Encik Suamiku terlebih romantik
1 story
Encik Suamiku Terlebih Romantik by pixieberrie
pixieberrie
  • WpView
    Reads 77,735
  • WpVote
    Votes 450
  • WpPart
    Parts 20
Hubungan Elyana dan Ikmal selama 6 tahun tidak sia-sia. Dari kisah cinta monyet kini sudah sampai ke jinjang pelamin. "You nak pergi beli barang? Pergi je lah I penat la" -Ikmal Danish Ikmal dulunya seorang yang hatinya beku, tak romantik langsung! Panggilan sayang pun, satu kali pun tak pernah didengari oleh Elyana. Tapi tidak mengapa, Elyana yakin, Ikmal boleh membimbingnya ke syurga. "Sayang, sayang nak makan apa hari ni? Biar abang masakkan nak?" - Ikmal Danish Tapi selepas bernikah? Ibarat wujudnya lelaki yang sering menjadi idaman Elyana, sangat romantik! Hari demi hari semakin cair hati Elyana, bukan kepada sesiapa tetapi suaminya sendiri! Oh indahnya perasaan ini. "Kenapa dulu abang tak romantik?" - Elyana Nazurah "Abang simpan yang romantik untuk yang halal je sayang" - Ikmal Danish Kebahagiaan yang mereka kecapi akhirnya semakin pudar apabila munculnya orang ketiga, Linda Maisara yang cuba menghancurkan rumah tangga mereka. Berlaku salah faham diantara mereka. Kesetiaan Ikmal diragui dek kerana berita-berita buruk yang didengari. "Abang penipu! Abang keluar dengan dia kan? Sanggup abang buat El macam ni" - Elyana Nazurah Dugaan demi dugaan yang datang menimpa mereka. Sehingga Elyana hampir mengalah mempertahankan rumah tangga yang selama ini menjadi mahligai cinta mereka. "Aku akan pastikan yang Ikmal jatuh kat tangan aku, kau ingat tu" - Linda Maisara Mampukah Elyana terus tabahkan hatinya membangunkan semula rumah tangga yang semakin rapuh? Bolehkah Ikmal mendapatkan semula kepercayaan isterinya? Berjayakah mereka berdua bersatu hati demi kebahagiaan mereka semula? Atau mengalah begitu sahaja?