❲ ↻ ❳
9 stories
[C] AIANOS | 뷔 ✓ by heitsmehari
heitsmehari
  • WpView
    Reads 327,027
  • WpVote
    Votes 46,854
  • WpPart
    Parts 73
Pernah dengar istilah bersalin tikar? Yup, bila salah seorang adik beradik meninggal dunia dan bekas isteri atau bekas suami mahukan pengganti dalam kalangan adik beradik. Ya, itulah maksud istilah bersalin tikar. Dan aku, Park Haerin sedang menghadapi kemelut tersebut. Dipaksa berkahwin dengan bekas suami kakak sendiri. Gila tak gila? Kim Taehyung, lelaki itu menjadi kegilaan ramai dari sejak aku zaman persekolahan lagi, dia sudah memiliki ramai peminat namun hatinya cuma terpikat pada kakak aku, Park Haera. Dia bila dengan kakak aku, pijak semut pun tak mati, tapi bila dengan aku, huh! Seperti hendak ditelannya saja! "Kau dan Haera tak sama, tolong ingat tu." -Kim Taehyung. "Memang kami tak sama, tapi hati kami terpikat pada orang yang sama." - Park Haerin. Melalui alam perkahwinan yang tak pernah diimpikan Haerin, dia nekad untuk buatkan lelaki itu jatuh cinta padanya. Namun apa yang dia fikirkan tak semudah yang dia sangka bila lelaki itu sendiri yang membina benteng dengannya. "Kita ni, dah kahwin tapi macam orang asing. Baik cerai je, kan?"- Park Haerin. "Haerin, kalau aku cintakan seseorang, cinta itu akan berkekalan, untuk selamanya." -Kim Taehyung. Kepulangan bekas kekasih dari Amerika dan bekerja dibawah satu bumbung buatkan hati Haerin berbelah bagi. Dia mula terpikat pada bekas kekasih namun pada masa yang sama, dia merupakan isteri tak diikhtiraf, Kim Taehyung. "Kembali pada saya, boleh?" "Dia milik aku." You'll be mine, aianos (forever) Siapa yang patut berada didalam hati Haerin? Dia, atau si Dia? Bacalah kalau nak tahu lebih lagi! Rated 18+, hanya untuk pembaca matang saja. Start: 13.03.20(friday) End: 6.06.2020 (saturday) Beautiful cover by bibi / @lejeonjk ❤ Reviewed by @yana_xoxo ❤ ©heitsmehari2020
[HIATUS] Playing Hard To Get You 너를 얻기 위해 열심히 놀고있어 (Rose BLACKPINK) by SuamikuKacakGila27
SuamikuKacakGila27
  • WpView
    Reads 31,996
  • WpVote
    Votes 3,901
  • WpPart
    Parts 15
Lee Jung Hyun. Park Roseanna. Mereka berkahwin atas rasa cinta. Tapi entah di mana silapnya, lelaki itu pergi tanpa jejak. Tanpa ada bayang walau sekilas! Bertahun-tahun Roseanna menahan rasa rindu dan sakit. Menanti si suami datang ke pangkuannya semula dengan hati yang penuh berharap. Tetapi semua itu hanya sekadar harapan dan anganan. Betullah orang kata, cinta itu datang dan pergi tanpa kita sedar. "Awak rasa Hyun balik tak? Hari ni anniversarry saya dengan dia. Yang ke-3." "Berhentilah berharap, Rose. Dia tak akan datang. Percayalah. Awak lupakan jelah dia. Please." Air mata menemani Roseanna selama 3 tahun. Dan dalam masa itu, Roseanna mula berubah perlahan-lahan. Daripada seorang gadis yang baik, sopan santun, menjaga pergaulan... menjadi seorang gadis yang liar, bebas dan ego. Hilangnya Roseanna dahulu, datang pula Jung Hyun yang dinanti-nanti selama 3 tahun itu. "Kita pernah kenal ke?" Pedih buat Jung Hyun, lebih pedih buat Roseanna kerana terpaksa berpura-pura untuk mengekalkan posisi egonya di skala satu. Usaha Jung Hyun ditutup rapi, pujukan Jung Hyun dibuang ke tepi. Tanpa sedar, Roseanna terlupa, dia pernah melafazkan satu janji. 'Saya tak akan sesekali tinggalkan awak, Hyun. Sekalipun awak pergi, saya akan kejar. Sekalipun awak jauh, saya akan dekat. Sekalipun awak hilang, saya akan cari. Saya janji.' Lantas Jung Hyun gunakan segala kuasanya untuk mendapatkan Park Roseanna nya semula. "Walau apa pun yang terjadi, saya takkan lepaskan awak, Roseanna. Awak, isteri saya. Nyawa dan jiwa saya. Saya akan dapatkan awak semula, no matter what." "Ceraikan saya." Mampukah Jung Hyun memaut hati Roseanna semula? Atau jalan perpisahan yang menjadi pertaruhan? Nantikan...
