Completed
21 stories
Cinta Belah Tengah by wwwwMohdKentang
wwwwMohdKentang
  • WpView
    Reads 440
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 24
Arasy, pelajar baru yang pemalu dan misteri, hadir di kelas 5 Omega dan tanpa disangka mengubah rutin harian Aini, ketua pengawas yang cerewet dan serius. Dalam gelak tawa, tersipu malu, dan kejadian yang tidak diduga, dua hati mula bertaut perlahan-lahan. Apakah persahabatan, cinta, dan rahsia kecil ini mampu bertahan di tengah konflik, drama sekolah, dan emosi yang bergelora? Cinta Belah Tengah membawa kamu menyelami kisah remaja, cinta pertama, dan pilihan hati yang tersingkap perlahan-lahan.
Salam Hangat Untuk Cintamu by wazrulshah
wazrulshah
  • WpView
    Reads 90
  • WpVote
    Votes 5
  • WpPart
    Parts 1
Fikri pernah berjanji akan pulang. Nadira pula pernah berjanji akan menunggu. Namun ada janji yang kalah bukan kerana cinta itu hilang, tetapi kerana hidup memaksa seseorang memilih antara orang yang dicintai dan keluarga yang perlu diselamatkan. Di sebuah pekan kecil bernama Kuala Besut, kisah mereka bermula dengan seekor ikan merah, secawan kopi tanpa gula dan sebuah cincin perak yang terlalu murah untuk dijadikan cincin pertunangan, tetapi cukup berharga untuk dijadikan janji seumur hidup. Apabila hutang, pengorbanan dan tanggungjawab memisahkan mereka, Nadira memilih menjadi perempuan yang dibenci supaya lelaki yang dicintainya dapat terus hidup. Lapan belas tahun kemudian, takdir menemukan mereka semula. Namun masa telah menghadiahkan seorang isteri, seorang anak dan terlalu banyak hati yang tidak lagi sanggup dikorbankan. Kerana ada cinta yang tidak pernah berhenti mencintai. Cuma sudah terlambat untuk dimiliki. "Aku yang kandas dan patah hati... biarlah orang memandang lemah... aku tak mahu bercinta lagi." Kerana ada cinta yang tidak pernah karam. Cuma tidak sempat berlabuh.
Niskala  by eilasha77
eilasha77
  • WpView
    Reads 1,116
  • WpVote
    Votes 392
  • WpPart
    Parts 20
Hikayat ini mengisahkan pertemuan cahaya dan bayang; dua dunia yang bercanggah antara satu sama lain. Dewi Irina Seraphina menerima titah dari kerajaan cahaya untuk menamatkan era kegelapan dan kehancuran yang bakal dibawa oleh paduka raja kegelapan, Devian Cyclus. Dewi Seraphina ditakdirkan untuk membawa damai; namun ia mulai menyanggah takdir tatkala mendapati bahawa dirinya telah jatuh cinta kepada dewa iblis itu. " cahaya tidak akan mampu bersandar pada bayang yang membaham kegelapan; kembalilah ke duniamu " - Devian Cyclus. " dunia patik dan seisinya adalah tuanku; tempatku pulang senantiasa " - Irina Seraphina. Bumi yang dilitupi oleh salju menjadi saksi akan sebuah cinta yang tidak akan mati. Tanah bersalju itu menjadi pusara; tatkala dua raga yang tidak berdetak itu bergenggaman tangan dan saling berdampingan bersama segenggam janji untuk bersua kembali tatkala dunia berpihak. " aku akan menemuimu di setiap hayat dan pertemuan; meski harus menempuh kematian berkali-kali " - Devian Cyclus. " dan aku, akan sentiasa menantimu; di setiap hayat. Kita akan bersua kembali tatkala dunia berpihak kepada kita " - Irina Seraphina. Sebuah janji yang bergema di musim salju, serta sebuah takdir dan ramalan yang tertulis berseteru akan manakah yang mendahului hikayat sebuah lestari ciptaan fatamorgana.
