kylaksr's Reading List
3 stories
Hot Trio Series: Tuan Shahrul Mateen [ Terbit]  by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 108,796
  • WpVote
    Votes 1,709
  • WpPart
    Parts 13
SHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita yang menyukainya. Namun disebabkan satu peristiwa dia menutup pintu hatinya pada wanita. Disebabkan situasi yang mendesak dia terpaksa mencari calon isteri secara kontrak. Alaila seorang gadis yang kasar dan bergaya ala-ala lelaki. Dia menutup hatinya untuk lelaki kerana trauma akibat dikecewakan. Disebabkan tekanan hidup dia menjadi seorang yang dingin dan sukar di dekati. Tetapi dengan kehadiran Shahrul, hidupnya berubah tiga ratus enam puluh darjah. Disebabkan terdesak dan memerlukan dana kewangan Alaila bersetuju untuk kahwin kontrak dengan Shahrul. Karekter Shahrul yang gila-gila dan sukar di ramal sangat berlawanan dengan Alaila, menjadikan situasi perkahwinan mereka turun naik seperti roller coaster. Di saat hati Shahrul terpaut pada Alaila, mampukah dia melembutkan hati Alaila yang seperti queen Iceberg itu? "Aku rasa, aku ni cukup tampan. Umpama jejaka terhangat di pasaran. Tak kan itu pun kau tak nak." (Shahrul) "Tuan ni kalau tak puji diri sendiri tak sah kan. Tampan apanya, kat bukit bintang tu belambak je stock muka macam Tuan ni. Lelong satu sepuluh ringgit pun belum tentu ada yang nak okey." (Alaila) "Amboi, amboi mulut kau tu. Dah ada insuran belum. Jangan sampai aku lumur sambal belacan kat mulut kau tu nanti." (Shahrul) "Aku bayar upah kau jadi isteri aku setahun. Kau perlukan duit untuk perubatan Lana kan." (Shahrul) "Kenapa Tuan nak pilih perempuan tomboy macam saya untuk jadi isteri Tuan. Bukan Tuan tak suka perempuan kasar ke?" (Alaila) "Sebab aku, kau tak perlu tahu. Yang penting peluang ni sekali je aku buka. Kau pilih nak terima atau tidak." (Shahrul) Amaran 💢Dalam ini ada scene yang menggunakan kata-kata kasar 💢sweet, hot and spicy 💢Typo bersepah kalau boleh bersabar sila baca. Tak ada paksaan untuk membaca.
Hot Trio Series: Nayla Milik Noah Isaac [Self Publish and EBook] by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 272,971
  • WpVote
    Votes 2,792
  • WpPart
    Parts 13
Noah Isaac x Nayla Izzara Noah Isaac adalah seorang jejaka tampan dan kaya. Perancangan berkahwin tidak pernah ada dalam kamus hidupnya. Disebabkan kisah silamnya dia menutup rapat hatinya pada wanita. Untuk melindungi seorang gadis bernama Nayla Izzara. Noah Isacc telah dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan gadis itu. Disebabkan perkahwinan paksa dan faktor jarak usia diantara mereka yang begitu jauh, Noah seorang yang dingin dan matang manakala Nayla masih seperti kebudak-budakan, kehadiran Nayla umpama ribut yang menghuru harakan kehidupan Noah. Saat hati Nayla terpaut pada Noah, mampukah Nayla melembutkan hati Noah yang beku. Let's be clear about this. Aku akan berkahwin dengan kau sehingga aku dapat selesaikan masalah kau. Lepas settle semua nanti aku akan ceraikan kau. Sebab aku tak berminat nak kahwin dengan perempuan macam kau. -NOAH- Kalau tidak disebabkan terpaksa. Saya pun tak ingin la nak kahwin dengan pakcik tua. -NAYLA- Kepala hotak kau panggil aku pakcik tua, umur aku baru 32 tahun muda belia lagi okey -NOAH- Kalau nak dibandingkan dengan saya yang umur 19 ni. Pakcik memang tua. -NAYLA Dapatkah Nayla menakluk hati Mr.Beku sepenuhnya, dan apakah Noah dapat melindungi Nayla saat perasaan antara mereka sudah bertaut. Digalakkan baca cerita (Hayl untuk Haura) dahulu, kerana watak mereka berkaitan.
Dia, Zayn Raffael (TERBIT) by hayysfarisya
hayysfarisya
  • WpView
    Reads 425,143
  • WpVote
    Votes 4,876
  • WpPart
    Parts 14
Mawar percaya cintanya bersama Raffael akan berakhir di pelamin, namun takdir seakan mempermainkannya. Dikejutkan dengan hakikat pahit pada hari pernikahan, lelaki yang baru saja bergelar suami rupanya 'Raffael' yang berbeza! "Ni semua mesti rancangan kau kan Naufal? Kau tak nak aku kahwin dengan Raffael, kau cari Raffael lain!" -MAWAR NASUHA "Mawar... dengar apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya abang dulu yang datang sini minta restu dengan ayah dan Naufal. Ayah dan Naufal cakap, Mawar setuju. Jadi abang teruskan niat abang untuk halalkan Mawar." -ZAYN RAFFAEL "Kau bukan Raffael yang aku nak... Kau bukan dia." -MAWAR NASUHA Terperangkap dalam sebuah perkahwinan tanpa rela, Mawar memberontak, menolak kehadiran Zayn sebagai suami sedangkan Zayn terus bersabar. Namun, kesabaran seorang suami juga ada batasnya, lebih-lebih lagi apabila rahsia hitam Mawar terbongkar. Dipulau, dihina, dan kehilangan kepercayaan Zayn, Mawar akhirnya sedar. Dialah yang harus berjuang untuk mempertahankan perkahwinan ini. Mampukah Mawar menebus segala kesilapan? Atau semuanya sudah tersurat tanpa peluang kedua?