[ COMPLETE ] Him And I ; Jeon Jungkook by mintyon-
mintyon-
  • WpView
    Reads 104,412
  • WpVote
    Votes 11,726
  • WpPart
    Parts 41
| Jeon Jungkook X Lee Seoyun | me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him me : I don't like him him : hi me : oh shit cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤ start ; 300819 end ; 290120 __ ©mintyon- malay fanfiction.
[C] TE AMO | JJK ✓ by heitsmehari
heitsmehari
  • WpView
    Reads 494,959
  • WpVote
    Votes 41,131
  • WpPart
    Parts 98
[OLD TITLE: BABY GIRL] "Each day, I love you more." +Jungkook ft rachel Started; 1.01.2018, Monday End; 4.06.2019, tuesday Highest ranking #1 in Kpop Highest ranking #1 in Fanfiction ©heitsmehari
[C] ASTRAEA | 진 ✓ by heitsmehari
heitsmehari
  • WpView
    Reads 65,212
  • WpVote
    Votes 7,536
  • WpPart
    Parts 23
[OLD TITLE: MY DOCTOR] Semua orang berhak untuk mendapat peluang kedua, dan bila diberi peluang, tolonglah jangan disia- siakan. Kim Seokjin, kesibukan dalam kerja buatkan dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami kepada isterinya, Bae Rina. Gadis yang 3 tahun lagi muda darinya namun lebih matang dari dirinya. Disebabkan kemalangan itu, Rina kehilangan memori indahnya bersama Seokjin. Dirawat di hospital tempat Seokjin ditugaskan, lelaki itu berusaha untuk menarik perhatian gadis itu sekali lagi. Seokjin mahu mulakan semuanya semula. "Jangan tinggalkan saya, doktor. Saya sunyi disini." -Bae Rina. "Tak. Sa- saya takkan tinggalkan awak lagi." Kim Seokjin. Bila semuanya hampir pulih seperti sedia kala, Seokjin mula menghitung segala kesalahannya terhadap gadis itu buatkan hati lelakinya menjadi serba salah. Jadi dia memutuskan untuk melepaskan Rina kerana berfikir yang dia tak mungkin dapat bahagiakan Rina lagi. "Awak cakap awak akan perbetulkan semuanya, kenapa awak nak tinggalkan saya pulak sekarang?!" -Bae Rina. "Ini yang terbaik, sayang. Awak pergilah, saya lepaskan awak." -Kim Seokjin. Adakah begitu mudah buat Seokjin untuk melepaskan Rina begitu saja? Kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah! Jangan tak baca! Your innocence its too cute, same likes Astraea, a goddess of innocence. +Seokjin ft Rina Start; 18 May 2019 (saturday) End; 9 August 2019 (friday) Highest ranking #1 in Jinfanfiction ©heitsmehari
[C] Suami untuk Disewa | JJK✓ by heitsmehari
heitsmehari
  • WpView
    Reads 359,375
  • WpVote
    Votes 34,263
  • WpPart
    Parts 52
Bukan dari deep web, bukan juga pemerdagangan manusia. Aplikasi Suami Untuk Disewa (SUD) yang dibuat khusus untuk menyewa seorang lelaki untuk dijadikan suami. Jeon Jungkook adalah salah satu lelaki sewaan itu. Dia lakukannya atas kerelaanya sendiri. Kesempurnaan lelaki itu dari segi rupa yang memiliki paras yang tampan, penampilan yang agak menarik serta kriteria seorang 'Husband Material' menjadikan harga sewa yang diletakkan mereka sangat tinggi. Jadi, bukan calang- calang perempuan yang boleh bersuamikan Jeon Jungkook. Ariel Lee pula, gadis yang terdesak mencari calon suami. Ini kerana papanya yang mempercepatkan tarikh perlantikan CEO baru syarikat papanya itu yang meletakkan syarat Ariel perlu berkahwin barulah jawatan itu menjadi miliknya. Tak ada cara lain, Ariel menyewa Jungkook selama sebulan. Sewanya? Ehm, jangan