miss_eiyz's Reading List
2 stories
MR. GREY by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 539,103
  • WpVote
    Votes 6,574
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: SYAMNURIEZMIL TAJUK MR. GREY TERBITAN: MEI 2017 MUKA SURAT: 960 HARGA: RM 34 (SM)/RM 37 (SS) "Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim..." "Saya..." "Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai..." "Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai." Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi. "Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko." - NISA "Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko. Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan." - MR. GREY Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
[RE-EDIT]Projek Memikat Hati Crush [C] + [C]PMHC 2 by tyracaramel
tyracaramel
  • WpView
    Reads 1,736,013
  • WpVote
    Votes 76,982
  • WpPart
    Parts 129
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang perempuan. Bukan mahram." "Dialah manusia paling pelik dalam abad ni. Aku tengok dia tu macam tak ada perasaan langsung. Marah tidak, kecewa tidak, sedih pun tidak. Gembira,senyum? Langsung aku tak pernah nampak semua tu." Itulah yang sering didengari oleh Nurul Aqisyah, seorang gadis remaja yang sedang dilamun cinta. Betul la orang cakap. Cinta itu buta! Aqisyah telah jatuh hati pada seorang lelaki yang bernama Nazrul Hakimi sejak dia berada di tingkatan dua. Satu-satunya lelaki yang telah berjaya menambat hati Aqisyah di dalam kampungnya. Namun, Nazrul Hakimi melayan Aqisyah bagaikan Aqisyah orang luar sahaja. Apabila dengan kawan-kawan yang lain, Nazrul bermesra pula. Kalau bernasib baik, dapatlah bergurau sekali. Macam mana Aqisyah tak puas hati? Panas hati dia! Kali ni, dia sudah nekad. Biarlah orang mahu kata 'perigi cari timba' sekalipun. Asalkan lelaki itu menjadi raja di hatinya. Projeknya harus dilaksanakan! Projek memikat hati crush! • 6 Nov 2016