EchaYana's Reading List
105 stories
𝗠𝗘𝗔𝗡𝗧 𝗧𝗢 𝗕𝗘 | COMPLETED by fancyfroy
fancyfroy
  • WpView
    Reads 1,421,957
  • WpVote
    Votes 51,036
  • WpPart
    Parts 79
(UNEDITED) [WARNING: Cerita ini ditulis waktu 2016, and i am a high schooler at that time jadi ada banyak cacat cela dan part yang cringe so read at your own risk, enjoy!] 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐝𝐚𝐦 𝐂𝐚𝐥𝐯𝐢𝐧 Peribadinya tidak seindah namanya. Ego dan sifat angkuh sentiasa bermaharajalela, bagaikan sudah sebati dalam dirinya. Dia lelaki sombong yang sangat anti pada perempuan. Namun, dia juga lelaki yang punya nafsu. Nafsunya terhadap seorang perempuan telah mengubah segalanya. Dan kini, dia ingin menagih kembali cinta gadis itu. 𝐌𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐚𝐟𝐚 Seorang gadis yang berhati mulia. Hatinya telah dihancurkan pada mulanya. Namun, dia tetap mencintai lelaki itu. Sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja buat lelaki itu. Akhirnya dia sedar bahawa lelaki itu hanya mempermainkannya. Dirinya yang dahulu bukanlah yang sekarang. Dia pergi membawa diri bersama nyawa lain yang mulai membesar di dalam perutnya. "Saya sayangkan awak, Adam. Tapi, kenapa awak buat saya macam ni? Sampai hati awak mainkan perasaan saya." "Eh perempuan, cuba kau cermin diri kau tu. Layak ke kau nak bercinta dengan aku? Aku lebih rela matilah daripada bercinta dengan kau." "Maira, saya cintakan awak. Saya yakin yang saya boleh bahagiakan awak. Sudi tak awak jadi peneman hidup saya?" S T A R T E D : 15 | 07 | 2016 E N D E D : 04 | 06 | 2018 Highest ranking - #01 in Teen Fiction [27/02/2019]
Lelaki itu... by Evaavianagyselle
Evaavianagyselle
  • WpView
    Reads 1,240,801
  • WpVote
    Votes 30,721
  • WpPart
    Parts 42
LELAKI ITU.. --------@@@--------- Sinopsis: Zara Harnina Yazmin Tan Sri Yazid ~~~mencecah 29 tahun. ~~~Pengalaman lampau dan keluarga yang kurang sempurna menjadikan dia seorang yang luar biasa dari segi EGO,HATI BATU dan KERAS KEPALA. ~~~Namun,berbekalkan ego dan kebijaksanaanya,dia mampu mengetuai empayar keluarga KUASA ARKITEK sdn.bhd. ~~~terkenal dengan gelaran'RUTHLESS BITCH'dalam kalangan kawan-kawan,pekerja mahupun musuh. Ameer Reza Datuk Razman.. ----lelaki kacak ,CEO ALAM BINA yang maskulin dan bergaya. ----boleh dikategorikan sebagai kaki perempuan yang berjaya. ----pandai menggoda dan sering tergoda. Apa yang bakal terjadi apabila 2 orang chief executive officer(CEO) yang hebat dalam kerjaya mereka hidup berjiran?Mampukah mereka hidup normal seperti orang lain? Teruskan membaca untuk mengetahui apa yang bakal terjadi dalam kehidupan mereka ********* ^_^**********
Barbie Doll✔ by sweettapple
sweettapple
  • WpView
    Reads 4,248,996
  • WpVote
    Votes 165,448
  • WpPart
    Parts 81
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperlakukan seperti patung. Dibenci keluarga kerana kisah dulu. Ditangkap basah pula dengan seorang lelaki dimana namanya sudah dikenali dipelusuk dunia tetapi itu tidak melemahkan Tiara untuk terus menghadiri ke mana-mana majlis besar untuk menjadi seorang penari disana. ANAS ISKANDAR seorang jejaka jutawan muda yang sudah memiliki beberapa buah hotel 5 bintang dibeberapa buah negara maju. Setiap hari bertukar perempuan. Ya, itulah diri sebenar Anas. Kacak, bergaya lagikan berduit, perempuan mana yang tidak melekat jika semuanya lengkap? Pertemuan secara tidak sengaja Anas bersama seorang gadis di majlis makan malam membuatkan Anas terus jatuh cinta pandang sebenar walaupun dirinya sudah mempunyai isteri. "Who are you dear?"-Anas Iskandar "Who I am? I am me."-Tiara Daneesya Dihina, dicaci dan dimaki pula oleh sang suami, bapa dan mak mertua sendiri membuatkan Tiara yang sudah lemah makin lemah. Hidupnya sudah tiada sokongan dari sesiapa lagi. Dia mahu pergi tapi ke mana? Benarkah hanya itu dugaannya yang perlu diharungi? Rasanya tidak. "Everytime I see you, I fall in love all over again."-Miss Barbie Doll ************ Vote & comment
Datuk or Dato'? by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 2,524,507
  • WpVote
    Votes 78,590
  • WpPart
    Parts 61
