roykudoholmes
Mengisahkan tentang Detektif Gibran yang menjalakan perkhidmatan siasatan kes jenayah. Inspektor Karim yang sering bergantung kepada Detektif Gibran meminta bantuan Detektif Gibran untuk menyiasat kes pembunuhan polis berpangkat tinggi. Gibran dan Inspektor Karim pergi ke tempat pembunuhan. Satu perkara aneh berlaku. Ahli anggota polis yang bertugas telah pengsan. Mayat polis berpangkat tinggi itu telah hilang. Mereka berdua mencari mayat itu. Mayat yang sepatutnya berada di ruang tamu tetapi ditemui dalam keadaan yang tergantung di bilik stor. Gibran menyimpulkan bahawa itu kes bunuh diri.
Keesokan paginya, Inspektor Karim datang berjumpa dengan Gibran sekali lagi. Kes terbaru iaitu kes pembunuhan ahli politik yang mati di kediaman sendiri. Gibran dan Inspektor Karim pergi ke tempat kejadian. Malangnya perkara yang sama berlaku seperti sebelum ini. Mayat dijumpai tergantung di dapur. Gibran menyimpulkan kes itu kes bunuh diri. Inspektor Karim yang mendengar penjelasan Gibran berasa emosi dan satu pergaduhan berlaku. Anggota polis yang tersedar meleraikan pergaduhan mereka. Selesai pihak polis bertugas menjalankan tugas dan mengumpul bahan bukti, Gibran dihantar pulang.
Malam itu, Gibran didatangi oleh pemuda dari masa depan yang memberikannya gambar-gambar yang diambil dari masa depan. Pemuda itu ialah cucunya iaitu Mokthar. Gibran mengambil gambar-gambar itu di atas mejanya. Dengan menyentuh gambar-gambar itu, kedua-dua kes yang dikatakan bunuh diri itu terungkap. Pembunuhan itu diubah daripada sepatutnya berlaku kepada perkara yang tidak patut berlaku. Gibran seperti berada di alam lain melihat kebenaran dan perkara yang diubah. Dengan alat dari masa depan, Gibran gunakannya untuk membetulkan masa kembali seperti sedia kala. Selepas menggunakan alat itu, Gibran kembali ke masa asal dan sudah dapat menyelesaikan kedua-dua kes. Dengan bantuan dua orang pembantunya dan Inspektor Karim akhirnya penjenayah sebenar dapat diberkas.