aisyahson's Reading List
3 historias
My Heartbreaker✔️ por eyein_
My Heartbreaker✔️
eyein_
  • LECTURAS 24,959
  • Votos 1,410
  • Partes 31
mempersembahkan- wanita yang sulit untuk jatuh cinta, sekali jatuh paling setia. ~~~~~ bunuhlah aku, jika itu dapat melegakan segenap hatimu. hukumlah aku, jika itu bisa menghapus dendammu, bencilah aku, jika itu permulaan cintamu. meski aku hanya berharap pada sesuatu yang niskala, meski aku tahu aku bukan sesuci mereka, namun cinta ini nirmala dari Tuhan, kerna senandika aku tidak berhenti membisik cinta buatmu, namun atma kamu milik Tuhan, jadi aku menahan renjana ini- untuk diletakkan di dalam doa ku. ~~~ a fairytales- kerana dendam, Adam menikahi Aisyah. Hasratnya hanya satu, hancurkan hati perempuan yang suatu ketika dulu pernah patahkan hatinya. ~~~ "You ingat tak dulu you selalu melukis dekat sini?" Adam terdiam. "Aku... tak ingat." ~~~ Namun, ada satu perkara yang Adam sembunyikan dari Aisyah. Satu kebenaran yang dia sembunyikan. Mampukah Aisyah terus bertahan meskipun kebenaran itu sudah terungkap? ~~~ once you fall in true love, you smile daily with tears in your eyes.
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ por Syaf_Asriqa
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔
Syaf_Asriqa
  • LECTURAS 398,861
  • Votos 22,497
  • Partes 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
Isteri Dalam Sangkar - Wardina Aisyah por LoveNovelPublishing
Isteri Dalam Sangkar - Wardina Aisyah
LoveNovelPublishing
  • LECTURAS 8,944
  • Votos 131
  • Partes 10
TAJUK : ISTERI DALAM SANGKAR PENULIS : WARDINA AISHAH NO ISBN : 978-967-0907-08-6 AISYAH, hidupnya tidak seindah yang disangka. Dalam usia yang muda, dia kehilangan kedua ibu bapa. Pada Mak Su Ainin dan dua orang anaknya dia menumpang teduh. Tetapi dia dilayan tak ubah seperti seorang hamba. TENGKU ISKANDAR, dia punya segala-galanya namun gaya hidupnya tidak digemari Tengku Maria, membuatkan ibunya itu bercadang untuk menjodohkannya. Rimas dengan desakan hidup, Tengku Iskandar mengajak Tengku Haziq bercuti. Di situlah dia berjumpa dengan Aisyah dan dia terpaksa mengahwini Aisyah demi menjaga maruah keluarga. Pasrah dengan nasib diri, Aisyah melangkah ke kota bersama lelaki yang membencinya. Hidup dalam sangkar serba mewah, tetapi miskin kasih sayang. Dia bagaikan perempuan simpanan. Namun dia tiada pilihan. Hari demi hari, hati Tengku Iskandar kian terpaut. Aisyah yang manis, Aisyah yang lembut, dan Aisyah yang tidak pernah membantah. Dia jatuh cinta. Sungguh, hatinya tidak berbohong! Saat cinta terluah, saat bahagia dikecapi, Tengku Maria datang menuntut janji. Tengku Iskandar perlu berkahwin dengan Puteri Waiduri. "Siapa kata abang nak Aisyah keluar dari kondo ni? Kondo ni tempat Aisyah. Takde sesiapa boleh gantikan tempat Aisyah kat sini." - Tengku Iskandar. Tengku Maria mengamuk apabila mengetahui hubungan rahsia mereka. Tanpa belas kasihan, dia menghalau Aisyah dari kondominium anaknya. Dia tidak mahu mendengar sebarang penjelasan. Kehilangan Aisyah menjadikan Tengku Iskandar murung. Sasau dia jadinya. Mengapa dugaan harus terjadi saat hati melakar cinta? Ke mana agaknya Aisyah menghilang? Mampukah dua hati bersatu kembali memgecapi bahagia?