Favorite books
15 stories
Undercover by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 115,298
  • WpVote
    Votes 11,277
  • WpPart
    Parts 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar. Dia Iban celup sebab lahir dan membesar dekat semenanjung. Hawk ni satu unit dengan Raven. Partner in crime dia la. Dia lelaki Melayu sejati yang tak takut mati. Ha gitu la.
TeenFiction : Hadi & Hana ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 262,574
  • WpVote
    Votes 15,085
  • WpPart
    Parts 70
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla, mencintai Hadi Ehsan pula adalah minat Hana Hayla. Sekadar suka-suka. Tapi dia betul-betul suka Hadi Ehsan! Sayang sekali Hana Hayla bukan selera Hadi Ehsan. Jangan katakan sebelah mata, sekilas pun tidak dipandang. Setiap hari ada sahaja akal mahu menambat Hadi Ehsan. "Hadi, Hana ada buatkan roti sardin untuk Hadi. Ambillah, makan waktu rehat nanti tau?" Mata dikenyitkan kepada Hadi. "Saya tak makan sardin." Tolak Hadi senada lalu bekal ditolak ke tepi tanda tidak mahu menerima. Dalam kegembiraan seorang Hana Hayla terselit beribu duka. Keluarga yang berpecah-belah, Penyakit derita yang ditanggung, Apa tiadakah sekelumit bahagia buat Hana Hayla? Diterima Hadi Ehsan atau terus diabaikan? - "Kalau pun semua orang benci kau, aku tetap akan ada." Syara menarik rapat tubuh Hana ke dalam pelukan. - Apa kisah mereka? Apa jalan cerita mereka? Kejar-mengejar hingga tidak terkejar. - Start : 7/7/2021 End : 20/1/2023 End : 9/3/2025 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
Kucing, Kau Kenapa? by nur_minna
nur_minna
  • WpView
    Reads 46,002
  • WpVote
    Votes 1,753
  • WpPart
    Parts 17
CURRENTLY EDITING AND WILL SLOWLY UPDATING Update: Every Monday OR Thursday Published: 11/08/2018 Republished: 15/07/2019 Bayangkan bila kau seorang guru yang masih dalam misi mencari calon suami terjumpa seekor kucing di dalam rumah yang berkunci dan kau tak boleh ke mana-mana tanpa kucing itu? Ya, inilah yang aku hadapi. Kucing, kau kenapa? Why are you ruining my life? Tak cukup di rumah, di sekolah dan di mana-mana saja wanita 25 tahun ini berada, kucing itu sentiasa muncul. Seakan-akan stalker versi comel. Dhiya Adriana tidak tahu apa yang menyebabkan kucing itu sentiasa mengikutnya ke mana-mana dia pergi. Mungkinkah ada orang yang ingin membalas dendam terhadapnya? Maka dihantar seekor kucing untuk memusnahkan hidupnya? Namun, ada suatu perkara pelik yang jadi pada Dhiya Adriana. Sejak dia memulakan hidup baru dengan kehadiran kucing misteri itu, nama pelukis terkenal, A Aryan seringkali menjadi buah mulut rakan-rakannya. Entah apa yang menarik pada dia sehingga ramai wanita yang jatuh hati padanya dan entah mengapa dia tidak pernah dengar pun nama itu sebelum ini. Itu belum tambah lagi jirannya yang hilang tanpa khabar. Timbul pelbagai persoalan di benak Dhiya Adriana yang tidak pernah bertemu dengan jirannya itu. Mungkinkah lelaki itu diculik? Mungkinkah dia telah pun meninggal dunia tanpa semua orang tahu? Atau mungkin kucing yang muncul tiba-tiba ini tahu ke mana lelaki itu menghilang? Apa yang berlaku sebenarnya? Dhiya Adriana memilih untuk memerhati dan membiarkan waktu yang menentukan masa untuk jawapan kepada persoalannya diterima.
