NorMayuzi0's Reading List
3 historias
AKU LELAKI SEJATIMU  (TERBIT) por NureenMirza
AKU LELAKI SEJATIMU (TERBIT)
NureenMirza
  • LECTURAS 397,052
  • Votos 14,024
  • Partes 44
Novel ini sudah berada di pasaran. Boleh dapatkannya di kedai-kedai buku atau pesan terus dari Penerbitan Idea Kreatif. ********************************** A K U L E L A K I S E J A T I M U Sinopsis : Pertemuan mereka akibat salah faham. Hutang yang dituntut telah mengikat Dalili dengan Haidar. "Kau bayar hutang aku 100 ribu dulu baru aku lepaskan kau." - Haidar "Saya tak berhutang dengan sesiapa. Awak dah salah orang." - Dalili Dalili tak tahu yang kakaknya, Dalila menghilangkan diri sebab tak mampu bayar hutang tersebut. Haidar pula keliru antara si kakak dan si adik. Makanya, adik yang jadi taruhan. "Cara mudah untuk kau selesaikan hutang tu, kahwin dengan aku." - Haidar "Kenapa awak nak kahwin dengan saya?" - Dalili "Sebab aku nak anak." - Haidar Haidar yang tak pernah percaya pada cinta memerangkap Dalili dalam sebuah perkahwinan tanpa cinta. Demi si kakak, Dalili korbankan diri menjadi isteri pada si kuku besi. Dan tujuan perkahwinan mereka hanyalah anak. Apa akan jadi bila Dalila pulang dan menganggap Haidar memaafkannya atas dasar cinta? Cemburu seorang isteri tetap ada walau dengan kakak sendiri tetapi ke mana mahu Dalili campakkan semua rasa di hatinya jika sang suami seperti lelaki yang tak pernah punya hati? Benarkah hanya untuk anak semata-mata? Jika benar, kenapa setelah kemunculan Sara dan Dalili larikan diri, Haidar jadi penasaran? Siapa pula Sara dalam hidup Haidar?
MUA MOST WANTED por karyaseni2u
MUA MOST WANTED
karyaseni2u
  • LECTURAS 22,461
  • Votos 645
  • Partes 15
PENULIS: AIFA BATRISYA TAJUK: MUA MOST WANTED TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT : 560 HARGA : RM23 (SM)/RM26 (SS) Pernah tak anda mengalami situasi begini? 1) Sudah makan di kedai tapi bila nak bayar baru sedar yang dompet tertinggal? 2) Cuba call rakan serumah untuk minta pertolongan tapi kredit telefon dah tamat tempoh? 3) Rakan serumah kebetulannya call tapi belum sempat minta tolong, bateri telefon habis? 4) Ada orang tolong bayarkan tapi bagi resit untuk diclaim semula? Perkenalan Lara Amani dengan Faheem, seorang MUA (Make-up artist) yang berkira dari segi wang ringgit dan masa, dimulai dengan sekeping resit bayaran serta tandatangan kecil Lara pada buku planner milik Faheem sebagai tanda yang dia berhutang. Tidak habis di situ, biarpun Lara 'cuba-cuba' lari dari membayar hutangnya, mereka seakan sentiasa berjodoh bilamana hal kerja seringkali menyatukan mereka dan tanpa disangka, Faheem adalah MUA yang diupah khas untuk majlis pertunangan Lara. "Faheem, saya rasa saya suka awak." - LARA Faheem komited pada kerja demi ibu dan adik-beradiknya. Customer is always customer dan jatuh hati pada customer sendiri adalah perkara paling dilarang dalam konsep kerjanya. Tapi kehendak seorang Lara Amani yang kuat kemahuan dan cekal hati tak dapat digoyahkan dengan tolakan demi tolakan yang Faheem cuba lakukan. "Maaf. Saya masih berpegang pada kontrak saya. Saya cuma MUA yang akan mengandam awak pada hari nikah awak nanti. Saya bukan pengantinnya." - FAHEEM
DR. ALPHA MALE por karyaseni2u
DR. ALPHA MALE
karyaseni2u
  • LECTURAS 971,610
  • Votos 27,248
  • Partes 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?