[C] AZ & AR by kimmoichi_
kimmoichi_
  • WpView
    Reads 877
  • WpVote
    Votes 41
  • WpPart
    Parts 10
Arhan lari ke negara asing untuk mencari hidup yang baru dan mungkin, untuk melupakan yang lama. Dia tak pernah sangka satu malam di sebuah kelab akan menemukan dia dengan Azfar; seorang lelaki asing yang terlalu yakin, terlalu jujur dan terlalu mudah membuatnya rasa dilihat. Di kota yang asing, dua hati belajar bahawa cinta bukan tentang tak pernah terluka, tetapi tentang siapa yang sanggup menunggu dan siapa yang berani menetap. Kadang-kadang, rumah bukan tempat. Ia seseorang.
Curangla Lagi  by insankesepian10
insankesepian10
  • WpView
    Reads 286,356
  • WpVote
    Votes 4,021
  • WpPart
    Parts 90
Curang? Perkataan itu pantang bagi semua isteri atas dunia ini. Begitu juga dengan Azlyn. Ketika di kemuncak bahagia, dia diuji dengan kecurangan suaminya Johan. Johan telah membuat hubungan dengan gadis muda di pejabatnya. Sebagai perempuan, sudah tentulah dia terluka. Tetapi adakah dia akan bertangis duka, meratapi nasib diri? Sama sekali tidak! "You layan I macam ni, I akan layan you lebih teruk lagi, Johan. Try to stop me now. I don't care." - Lyn "Apa yang Lyn nak abang buat? Abang buat, sayang!" - Johan "You nak rumah tangga ni jadi begini, kan? Let's enjoy the moment." - Lyn Wanita itu bukanlah lemah orangnya. Bukan wanita yang senang dipermainkan perasaannya. Maka, silap besarlah Johan cuba menduakannya. Sekali Johan cuba menduga kesabarannya, seratus kali dia akan membalas semula. Johan sempat alpa apabila merasa hidup terlalu selesa. Ada isteri yang cantik dan sayang kepadanya. Maka dia cuba menduga. Akibatnya, karakter pendendam Azlyn muncul semula membelah maruahnya sebagai suami. Pengkhianatannya ikatan perkahwinan mereka dibalas habis-habisan oleh Azlyn tanpa belas kasihan. "I dah tak tahu macam mana nak hidup dengan you selepas ini. Hati I dah tak macam dulu lagi, Johan." - Lyn Johan terduduk oleh dugaan apabila Azlyn nekad membawa anak-anak jauh darinya. Melihat kesedihan di mata anak-anaknya, dia sengsara. Berusaha keras untuk meraih maaf isterinya. Namun tidak semudah itu. Tempoh berharga untuk mereka belajar tentang banyak perkara. Baik Lyn mahupun Johan, sama-sama ada kelemahannya. Cerai tidak semesti menjadi jalan keluarnya. Sejauh mana Azlyn ikhlas untuk menerima Johan semula dan seikhlas mana penyesalan Johan? Kembali mengukir bahagia. Itulah impian mereka berdua setelah seketika mereka tersesat oleh kekhilafan. Siapa tahu setelah berarak mendung itu, bahagia milik mereka jauh lebih indah dari yang pernah ada dulu!
