New one
197 قصة
Cinta Untuk Nabila (Tamat-bab Lengkap)  بقلم xKarlis
xKarlis
  • WpView
    مقروء 10,625
  • WpVote
    صوت 1,402
  • WpPart
    فصول 66
Perjalanan hidup Nabila yang terabai lantaran kecacatan yang dialaminya... Dapatkah dia harungi hidupnya....
+7 أكثر
My Darling Darlina (C) بقلم flwershaee
flwershaee
  • WpView
    مقروء 437,056
  • WpVote
    صوت 23,936
  • WpPart
    فصول 63
Kehilangan penglihatan membuatkan dunia Hendriyan tenggelam dalam sunyi yang menyesakkan. Setiap hari terasa seperti berjalan tanpa arah, tanpa harapan. Senyuman yang dulunya mudah terukir kini hilang bersama cahaya hidupnya. Hinggalah hadir Darlina, gadis yang tidak pernah jemu meminjamkan sinarnya. Suaranya menjadi penawar, sentuhannya menjadi tenang dan keikhlasannya menjadi mata untuk Hendriyan melihat dunia dengan cara yang baharu. Dia menerima lelaki itu tanpa ragu meskipun Hendriyan sendiri tidak mengerti apa yang Darlina nampak dalam dirinya. "Izinkan saya jaga awak sampai bila-bila boleh?" - DARLINA "Aku ni buta. Apa yang kau nampak pada aku ni yang kau nak sangat kahwin dengan aku, Darlina?" - HENDRIYAN "Saya nampak masa depan saya." - DARLINA Namun tanpa mereka sedari, ada satu rahsia besar yang tersembunyi di sebalik pertemuan itu. Seseorang sedang memerhati dari jauh, orang yang merancang kemalangan yang merampas penglihatan Hendriyan. Fitnah yang dilontarkan oleh pihak ketiga membuatkan Hendriyan marah dan menghalau Darlina dari hidupnya. "Aku tak tahu anak siapa yang kau kandungkan sekarang ni." - HENDRIYAN "Abang! Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ni? Lina tak mengandung pun!" - DARLINA Sebaik sahaja penglihatannya kembali pulih, Hendriyan nekad mencari Darlina, meskipun dia tidak tahu rupa paras isterinya. Apa yang menanti mereka? Adakah cinta mereka akan bersatu semula atau rahsia dan muslihat yang tersembunyi akan memisahkan mereka selamanya? "Bau perfume awak sama macam isteri saya." - HENDRIYAN "Apa awak ingat perfume tu dibuat khas untuk bini awak sorang je ke?" - DARLINA *No plagiat allowed!!! © flwershaee, 2024
+14 أكثر
Perfectly Imperfect بقلم faanethy
faanethy
  • WpView
    مقروء 1,079,428
  • WpVote
    صوت 48,031
  • WpPart
    فصول 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuang keluarga. Muncul pula Hayyan, seorang lelaki yang tanpa sengaja masuk ke dalam hidupnya. Lelaki menyakitkan hati yang terlalu mencari kesempurnaan. "Kahwin dengan aku. Aku boleh bawa kau keluar dari dunia sadis kau." - Hayyan. Itu janji yang dikatakan Hayyan. Mereka berkahwin bukan dasar cinta. Wardina hanya inginkan tempat bergantung. Hayyan pula ingin lari daripada rancangan jodoh Hajah Fatima. Perkahwinan mereka hanya bedasarkan syarat. Kalau dah duduk sebumbung, sebilik, takkan tiada apa apa perasaan suka yang menyelinap masuk ke dalam hati masing-masing? "You promised me, Hayyan and then you left. You left." - Wardina Start : 23 October 2021 End : 11 August 2022
Mencari Sinar Bahagia (Ebook)  بقلم Hudafuadd
Hudafuadd
  • WpView
    مقروء 9,296
  • WpVote
    صوت 271
  • WpPart
    فصول 14