Siapa sangka hidupnya yang sebelum ini biasa-biasa sahaja kini berubah 100%. Bukan impiannya dan angannya untuk berkahwin dengan lelaki yang cukup pakej dan ciri-ciri sepertimana watak-watak novel yang dibaca sebelum ini. Lelaki yang menjadi pendamping hidupnya itu mempunyai pelbagai ragam dan karenah yang malas dilayannya. Manakan tidak, suka sangat bongkak dengan harta dan pangkat yang ada. Nasiblah ada dirinya, Xendra Aira mengawal dan mentarbiah lelaki itu. "Setakat jam yang dah habis bateri tu? Buang jelah." - Putera Rayqal "Boleh baiki kot, apa masalah awak?" - Xendra Aira "Baiki? Tolonglah. Harta aku terlampau banyak. Setakat beli lagi satu, ibarat tak sentuh lansung duit dalam akaun aku tu." - Putera Rayqal "Bongkak!" - Xendra Aira
Te Quiero  by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 173,779
  • WpVote
    Votes 7,123
  • WpPart
    Parts 15
Te Quiero = I Want You I want you to be my friend... I want you to be my boyfriend... I want you to be my lover... I want you to be my sweet heart... I want you to be my darling.. I want you to be my protector... I want you to be my bodyguard... I want you to be my husband... Raysa... Gadis luar biasa. Dia berkemahiran dalam melakukan apa sahaja. Panjat pokok kelapa, panjat pokok rambutan. Cakap sahaja pokok apa, semua dia boleh panjat. Gadis kampung yang cuba menyesuaikan diri di bandar. Tapi... Siapa sangka... Dia terjumpa dengan Felix Yoo Ibrahim. Lelaki yang kacak bergaya dan mempunyai harta jutaan ringgit. Kira tak habislah tujuh keturunan harta jejaka ini ada. Raysa gadis yang memang nakal. Menjadi perempuan simpanan kepada Felix. Dia cuma gadis biasa yang susah untuk menepis kata manis dan rupa menawan jejaka jutawan itu. Apa yang menyebabkan gadis kampung ini terjebak dalam kancah ini semua? Hakmilik karya ~ Atul Aisy @ CKK
Thantophobia 🌸 by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 880,617
  • WpVote
    Votes 35,809
  • WpPart
    Parts 46
Sinopsis Thantophobia ? Pang! Terkedu Nilofar saat pipinya kebas ditampar Tan Sri Muhaimin. "Aku tak nak lagi tengok muka kau dalam rumah ni. Keluar!" "Abah, Nilofar cuma..." "Nilofar, abah suruh kamu pergi. Pergi. Jangan susahkan lagi hati dia." "Tapi, ni semua." "Pergi! Jangan panggil aku abah. Aku bukan abah kau. Dasar anak tak guna! Aku suruh belajar kau pergi meliar sana sini. Degil! Dah bunting anak seorang baru nak menangis minta maaf. Pergi!" Nilofar mendukung Farhana dan berlalu keluar dari villa milik abahnya. Abah yang dia sayang sudah membenci dan adiknya Nifara juga sama. Tapi, untuk menghantar Farhana ke rumah anak yatim bukan satu jalan yang betul. Biarlah dia menjaga anak kecil ni. ??? "Farhana... Ibu tengah menulis ni sayang." Anak kecil itu tersenyum menggigit mainannya. Mahu ajak aku bermain. "Ok, ibu stop work." Aku baring dan meletakkan Farhana diatas dadaku. Punggung kecilnya ditepuk-tepuk perlahan. Bibir mengalunkan selawat. Comel melihat dia menguap. Jariku menutup bibir kecil itu. Mata Farhana sayup-sayup ingin tutup. ??? All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in a retrieval system, or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission of CKK @ Atul Aisy. ©CKK @ Atul Aisy 2018
PAWKY by atulaisy_ckk
atulaisy_ckk
  • WpView
    Reads 692,496
  • WpVote
    Votes 24,714
  • WpPart
    Parts 58
Bergelar pelajar universiti memang memakan duit yang sangat banyak. Yuran satu hal, buku hal lain juga. Kalau nak disenaraikan memang panjanglah sebut harga yang harus dilaburkan untuk hidup sebagai mahasiswa. Itu tidak lari juga buat gadis bernama Hasha Irdina Qaisara. Lemah betul bila kena cari duit sendiri tanggung perbelanjaan hidup seorang mahasiswa. Itu belum lagi bila telefon dia berdering... Hadha yang sering mencari dia dan hanya tahu meminta duit. Sakit kepala dia hanya Tuhan sahaja yang tahu. Nasib baik Hasha ada sahabat baiknya, Eddy. Kawan merangkap teman rumah yang sangat memahami dan masak benar dengan masalah yang dihadapinya lagi-lagi apabila melibatkan Hadha. Masa dia tengah melangut dalam dunia sendiri dimana pensyarah tengah membebel di depan menyampaikan ilmu dia mendapat idea. Idea yang tidak masuk akal tapi masih lagi boleh diterima akal. Apakah idea Hasha? Pawky yang didefinisikan sebagai sly, cunning dalam bahasa Inggeris akan memaparkan watak sisi nakal, pelik dan unik Hasha Irdina Qaisara. Telatahnya yang cuba mendapatkan apa yang dia mahukan dengan apa cara sekalipun. Aduhai, risau dibuatnya. Adakah idea Hasha itu akan memakan dirinya? Nantikan... Jangan lupa letakkan Pawky dalam READING LIST! Dan, FOLLOW setiap bab yang akan diPUBLISHkan di WATTPAD!
