ZulFaiez80
Pertemuan yang tidak dirancang antara Balqis, pelajar IAIN Kerinchi dengan Iskandar Zulkarnain di sebuah kawasan tanah perkuburan telah menyingkap kembali memori penuh tragis sepasang pencinta tanpa noktah. Humaira cuma seorang gadis biasa, bukanlah diva seperti Dato' Siti Nurhaliza, tidaklah vogue seperti Ayda Jebat, bahkan bukan juga seayu Mira Filzah. Namun dia begitu istimewa di mata Iskandar Zulkarnain, satu-satunya lelaki yang telah berjaya mencairkan hatinya. Kedua-duanya tidak pernah menyangka pertemuan singkat tanpa dirancang justeru membawa kepada ikatan lafaz sakinah, dengan secawan Milo Fuze menjadi mahar yang akhir. Iskandar mencintai Humaira tanpa syarat. Begitu juga Humaira. Kerana mereka berdua soul mate yang diatur Tuhan, sedia tercoret di dalam warkah diari takdirNya.