Novel Ebook Pertama Mencari sinar bahagia 🏍️ "Kadang-kadang, takdir hadir dalam bentuk yang tak dijangka... dan di atas dua roda." Qaseh Adawiyah, seorang gadis ceria dan penuh dengan usikan manja, menyembunyikan sebuah kisah silam yang memedihkan. Di balik tawa dan gurauannya, tersimpan luka yang membuatkan dia serik untuk membuka hati lagi. Satu peristiwa hitam telah memadam kepercayaannya pada cinta dan membuatkan dia memilih untuk hidup sendiri, jauh dari risiko disakiti lagi. Khairul Amirin pula seorang duda yang tabah. Dahulunya hidup bahagia bersama isteri dan anak-anak, namun rumah tangganya musnah akibat bila rasa sayang mula hilang dalam hati isterinya. Namun demi anak-anak, Khairul terus kuat melangkah demi menutup pintu hatinya untuk sebarang cinta yang baru. Namun, takdir seperti punya rencana tersendiri... Satu pertemuan tidak dijangka terjadi di atas jalan raya, bersama motor kesayangan masing-masing. Bermula dengan satu pujian tentang warna motor, disusuli permintaan bergambar, detik itu menjadi titik mula kepada sesuatu yang lebih dari sekadar perkenalan. Pertemuan demi pertemuan yang tidak disengajakan mula membibitkan rasa. Qaseh yang dulu trauma, mula belajar untuk tersenyum ikhlas semula. Khairul yang dulu menutup pintu hati, mula merasai hangatnya perhatian seorang wanita yang jujur dan ikhlas. Tapi masa silam bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan. Qaseh terus dihantui ketakutan akan dilukai. Khairul pula berdepan cabaran untuk menjadi lelaki yang kembali percaya pada cinta. Lebih sukar apabila anak-anaknya mula bertanya tentang "Kakak motor Oren" yang sering muncul dalam cerita mereka. Mampukah dua insan yang pernah terluka menemui kebahagiaan bersama? Atau adakah kisah mereka akan terhenti sebelum sempat bermula? "Kadangkala, bukan cinta yang perlu dikejar... tapi keberanian untuk mencuba semula." ⛔Cerita ini hanya rekaan semata-mata ⛔Tiada kena mengena dengan hidup ataupun yang telah meninggal dunia. ⛔Hak milik Hudafu
Heart Beat [GxGxB] ✅️ بقلم Cik_Julianis
Cik_Julianis
  • WpView
    مقروء 37,470
  • WpVote
    صوت 1,721
  • WpPart
    فصول 58
SEQUENCE OF 'ONLY HER' STORY A story about a pair of twins yang jatuh cinta pada orang yang sama, dan bagaimana each of them expresses love and emotions in their own unique way. "Andai aku mengagumi dengan fikiran, mungkin aku sudah berhenti sejak lama. Tapi sayangnya, aku mengagumi dengan hatiku." - Elizabeth "Cinta yang paling jujur adalah bila kau mencintai seseorang, without even knowing why." - Adeline "Aku masih ingat hari kita pertama kali berjumpa, dan betapa bahagianya aku hari itu. A happiness that still stays with me until now." - Bently One love. Three hearts. And feelings that were never meant to be simple. P/S: Sorry for my grammar - English is my second language.
Only Her / Hanya Dia [INTERSEX] ✅️ بقلم Cik_Julianis
Cik_Julianis
  • WpView
    مقروء 197,047
  • WpVote
    صوت 3,932
  • WpPart
    فصول 47
"So, what is my position?" ~ Zara Airis "Under me." ~ Laira Aiden 'Did i just digging my own grave?' •••••••••••••《 Beginning 》••••••••••••••• "Boleh tak berhenti?" ~ Zara Airis "Berhenti apa?" ~ Laira Aiden "Berhenti buat muka mati saraf." ~ Zara Airis "Jangan senyum. Lebih menakutkan." ~ Zara Airis "You apa kurangnya? Berhingus, selebet dengan mata merahnya. Cengeng. Hodoh." - Laira Aiden "Boss ini teruk. Pembuli!" - Zara Airis ••••••••••《 One Step Closer 》••••••••••• "Dont promise something that you cannot keep." ~ Laira Aiden "I never once broke my promise." ~ Zara Airis "Yeah. That why I keep on waiting." ~ Laira Aiden ••••••••••••••《 Closer 》••••••••••••••••• I tak berapa tahu nak tulis description tapi trylah baca. Hope ianya tidak mengecewakan you guys. Dah baca, boleh kongsi pendapat and share pada kawan yang minat karya seumpama ini. Thanks a lot. Enjoy! P/s : Sorry for my grammar, english is my 2nd language.
