armell8393's Reading List
8 stories
PUTERI MILANERA by LadyBug802
LadyBug802
  • WpView
    Reads 1,104
  • WpVote
    Votes 90
  • WpPart
    Parts 6
HUTAN CRIPTONER didiami oleh satu suku kaum dari serigala putih. Mereka berjiran dengan suku Kaum Serigala Salji. Pada awal mulanya kehidupan mereka penuh dengan gelak ketawa dan saling bekerjasama sehinggalah ketibaan pada hari pertabalan ketua puak. Bomoh Migur telah bermimpi didatangi oleh seorang tua yang menyatakan salah satu kaum dari serigala salji akan melahirkan seorang anak perempuan di mana bila dia sudah besar ia akan menghapuskan Kaum Serigala Putih. Bomoh Migur telah bersepakat dengan ketua puak agar menghapuskan mana mana pasangan yang sedang sarat mengandung bagi menamatkan malapetaka itu dari berlaku. Pada masa yang sama juga jawatan tertinggi bagi Kaum Serigala Salji iaitu pemegang amanat azimat Kaum Serigala Salji itu yang kononnya mempunyai kuasa hayat abadi kepada si pemakainya, ingin dirampas oleh Bomoh Migur. Dalam diam diam dia sudah memasang niat jahatnya terhadap Kaum Serigala Salji dan dia menghasut pula ketua serigala putih untuk berperang dengan alasan tempat tinggal mereka itu sepatutnya dikuasai oleh seorang ketua sahaja. Pada malam yang tidak dapat dilupakan itu satu peperangan besar besaran yang telah dirancang secara senyap senyap oleh Kaum Serigala Putih telah berlaku di atas arahan jahat Bomoh Migur. Satu demi satu rumah dibakar dan mereka di tangkap lalu dibunuh tanpa belas kasihan. Apabila ini berlaku, isteri ketua puak serigala salji sempat melarikan diri dan azimat purba itu dibawanya bersama di atas arahan suaminya, Ziko. Walaupun terpaksa berpisah, kerana Ziko berasa kepercayaannya yang begitu mendalam terhadap Kaum Serigala Putih telah hancur berkecai. Dia juga terpaksa turut serta dalam peperangan itu asalkan isteri dan bakal anak yang akan dilahirkan itu selamat.
AMORA, SI PUTERI JELMAAN by LadyBug802
LadyBug802
  • WpView
    Reads 1,763
  • WpVote
    Votes 113
  • WpPart
    Parts 7
Amora, gadis perawan yang tinggal berhampiran dengan Hutan Kolta, tinggal keseorangan dan hanya keluar pada waktu malam. Dia adalah gadis jelmaan dari seekor ular anakonda terbesar dan hanya mencari mangsa pada waktu tertentu sahaja. Amora biasanya bukan jahat, dia tidak suka menganggu keamanan manusia, tetapi, entah pada malam itu, jiwa kecilnya meronta untuk merasa darah manusia. Semakin dia menahan, semakin dia menjadi ganas. Dia perlukan darah manusia agar dia jinak menjadi sediakala. Musim sejuk hampir tiba, Amora keluar dari tempat penyembunyiannya. Hanya pada bulan terang sahaja tubuh Amora akan berubah bentuk. Pada waktu siangnya, dia akan keluar sebagai gadis biasa. Belum pernah ada seorang pun pemuda terjumpa dengannya kerana Amora memang sangat jarang sekali keluar. Pada suatu hari, terdapat sekumpulan pelajar kolej yang datang ke Hutan Kolta untuk membuat kajian mengenai serangga. Sehinggalah salah seorang dari mereka tersesat ke dalam hutan. Peter menjadi bingung kerana dia sendiri tidak tahu jalan keluar dari hutan itu dan dia terserempak dengan Amora yang sedang mandi di tasik yang membiru airnya. Bermulalah cinta pandang pertama Peter terhadap gadis itu...