DIA SI PEMBEKU CINTA  by aunifildzah
aunifildzah
  • WpView
    Reads 2,760,988
  • WpVote
    Votes 139,895
  • WpPart
    Parts 99
Tiada ungkapan lain yang mampu menggambarkan dirinya selain beku, sejuk dan dingin. Itulah tiga kata yang seakan terpahat pada setiap langkah seorang lelaki bernama Isyraf Nazran. Sukar didekati, sukar difahami, dan lebih sukar untuk disentuh hatinya. Mengapa dia begitu dingin? Mengapa dia lebih memilih jarak daripada kehadiran? Apakah rahsia yang tersimpan jauh di sudut hati, sehingga dia tidak mampu menikmati indahnya dunia seperti insan lain? Begitulah kerasnya tangkai hati seorang lelaki yang enggan membuka bicara, enggan meluahkan rasa, seolah-olah perasaannya terkunci dalam ruang yang tidak mampu dicapai sesiapa. Namun... mengapa? "Kau jiwa aku ." - Isyraf Nazran. Satu ungkapan pendek namun lahir dari jurang yang paling dalam dalam dirinya. Bagaimana seorang lelaki yang beku, sejuk dan dingin itu mampu mencair begitu sahaja? Mencair di dalam dakapan seorang gadis yang sentiasa periang, yang mampu menyalakan hangat di setiap detik bersamanya. Bandana Headband yang sering tersarung kemas di dahinya bukan sekadar aksesori, ia adalah simbol dirinya. Namun, benarkah kisah hidup lelaki itu seindah Bandana Headband yang menghiasi dahinya? Atau adakah ia sekadar topeng untuk menyembunyikan luka yang tidak pernah sembuh? Dalam dunia remaja yang penuh gelora, mampukah cinta mudanya bersama seorang gadis bernama Ilya Nasuha bertahan sehingga ke akhirnya? "Suka Isy atau Tuan Naz?" - Isyraf Nazran. "Isy." - Ilya Nasuha. Mampukah cinta sejati mengikat semula dua hati yang pernah berpisah, lalu mencantumkannya menjadi satu melalui sebuah pernikahan? Adakah cinta remaja itu benar-benar mampu kekal hingga mereka tua? Atau sekadar singgah seperti angin yang menyapa sebentar lalu pergi? Saat kedinginan kembali bermaharajalela dalam hati seorang lelaki yang kosong, mampukah cinta menemukan ruangnya di situ? Tetaplah percaya kerana Dia Si Pembeku Cinta, yang akhirnya mungkin belajar mencair, demi seseorang yang memanaskan hatinya.
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 11,827,394
  • WpVote
    Votes 483,414
  • WpPart
    Parts 84
Satu pertaruhan, dua jiwa. Di antara Aiden dan Melissa, siapa dulu yang bakal kecundang? •
Married Mr. Nerdy! [✅COMPLETED] by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 1,947,560
  • WpVote
    Votes 97,547
  • WpPart
    Parts 64
@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain?!! Itulah orang katakan takdir. Nama aku Azierah Farisha dan korang semua boleh panggil aku Rafa. Mahu tahu dengan siapa aku bercinta? Erm.. nama dia Syed Hanaqi Faliq bin Syed Hadi Hamdan. Dari nama pun mesti ramai dapat bayangkan rupanya itu bagaimana kan? Aku fikirkan hubungan kami akan berpanjangan sampai ke pelamin namun nampaknya.. Tuhan berkehendakkan yang lain. Tak hujan, tak guruh pun.. aku dapat berita yang dia telah bertunang dengan perempuan lain. Waktu itu.. hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana berkecainya perasaan aku waktu itu. Lepas itu, ada seorang mamat ni offer aku satu benda yang tak terlintas dek akal warasku. 'Saya dengar awak dah putus. Jom couple dengan saya.'-Mr. Burn. Paling gila bila aku kata.. 'For now, saya tak accept mana-mana lelaki untuk couple. Kalau awak betul nakkan saya, jumpa mak ayah saya.. kahwini saya!'-aku. Aku tak serius pun dengan apa yang aku cakapkan itu. Main-main ajepun tapi tak sangat ayat aku itu buatkan si Mr. Burn itu nekad nak ambil aku jadi bini dia. 'I really want you, Rafa.'-Mr. Burn yang now I called Mr. Husband. ...