CINTA UNTUK KANDA بقلم saiatieya
saiatieya
  • WpView
    مقروء 299,153
  • WpVote
    صوت 9,800
  • WpPart
    فصول 64
2nd New Generation Series HARIS ARMAN seorang pelajar universiti jurusan pertanian. Seorang yang sangat nakal dan sering membuat masalah. Dalam kenakalannya, terselit juga sifat matangnya yang hanya ditunjukkan kepada orang bertuah sahaja. UMMU SHAFIYAH ROSELILY KARTIKA. Bak kata Arman, nama sepanjang selat melaka. Gadis yang kecil molek yang Arman jumpa ketika di sebuah cafe. Cantik orangnya. Seorang graduan dalam bidang fashion and design. Tapi terpaksa melupakan bakat yang ada demi bekerja di syarikat papanya. Menyapa gadis itu di Cafe membuatkan timbul rasa sesalan dalam diri Arman. Kalau dia tak tegur gadis tu, mungkin dia tak akan selalu berjumpa. Naik rimas dibuatnya. Gadis itu suka sangat cari pasal dengan dia. Dia pun apa lagi. Takkan nak diam saja. Hasrat untuk membuka butik ditentang keras oleh bapa Shafiyah sehingga meletakkan syarat dia harus berkahwin. Sangat tak masuk akal. Kalau dia kahwin, mestilah dia kena ikut cakap suami. Dia tak mahu. Fikir punya fikir, Haris Arman yang menjadi targetnya. Arman masih belajar. Mesti dia lebih fokus pada pembelajarannya. Tak perlu bersusah payah Arman fikir untuk menjalankan tanggungjawabnya nanti. Tawaran yang di berikan oleh Shafiyah, membuatkan Arman setuju untuk berkahwin dengan gadis itu. Tapi Shafiyah silap dengan pemikiran dia sendiri. Akhirnya, dia sendiri yang jatuh cinta dengan Arman. "Saya rasa saya dah sukakan awak. Kalau saya nak mengorat awak boleh tak?" -Ummu Shafiyah. Berjayakah Shafiyah menawan hati Arman? Cinta yang ada dihatinya, memang mahu diberikan buat Arman saja. Si kanda yang telah bertahta dihatinya.
+5 أكثر
LELAKI TERBAIK UNTUKNYA بقلم saiatieya
saiatieya
  • WpView
    مقروء 55,661
  • WpVote
    صوت 2,503
  • WpPart
    فصول 34
Pertemuan yang tidak sengaja antara EIMAN HARRAZ dengan seorang gadis kampung bernama AARA ZULAIKHA telah mengubah hati Eiman yang selama ini tidak terusik. Sejujurnya, rasa suka pada gadis itu mula timbul dihati Eiman selepas pertemuan kali pertama mereka. Eiman sendiri tak sangka secepat ini hatinya boleh jatuh suka pada seorang gadis yang baru dia kenal. Tanpa Eiman tahu, Aara juga mempunyai perasaan yang sama padanya. "Kenapa awak senyum?" -AARA ZULAIKHA "Sebab awak comel." -EIMAN HARRAZ Sejak mengenali Aara, Eiman menjadi seseorang yang berbeza dari sebelumnya. Dulu dia seorang yang pendiam dan tak suka bersosial. Kini, dia telah berubah. Kehidupan dia jauh lebih baik dari sebelumnya. Dia juga lebih gembira bila bersama Aara. Kepulangan Aara ke kampung untuk mengabarkan berita tentang hubungannya dengan Eiman. Siapa sangka, hubungan itu tidak direstui oleh ayahnya. Angan-angan untuk mendirikan rumah tangga musnah ditengah jalan. "Saya tak boleh kehilangan awak, Aara. Saya akan pastikan ayah awak akan terima saya satu hari nanti." -EIMAN HARRAZ. Aara sendiri buntu. Dia mahu bersama Eiman. Tapi dia tak mahu derhaka pada ayahnya. Sulit untuk dia membuat keputusan. Dan akhirnya, Aara memilih untuk pergi dari hidup Eiman. Tak apa untuk kehilangan lelaki yang cinta. Tapi dia tak sanggup untuk kehilangan ayah kandungnya. Namun, ia tidak bermakna Eiman akan berputus asa. Eiman tetap berkeras mahu menjadi lelaki yang terbaik buat Aara. "Saya percaya satu hari nanti pakcik akan nampak keikhlasan saya pada Aara. Saya sayangkan dia." -EIMAN HARRAZ. Persoalannya, berjayakah Eiman mendapatkan gelaran lelaki terbaik buat Aara?
BIARKAN HATI MENCINTAI بقلم saiatieya
saiatieya
  • WpView
    مقروء 341,344
  • WpVote
    صوت 11,338
  • WpPart
    فصول 55
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?