biar aku mati! *** Kisah tragis tangan yang membenci dan jantung yang disakiti... Bisakah saling mencintai? Mampukah saling mengubati? Atau tangan akan terus membenci sampai jantung itu terhenti.. ❝..your words in my head, knife in my heart. You build me up and then I fall apart..❞ Start: 24/10/2018 Ended: 09/04/2020 WARNING: COPYCAT WILL DIE IN THE MOST TRAGIC WAY
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 940,464
  • WpVote
    Votes 43,589
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
The King's Romance [BAKAL TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 875,818
  • WpVote
    Votes 26,487
  • WpPart
    Parts 37
Raja Adriel Shah ♛ Alara Sophia Raja Adriel Shah adalah seorang jejaka tampan yang berketurunan kerabat diraja yang tidak suka menyantuni rakyat dan lebih selesa hidup dalam dunia sendiri. Adriel juga dikenali dengan sikap dingin dan sombong yang menyebabkan dia sukar didampingi. Sesiapa yang cuba untuk mendekatinya, pasti makian yang akan diberi. Dia rimas dengan perhatian yang melampau terutamanya dari para gadis! Alara Sophia pula merupakan seorang selebriti terkenal yang berjaya menerpa nama bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga. Kecantikan dan bakat yang dimiliki Alara membuatkan dia dikelilingi dengan peminat fanatik. Pantang bertemu Alara, pasti semua akan menjerit gembira melihat Alara di depan mata! Tapi, tidak bagi Adriel. Insiden pertama yang berlaku antara dia dan Alara telah membuat hatinya bergelodak marah apabila Alara berani menghalau dirinya. Belum pernah ada rakyat yang bersikap kurang ajar seperti Alara. Wanita ini benar-benar mencabar kedudukannya. Takdir tiba-tiba berubah apabila Adriel dan Alara akhirnya berkahwin. Perkahwinan yang tanpa kerelaan itu membuatkan Adriel dan Alara tersepit dan terpaksa berpura-pura seperti perkahwinan mereka adalah paling bahagia. Semua mencemburui Alara kerana berjaya menjadi isteri kepada Adriel. Hakikatnya, cukuplah Alara yang tahu segalanya. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Jika terdapat persamaan, hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED
MY HUSBAND [COMPLETE] by daniea120707
daniea120707
  • WpView
    Reads 365,663
  • WpVote
    Votes 9,939
  • WpPart
    Parts 62
(NEW VERSION) KAU TU HIDUP SEBATANG KARA JELAH- Sakit bila orang yang kita terima untuk masuk ke dalam keluarga kita itu ialah musuh yang boleh mematikan diri kita sendiri. 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐈𝐑𝐃𝐄𝐄𝐍𝐀 seorang wanita yang polos,lurus dan lemah lembut dan dibenci oleh ibu dan kakak tirinya.bertambah buruk ayahnya encik nadhir telah meninggal dunia selepas berkhawin baharu dengan maryam akibat kemalangan jalan raya.sekaligus harta pusaka milik ayahnya jatuh ke tangan puan maryam demi untuk langsaikan hutang yang banyak puan Maryam sanggup menggadaikan Aleesa Irdeena untuk melangsaikan hutang yang tertunggak kepada lelaki asing bagi Aleesa. "AWAK SIAPA!"-𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐈𝐑𝐃𝐄𝐄𝐍𝐀 "future your husband"-𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑-seorang jejaka yang berkacukkan,dingin dan sombong juga mempunyai aset yang tersendiri di waktu muda. tapi di sebalik kesenangan Tengku Aryan Iskandar ada musuh yang memerhati dia dari dekat untuk menjatuhkan Eagles Golden. "Marry me, I promise I will protect you Aleesa Irdeena-𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐍𝐃𝐄𝐑. demi Cinta dan keselamatan Aleesa, Aryan sanggup menikahi wanita itu apabila mendapat tahu musuhnya utamanya itu sudah tahu kewujudan Aleesa Irdeena. Adakah 𝐓𝐀𝐊𝐃𝐈𝐑 mereka akan bersama? Dan adakah seorang Aleesa Irdeena akan menerima tawaran Tengku Aryan Iskandar? (NEW VERSION) start : 25/12/2024 End : 16/2/2025 (2:11 pm)