SUNGEI BEDIL by amirsawarie
amirsawarie
  • WpView
    Reads 130
  • WpVote
    Votes 2
  • WpPart
    Parts 16
Kisah ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. "Di tebing Sungai Bedil, Kuching - ketika cinta lahir perlahan, dan takdir memilih jalannya sendiri." Tahun 1969. Osman, seorang pemuda kilang minuman yang sederhana, menyimpan perasaan dalam diam terhadap Naimah - gadis desa yang menjadi sebutan ramai. Setiap pandangan yang tidak terucap, setiap harapan yang dipendam, tumbuh di tengah hiruk-pikuk pasar dan irama kehidupan kampung yang bersahaja. Namun, cinta tidak sentiasa menemukan pelabuhan. Di sebalik ketenangan desa, adat, keluarga, dan pilihan hidup berdiri sebagai tembok yang tidak mudah diruntuhkan. Osman belajar bahawa mengasihi kadangkala bermakna melepaskan, dan mengalah bukan tanda kalah, tetapi tunduk kepada takdir yang lebih besar. Sebuah kisah cinta dan masyarakat, berlatar suasana klasik Kuching yang sarat nostalgia - tentang perasaan yang tidak sempat memiliki, dan kenangan yang terus hidup walau masa berlalu.
LANDASAN MAUT (1942) by amirsawarie
amirsawarie
  • WpView
    Reads 68
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 21
Pada tahun 1942, Dolah, seorang lelaki kampung dari Tanah Melayu, terpedaya dengan janji manis pihak Jepun yang menawarkan pekerjaan ringan dan bergaji besar di Utara. Demi keluar daripada kemiskinan dan demi isterinya, Siti, Dolah meninggalkan kampung halaman tanpa mengetahui bahawa perjalanan tersebut adalah tiket sehala ke salah satu tragedi paling berdarah dalam sejarah Asia Tenggara - pembinaan Landasan Keretapi Maut Siam-Burma. Di Hellfire Pass, Dolah bersama ribuan buruh paksa Romusha dari Tanah Melayu, India dan China dipaksa bekerja tanpa belas kasihan. Kelaparan, penyakit, pukulan, dan kematian menjadi rutin harian. Tanpa jentera moden, tubuh manusia dijadikan alat untuk memecahkan gunung dan menebus cita-cita perang penjajah. Namun, novel ini tidak sekadar merakam kekejaman fizikal. Di tengah penderitaan, Dolah mula merasakan kehadiran sesuatu yang lebih besar - tanah itu mengingati mereka yang mati. Ia tidak menuntut balas dendam, hanya satu janji: agar kisah mereka tidak dipadam daripada sejarah. Landasan Maut ialah novel separa fakta yang mengangkat tragedi Romusha dari sudut pandang manusia biasa - seorang suami, seorang pekerja, seorang saksi. Ia menolak naratif perang yang sering memusatkan wira asing, dan sebaliknya mengembalikan suara kepada ribuan korban tempatan yang hilang tanpa kubur, tanpa nama, dan tanpa pengakuan.
Alpha: University Council (Siri 1: The Awakening) by InderaMahawangsa
InderaMahawangsa
  • WpView
    Reads 6,765
  • WpVote
    Votes 258
  • WpPart
    Parts 33
Imam warak yang suci di luar... tapi fetish gelap pada pakaian dalam kawan alpha-nya. Yang awalnya bermula dengan curiousity, kini menjadi sebahagian dari rutin hariannya. Taubat setiap malam, dosa setiap godaan. University Council - persahabatan, nafsu, dan rahsia yang boleh musnahkan segalanya. Boyslove | Dark Erotic | Islamic Struggle | 18+
Bahtera Merdeka II: Senyuman Dendam by comradenami
comradenami
  • WpView
    Reads 6,905
  • WpVote
    Votes 690
  • WpPart
    Parts 113
Sambungan dari Bahtera Merdeka yang pertama, mengisahkan tentang Azlan, Tengku Mahkota Melaut dalam perjalanan menuju ke puncak kuasa.
Bahtera Merdeka  by comradenami
comradenami
  • WpView
    Reads 13,270
  • WpVote
    Votes 1,613
  • WpPart
    Parts 200
Mengisahkan liku-liku Yahya, yang bermula sebagai prebet biasa pada era Perang Dunia Kedua, sehingga menjadi seorang Jeneral yang berkuasa di Gelanggayu.