Cik Serai Halia | Wattys2017 by ItsNitaSophian
ItsNitaSophian
  • WpView
    Reads 42,255
  • WpVote
    Votes 2,022
  • WpPart
    Parts 28
" Tiada fairytale kisah cinta kita Yang ada hanya hell " °°°°° Cik Serai Halia ... gadis yang hidup dalam kegelapan dan sering membuat keputusan untuk lari. Lari menjadi mustahil baginya apabila identiti diri sebagai anak bongsu pemilik perniagaan tersohor Alroze Empire akhirnya terdedah. Hadi Akmal Lee ... seorang lelaki yang dingin. Pernah merasai kehilangan yang menyakitkan sehingga merubah erti kebahagiaan. Kehadiran si genit Cik Serai Halia menambah semula rencah dalam hidupnya. Apabila Cik Serai Halia terjerat dalam kisah cinta tarik tali, kemelut pewarisan Alroze Empire kian gawat. Cik Serai Halia terdesak mencari jawapan kepada persoalan demi persoalan yang tercipta. Sebuah garapan berkisar tentang konflik percintaan, kekeluargaan dan persahabatan. °°°°° BACAAN PREVIU SAHAJA °°°°° ROMANCE & MYSTERY °°°°° Pemenang Anugerah Wattys 2017 (Keaslian Karya)
PLOT CINTA UNTUK BIG BOSS by CikSakuraLiyana
CikSakuraLiyana
  • WpView
    Reads 395,973
  • WpVote
    Votes 15,249
  • WpPart
    Parts 36
WARNING! INI HANYA PROMO. Yang tertulis di sini hanya setakat BAB 35 sahaja. Novel ini telah diterbitkan pada bulan Jun 2016 oleh PENERBITAN FAJAR PAKEER. PEMBELIAN ONLINE: Emelkan kepada order@fajarnovels.com.my ******* SINOPSIS Ini bukan cerita memikat hati bos. Dan Lisa... tak teringin pun nak pikat hati bos. Ini cerita pasal bos malas nak fikir soal cinta. Jadi, diupahnya novelis cinta untuk selesaikan masalah cintanya... Layankan sajalah...
The King Of Aarayan (Completed) by MissAeygo___
MissAeygo___
  • WpView
    Reads 1,151,861
  • WpVote
    Votes 53,505
  • WpPart
    Parts 50
Genre : Romance, Action Published : Kehidupan Ixora Yasmin hanya biasa-biasa saja. Bukan seperti cerita-cerita di dalam novel mahu pun drama. Bukan lelaki kaya seperti di dalam cerita novel. Ixora Yasmin hidup bersendirian sejak sekolah menengah. Tiada adik beradik mahu pun saudara mara. Dia hidup bersendirian. Dia hidup sebatang kara, ibu bapa nya meninggal dunia kerana dibunuh oleh lelaki durjana. Tan Sri Tengku Hafidz. Nama yang sering bermain difikirkannya. Lelaki itu yang membunuh ibu bapa nya. Orang sekeliling nya menganggap Ixora Yasmin seperti tiada kehidupan. Alhamdulillah, Ixora Yasmin menjadi seorang doktor pakar hasil usaha nya sendiri. Seorang lelaki tiba-tiba tersungkur di hadapan pintu rumah nya dengan berpakaian serba hitam seperti perisik. Yang paling terkejut, lelaki itu mempunyai pistol di dalam poket kecil nya di peha. Mikhail Arayyan, nama lelaki itu. Ixora Yasmin terpaksa menjaga lelaki itu buat sementara waktu sehingga dia lelaki itu betul-betul sembuh. Paling dia terkejut, lelaki ni adalah seorang perisik yang dikehendaki oleh oleh pihak agensi lelaki itu kerana melarikan diri ketika menjalankan satu misi yang besar. "Saya tak nak simpan penjenayah besar dalam rumah saya." Ixora Yasmin. "Aku bukan penjenayah. Aku perisik." Mikhail Arayyan. Mahu tak mahu, Ixora Yasmin terpaksa menyembunyikan identiti lelaki itu. Kesunyian Ixora Yasmin, di penuhi oleh suara Mikhail Arayyan yang banyak mulut. Pelik! Kata perisik, tapi macam bukan perisik. Namun setelah mengetahui siapa Mikhail yang sebenar. Ixora mula berjaga-jaga supaya tidak mudah untuk jatuh cinta. Dia tidak layak untuk bersama dengan Mikhail. Namun, kehadiran seseorang dalam hidup Mikhail sedikit sebanyak membuatkan Ixora iri hati dan cemburu melihat kemesraan mereka berdua. "Kiss my lips, just one minute only." Mikhail. Author syorkan baca story ni. Baca sinopsis macam gempak kan? Cerita ni tak banyak sangat sweet. Tapi sumpah ah best! Author akan buat yang the best.
LOVE YOU TENGKU 💙 [C] by nurshafi
nurshafi
  • WpView
    Reads 2,883,591
  • WpVote
    Votes 142,025
  • WpPart
    Parts 121
2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli korporat terkaya di negara. Daripada sikap mereka yang ceria dan happy go lucky, mereka bertukar kepada gadis yang dingin dan keras hati terutama dalam hal cinta sekembalinya mereka dari Spain. Keluarga mereka sahaja tahu perangai sebenar gadis ini. Kedatangan mereka disambut meriah. Siapa tak suka bila hotstuff dan instafam muncul depan mata apatah lagi satu sekolah. Itulah 4 Knights, playboy terunggul. Full package, semua gadis gilakan mereka. Hanya disebabkan sesuatu terjadi dalam hidup masing masing, mereka berubah daripada pencinta setia kepada pemusnah hati para gadis. Masing masing bertekad akan terus dengan sikap playboy sehingga mereka berjumpa dengan soulmate cinta hati. Sparkle Highschool selalu digegarkan dengan pergaduhan mulut antara mereka. Tapi siapa je berani tegur. Lagi lagi SE. 4K pula rasa tercabar bila si gadis tidak sedikitpun menunjukkan minat pada mereka. Tapi bila sudah jatuh cinta, ego mengatasi segalanya. Apa akan berlaku nanti? Adakah Silent Evils akan membuka hati mereka untuk para jejaka? Apa pula 4 Knights nak buat untuk lunturkan sikap dingin si gadis? Kemunculan Diva Babe, kumpulan gedik serta rival SE menyulitkan keadaan. Kehadiran cousins SE buat 4K rasa cemburu. Enjoy my second story? Please vote and comment. START : JULY 2017 END : APRIL 2018 TQ.
