AienQaseh's Reading List
4 stories
Curi-curi Suka by zatul1809
zatul1809
  • WpView
    Reads 7,241
  • WpVote
    Votes 153
  • WpPart
    Parts 19
Walaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan. Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga si perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya! 'Malapetaka' makin menjadi-jadi apabila cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Rupa-rupanya rumah itu kediaman Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu. Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang. Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintai. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya. ***************************************** This story is not mine. Sis just share this story K.
cinta 3 suku ( Herna Diana ) by aisy___syie
aisy___syie
  • WpView
    Reads 354,333
  • WpVote
    Votes 4,429
  • WpPart
    Parts 65
'Sketsa perang' di pertengahan jalan menjadi detik pertemuan pertama antara Minah Sewel dan Mamat Tiga Suku. Sejak itu, pertemuan demi pertemuan tercipta. Anehnya, setiap pertemuan dihiasi insiden perlanggaran. Iman - gadis comel yang nakal dan berperwatakan kasar atas dasar mahu melindungi diri lantaran pengalaman masa silam. Kehilangan abah tersayang menjadikan dia sebatang kara. Kebencian si ibu tiri menambah lara dalam hidupnya lantas dia membawa diri ke kota. Kehadiran Suhaila dan Razif secara tidak dirancang membolehkan dia menumpang kasih dan sayang. Arie - pertemuaannya dengan Iman menghadirkan seorang musuh dalam hidupnya. Si Minah Sewel! Sikap kasar dan mulut celopar gadis itu menimbulkan kejengkelan di hatinya. Tidak seperti kekasihnya yang manja dan pandai menggoda. Iman dan Arie tidak sehaluan. Seorang ke simpang kiri, seorang lagi ke selekoh kanan. Tetapi, haluan berbeza itu membawa mereka ke satu jalan lulus bernama keserasian. Namun tiada seorang pun menduga lorong yang sedang mereka lalui itu rupa-rupanya penuh dengan onak dan duri.
Serpihan Kasih by emmazubaidi
emmazubaidi
  • WpView
    Reads 314,365
  • WpVote
    Votes 3,144
  • WpPart
    Parts 75
Mengisahkan perjalanan hidup gadis bernama Rose Medinna, seorang gadis kasar yang suka memprotes tanpa mengetahui sebab musabab yang kukuh. Berbekalkan sejarah hitam yang melanda diri, dia berubah menjadi seorang manusia ego yang tidak punya belas kasihan terhadap orang lain. Pendiriannya yang kukuh, pantang sekali diusik. Sehingga suatu hari, takdir menemukan dia dengan seorang lelaki bernama Danial Huzairy Perang dunia ketiga seakan meletus kerana masing-masing terlalu asyik mempamer rasa ego yang melangit tinggi. Tiada langsung keserasian diantara keduanya. Danial Huzairy sentiasa mahu menang dengan egonya tatkala bersama dengan Rose Medinna, walaupun sedar akan hadirnya satu rasa setiap kali mereka bersua muka. "Aku rasa muka mangkuk tandas lagi manis dari tengok muka kau yang masam macam ikan kering ni! Bau jamban kau tahu?!" -Danial Huzairy "Kalau macam tu pergilah hidu bau mangkuk jamban kau tu! Tak sedar diri muka macam lempeng tepi jalan!" - Rose Medinna Namun, hubungan dingin mereka kian terlerai apabila Danial Huzairy meluahkan perasaan sayangnya pada Rose Medinna selama ini. Tetapi, seakan ada yang menghalang gadis itu menerima cinta Danial Huzairy terhadapnya apabila dia mula menghilangkan diri. Meninggalkan Danial Huzairy terkapai-kapai dengan rasa cintanya yang makin mekar. Mampukah cerita cinta mereka bersatu? Bahagiakah Danial Huzairy tanpa Rose Medinna disisi? Bagaimana pula dengan keadaan Rose Medinna setelah menjauh pergi dari hidup Danial Huzairy? "Wujudnya rasa cinta, tak mampu menepis rasa sakitnya kehilangan maruah diri," -Rose Medinna- "Perkahwinan itu adalah ikatan yang tersimpul atas dasar penerimaan sesama sendiri. Aku terima segala kekurangan diri kau, Rose Medinna," -Danial Huzairy- #18 keatas sahaja!? ☡Mature content
Pure Love Romantica by AfroNerd
AfroNerd
  • WpView
    Reads 32,903
  • WpVote
    Votes 183
  • WpPart
    Parts 7
Ini bukanlah hasil original saya, ini merupakan kira karya peminat. Saya terjemahkan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu untuk memperbaiki kemahiran Bahasa Inggeris dan mengasah kemahiran menulis novel saya...AMARAN CERITA INI BOYS LOVE!! >/////< jangan salahkan saya...saya dah bagi amaran, k???