TERLUKA MENCINTAIMU OG (Slow Update)  by aish_maira
aish_maira
  • WpView
    Reads 353,233
  • WpVote
    Votes 1,463
  • WpPart
    Parts 20
[Pattenson Family vol. 2] [Versi 2 Tengku Khairan's Kristal] Parti, arak, kelab malam. Ianya terlalu bebas, itulah cara Kristal mengisi rasa kosong di setiap hari-harinya. "I dah kata jangan pergi sana. You ni degil Kris!" - Tengku Khairan. Sedikit pun nasihat suaminya tidak diambil peduli. Hal ini secara tidak langsung mencetus konflik di dalam perkahwinan mereka yang sudah bertahan hampir empat tahun. "S...sampai hati you..." - Kristal Vyara. Disaat Kristal mula bertekad untuk berubah, satu kejutan besar dihadiahkan padanya. Tidak pernah dia sangkakan. Tengku Khairan yang selama ini sopan dan lembut mendidik, rupanya mempunyai sikap kasar yang tersembunyi. Entah untuk berapa lama, malah satu yang pasti. Dia merana saat hati suaminya kian berubah pada Huda. Apabila semuanya sampai ke penghujung, dia ada dua pilihan yang membingungkan. Memaafkan kesalahan si suami? Atau Menerima lelaki kiriman tuhan yang baharu? "Memahami isi hati dan perasaan sendirilah yang sukar sebenarnya Kristal." -Nawwaf Karys. Genre: sad romance, islamic. [Ada beberapa watak yang mungkin namanya diubah dan terdapat juga watak baharu, jalan cerita berbeza.]
Tuan Damian Reyes by sweetiecupcakee
sweetiecupcakee
  • WpView
    Reads 47,509
  • WpVote
    Votes 1,248
  • WpPart
    Parts 4
The Reyes's Maid Hadirnya setia dalam hidup aku, tempat di mana orang datang dan pergi. Dia, TUAN DAMIAN REYES. Lelaki bersifat misteri dan sedingin ais ini merupakan seorang pemilik sebuah syarikat yang menghasilkan alat teknologi dengan kemahiran IT yang hebat. Hanya beberapa orang yang dipercayai kerana kenangan lampau telah mengajar. Dia benci akan darah daging sendiri yang tinggal. Keluarga? Perkataan itu langsung tidak wujud dalam kamus hidup lelaki digelar Sir Ace. Kerana itu lah Adrianna menganggapnya memiliki segalanya namun tiada segalanya. ADRIANNA CARISSA, seorang perempuan degil yang kuat memberontak. Kisah hidup Adrianna sangat misteri seperti kewujudan Tuan Damian. Hidup dia berpaksikan pencarian ibu bapanya yang menghilang sejak dia masih kecil. Dia dan Tuan Damian bagai langit dan bumi. Pendapat dan pemikiran mereka sangat berbeza malah mengeruhkan keadaan dengan ego masing-masing. Tidak hanya dia dipaksa menjadi pembantu rumah, dia juga dipaksa berkahwin atas permintaan lelaki itu! "Dari awak cipta robot awak, lebih baik cakap dengan saya yang bernyawa ini macam awak!" "Kau ini umpama bugs dalam codes aku. Menyusah lagi menyemak." "Tapi bugs itu juga yang selalu awak cari dalam codes kan?" "Cari untuk dibuang!" Rahsia tentang keluarga Adrianna disimpan atas sebab tersendiri namun usaha Adrianna tidak pernah putus. Dapatkah Adrianna tahu kisah sebenar dan berjumpa kembali keluarganya? Apa kaitan Tuan Damian dengan ibu bapa Adrianna?