My Faith , Thats Bad Boy | complete by danedheera
danedheera
  • WpView
    Reads 1,183,556
  • WpVote
    Votes 56,808
  • WpPart
    Parts 57
" Tak sangka di taman perumahan elit ni juga jodoh kita bertemu . " *smirk* - Qaz Aldine ft Raiya Hana - " you're sweet talker badboys that i love you until heaven . " Lelaki yang berperangai badboy cuba untuk melindungi gadis jual mahal itu dengan pelbagai cara . Tetapi satu cara yang agak kotor mengikat mereka berdua di alam perkahwinan .. ++++++ " saya buat ini hanya untuk awak . It special for you .. " - Eirna Iman ft Rayshen Hans - " stay away from me . Kau tak layak untuk aku ! " Dia gadis yang menyukai lelaki itu , yang bermuka dingin dan serius . Setiap hari dia cuba untuk memikat crushnya tetapi satu kejadian yang dilihat di depan matanya membuatkan dia sedar bahawa dia bukanlah gadis idaman lelaki itu . Atau sebaliknya... ▷ sec story. Own's original ideas. Inspiration from a few novels . Start : 17 December 18 . End : 4 Oktober 2019 . •Highest ranking #1 in fanfiction ; 080219 #1 in killer ; 160520 #1 in cruel ; 270620
Sampai Ke Hari Tua by nisazalika
nisazalika
  • WpView
    Reads 55,300
  • WpVote
    Votes 1,774
  • WpPart
    Parts 18
[COMPLETED] "Jodoh tidak akan pergi kemana, kalaupun memang bukan jodohnya apapun dan bagaimanapun kita mengusahakannya Allah pasti mempunyai cara yang lebih indah untuk tidak mempersatukannya. Begitu juga sebaliknya, apabila memang telah berjodoh maka sejauh apapun jaraknya bahkan tidak mengenal sekalipun, Allah selalu mempunyai cara yang sempurna untuk bisa mempertemukannya. " Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan perpisahan antara Mikayla Delisha dengan Carl Zafran telah memukan Mikayla dengan Mikail Firash, seorang barista yang sering di label 'anti-perempuan.' Kehadiran Mikail dalam kehidupan Mikayla telah banyak mengubah dirinya. Kematangan Mikail berfikir telah menarik perhatian Mikayla. Namun langit tidak selalunya cerah, kehadiran semula Rania Fathini dalam hidup Mikail, membuatkan Mikayla terpaksa mengundurkan diri. Apakah kesudahan cerita Mikayla? Mampukah dia menemukan kebahagian yang dicarinya selama ini? "I minta maaf. You terlalu baik untuk I. I tak layak dapat perempuan macam you. I'm so sorry." - Carl Zafran "Hati yang telah dihancurkan sama seperti kertas yang telah direnyukkan. Walau dapat kembali pada bentuk asal, namun kesannya masih ada" -Mikayla Delisha "Cakap pasal first love. Rasanya first love saya takkan pernah tahu bahawa dia yang pertama." - Mikail Firash "Kita memang ditakdirkan bersama. Tengoklah kita sekarang. Kita dipertemukan semula. I cinta pertama you dan selamanya, Mika." -Rania Fathini
Andai Esok Nafas Terakhirku by _farahae
_farahae
  • WpView
    Reads 83,112
  • WpVote
    Votes 2,791
  • WpPart
    Parts 21
Andai esok nafas terakhirku. Ajal . Maut . Semua di tangan Allah Maha Kuasa. Mungkin esok kita dah rancang nak pergi bercuti, nak pergi melancong ke luar negara, tapi yang menentukan, Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Cerita ini mengisahkan tentang Qai. Seorang gadis yang terasa terpinggir kerana hilang kasih sayang daripada ibu dan sahabat tercinta. Pelbagai dugaan yang perlu ditempuh oleh gadis berusia 16 tahun ini. Namun, dia tetap kuat dengan dugaan dugaan itu. Kerana dia sentiasa yakin, Allah sentiasa di sampingnya. Bagaimanakah kesudahannya? Marilah sama sama membaca 'Andai Esok Nafas Terakhirku' ini. Segala ketidakpuasanhati atau pujian bolehlah komen. Penulis akan terima dengan hati yang terbuka :)