cakap. Boleh hidup sampai 3 bulan lamanya hanya untuk sewanya sehari. "We're on marriage contract, jadi saya rasa awak tak boleh goda saya macam ni. You're showing too much skin!" -Jeon Jungkook. "Kita suami isteri, jadi tak ada salahnya." -Ariel Lee. Hari demi hari, Jungkook menjadi tak tenteram. Keberanian Ariel menggodanya buatkan hati lelakinya bergetar. Tapi satu saja yang dia kena ingatkan pada dirinya berulang kali. DIA TAK BOLEH JATUH CINTA PADA PELANGGANGNYA! "All rules step aside, saya nak awak panggil saya sayang." - Ariel Lee. "W- what can I do for you, sayang?" Jeon Jungkook. Waktu 3 bulan tak cukup buat mereka. Tapi Ariel tak kisah, dia memancing Jungkook hingga lelaki itu melanggar peraturan dan menjadi miliknya seorang. "You're mine, always mine." Baca you all, jangan tak baca! +Jungkook ft Ariel Started: 9 June 2019 (sunday) End: 22 Dec 2019 (sunday) ©heitsmehari
ISTERIKU GANGLEADER by Elerieloveofficial
Elerieloveofficial
  • WpView
    Reads 596,024
  • WpVote
    Votes 24,431
  • WpPart
    Parts 41
Siapa sangka disebalik wajah yang cantik dan perwatakan yang menarik sebagai pemilik butik pengantin tersemat satu lagi identiti yang dia tidak mahu sesiapa pun tahu kecuali orang-orang tertentu. Bilqistina Evangeline Rahman, nama yang hebat seperti empunya diri. Disebalik watak Bilqis dia seperti bidadari, manakala sebagai Evangeline Ricco atau lebih dikenali sebagai Angie the red lady dia merupakan seorang ketua puak Gangster Helang Merah yang diterajui oleh bapa saudaranya Ayahanda Ricco. Tengku Rayqal Aminuddin, jatuh hati pandang pertama kepada Bilqis tapi pada waktu yang sama cuba untuk menidakkan perasaannya sendiri atas sebab takut kecewa seperti sebelumnya, maka secara tidak sengaja terjadilah sketsa setiap kali bertembung sehinggalah ada kejadian yang tidak disangka terjadi mengheret keduanya ke jinjang pelamin. Keadaan menjadi huru-hara apabila muncul kembali kekasih lama Tengku Rayqal iaitu Tengku Sabrina dan identiti Bilqis mula terbongkar satu persatu. Mampukah Tengku Rayqal menerima semuanya?
DANIEL ADELIA | C | A R S •4• AKAN TERBIT 2025 by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 5,589,038
  • WpVote
    Votes 97,938
  • WpPart
    Parts 32
[ 4th BOOK = ARS ] BOOK 2 : BE MY BABY GIRL STATUS : COMPLETED ✔ ____________________________ "Aku nak kau menyamar jadi kekasih aku merangkap tunang aku" "Ba--baik saya setuju" ~~~ HE IS RUTHLESS . Syed Daniel Arfan, lelaki yang memiliki segala-galanya. Wang, harta, pangkat dan paras rupa yang kacak. Senang cakap, cukup pakej. Namun, dia seorang yang dingin. Berwajah bengis. Dia cuba untuk melupakan peristiwa hitam itu. Dendam pada seseorang harus dilunas. Kerana orang itu dia dan keluarganya berpecah-belah. Tapi, kerana seorang gadis dia mula berubah. Senyuman dia hanya untuk si gadis. Tapi sayang, gadis itu susah untuk didekati. Hanya satu cara saja.. Dia harus 'ikat' gadis itu untuk jadikan miliknya. Elly Adelia, seorang gadis yang naif pada sesuatu masa. Tapi dia akan bertukar karakter bila bertemu dengan lelaki yang asyik menjadi penganggu hidup dia. Dia tidak suka! Tapi sejauh mana pun dia lari, lelaki itu tetap akan mengejar dia. Dia terima jika jodohnya dengan seorang mafia. _____________ START : 05/12/2017 END : 17/03/2018