PUTERI LAM-YIA by LadyBug802
LadyBug802
  • WpView
    Reads 1,142
  • WpVote
    Votes 91
  • WpPart
    Parts 13
PUTERI LAM-YIA Puteri secantik namanya Lam-Yia nama diberi Pewaris tunggal Kerajaan Lomerbort Ibunya mati kerana patukan ular jelmaan Akhirnya dia rela berkorban Dibesarkan dengan penuh kasih sayang Bersama dengan abang bernama Veilan Perasaan Lam-Yia mulai suka Veilan juga merasa yang sama Raja Dubel yang kejam lagi jahat Menaikkan cukai sesuka hati Akhirnya rebah juga kerana pewaris yang kuat Akhirnya sendiri merana diri Sayangnya Putera Reddoish cintanya ditolak Puteri Lam-Yia sudah ada yang punya Persahabatan masih dijaga agar tidak rosak Akhirnya menjadi kawan selama lamanya Nukilan Marina Bansing 17.09.2018 / Isnin 8.13pm
PUJUKAN RINDU by LadyBug802
LadyBug802
  • WpView
    Reads 20,218
  • WpVote
    Votes 798
  • WpPart
    Parts 17
BOOKING WITH PAYMENT OPEN NOW! FREE POSTAGE RM35 UNTIL 14.02.2019 WASAP : 01155209276 Rumah agam milik Sir Danel itu tersergam indah berdepan dengan tasik biru. Miss Laura datang pada hari itu dan bekerja seperti biasa. Miss Laura adalah pembantu rumah Sir Danel yang merupakan seorang duda terkaya di daerah misiongirine. Isterinya menghidap barah payudara dan meninggal 2 tahun lepas. Ramai wanita di luar cuba menggoda Sir Danel, tetapi perasaan lelaki itu jatuh pula kepada Miss Laura. Setelah menyiasat latar belakang gadis itu, rupanya dia hanyalah anak angkat seorang petani miskin, keluarga sebenarnya ialah dari kalangan Bangsawan tertinggi iaitu dikenali sebagai Keluarga Boremos. Perkhawinan Lady Gynna dengan ayah Miss Laura telah mengundang kebencian bila dia melihat bayi yang baru lahir itu akan merampas semua harta. Bayi tunggal keturunan keluarga Boremos itu dibuang di tepi sungai dan ia dijumpai oleh keluarga petani yang tidak mempunyai anak. Berita mengenai kehilangan satu satunya bayi bangsawan itu tersebar luas tetapi tiada sesiapa pun yang berani ambil tahu kerana Lady Gynna akan membunuh sesiapa saja yang berani tampil memberikan maklumat. Sehinggalah Lady Gynna sendiri melahirkan bayi perempuan yang bernama Lady Anne. 16 tahun kemudian, Lady Anne membesar menjadi seorang gadis bangsawan yang sangat cantik. Pada masa yang sama, ibunya, Lady Gynna menyuruh pula anaknya menggoda Sir Danel demi harta lelaki itu.
VVIP Dihatiku by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 77,583
  • WpVote
    Votes 1,780
  • WpPart
    Parts 15
Perigi mencari timba? Ya, itulah yang dilakukan oleh Airin Nadia dalam menjalankan misi untuk mendapatkan lelaki idamannya. Dia tidak kesah untuk memikul gelaran itu kerana jodoh perlu dicari, tidak boleh duduk diam. Jika dia tidak mulakan, sampai bila-bila pun lelaki idamannya itu tidak akan tahu isi hatinya. “Fiq, boleh aku tunggu sampai kau balik?” – Airin Nadia “Tunggu aku? Untuk apa?” – Fiqri Aiman “Saja. Nak membazirkan masa.” – Airin Nadia "Tunggulah. Insya-Allah it will worth for us.” – Fiqri Aiman Namun, harapan dan penantian Airin Nadia musnah tatkala lelaki yang dicintainya itu kembali kepada kekasih lamanya, Syasya. Ketika itu pula, munculnya Tengku Haikal yang sangat menyayangi Airin Nadia. Dek rasa sedih dan kecewa dengan lelaki idamannya itu, Airin berusaha memberikan peluang kepada Tengku Haikal. “Airin Nadia, I love you. Kal tahu Kal bukanlah lelaki yang terbaik untuk Rin tapi Kal harap Rin boleh beri Kal peluang. Izinkan Kal untuk memiliki hati Rin?” – Tengku Haikal Dua kali Tengku Haikal melamar Airin dan sebanyak kali itu jugalah hati Airin berbelah bahagi untuk menerima. Sehinggalah Airin membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke Melbourne, kota yang dihuni oleh cinta pertamanya. Dia tidak mampu membohongi diri sendiri dengan menciptakan alasan kedatangannya ke kota itu hanya untuk belajar, kerana hatinya itu masih bergetar walaupun hanya saat nama Fiqri Aiman disebut. Tajuk: VVIP Di Hatiku Penulis: Fatin Hassan Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-79-2 Harga: RM27(Semenanjung) // RM30(Sabah & Sarawak) Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni
Disney Descendants The Series: Sun's Out, Heart's Out by trayvonhaslam
trayvonhaslam
  • WpView
    Reads 5,610
  • WpVote
    Votes 170
  • WpPart
    Parts 21
In The Season Four Premiere Of Descendants The Series, Ben opens up Auradon Beach Plaza, and invites every current Auradon Prep Student to spend the whole summer there! But when Mal's friends decide its time for her to learn how to swim, she finds any reason possible not to. Then, when Mal and Ben are voted the fifth most shipped couple in Auradon Prep, Mal starts to question her relationship with him, and vows to be an amazingly royal couple. Meanwhile Evie and Doug devote themselves to designing the perfect dress.
Nota Kecil Seorang Kekasih by kosakosong
kosakosong
  • WpView
    Reads 25,433
  • WpVote
    Votes 560
  • WpPart
    Parts 117
Nil.
Kotak Misteri by Venzuu
Venzuu
  • WpView
    Reads 27,466
  • WpVote
    Votes 2,534
  • WpPart
    Parts 101
(Tamat) Selamat datang di kotak misteri! Kotak ajaib ini berisi hal-hal yang akan memuaskan keinginan terdalammu akan kegelapan. Nikmati kisah-kisah pendek namun mengerikan, atau teka-teki berdarah yang akan memaksamu sedikit memutar otak... Semoga kunjungan anda menyenangkan... (Semua cerita dan teka-teki original buatan author, di bawah 13 tahun harap jangan baca ya... ) Cover oleh @vinamokka [Update setiap Malam Jumat 💀]