SueWonbin's Reading List
108 stories
KAU, SEMPURNAKAN AKU (C) [Unpublishing Soon] by snowdreamm
snowdreamm
  • WpView
    Reads 16,678
  • WpVote
    Votes 1,995
  • WpPart
    Parts 60
Karya keenam Snowdream. Blurb: Kasih sayang bukanlah sesuatu yang pernah menjadi milik Miftahul Husna. Dendam ibu kandung terhadap lelaki yang pernah meninggalkan mereka membuatkan Husna membesar dengan hanya bergantung pada diri sendiri. Namun, pertemuan tidak sengaja dengan lelaki bernama Fawwaz Anaqi telah mengubah segalanya. Lelaki itu perlahan-lahan memasuki dunianya sekali gus menyatukan mereka menerusi minat yang sama. Malah, sewaktu Husna diancam bahaya, Fawwaz tanpa ragu menghulurkan perlindungan dengan tawaran yang langsung tidak masuk akal, yakni mengajaknya berkahwin. "Kita kahwin. I akan pastikan tak ada siapa boleh ganggu you bila you dah sah jadi isteri I." - Fawwaz Anaqi "Dalam banyak-banyak cara, ini aje yang you boleh fikir?" - Miftahul Husna Lamaran itu menjadi konflik terbesar buat Husna. Apatah lagi, dia langsung tidak sekufu dengan Fawwaz yang serba sempurna itu. Namun demi menyelamatkan diri daripada ancaman musuh, Husna akhirnya pasrah dan menerima Fawwaz sebagai suami. Melalui keluarga Fawwaz, Husna mula mengerti apa itu kehangatan kasih sayang. Namun rasa kerdil diri membuatkan dia terus-menerus menafikan perasaan sendiri. Tanpa sedar, sikap Husna itu telah melukai hati lelaki yang ikhlas mencintainya. Malah, saat Fawwaz mula mengalah, barulah dia tahu dia tidak mampu hidup tanpa lelaki itu. "I menyesal kenal dengan you, Fawwaz! Dah janji takkan tinggalkan I, tapi hujung-hujung you buat juga benda yang sama!" - Miftahul Husna "Dah you sendiri tak pernah anggap I sebagai suami! Macam mana I nak teruskan hubungan ni dengan sikap you macam tu? - Fawwaz Anaqi Setelah sekian lama menafikan perasaan sendiri, mampukah Husna memperbaiki kesilapan yang telah melukakan hati Fawwaz? Atau mungkinkah sudah terlambat untuk diselamatkan?
Kau Lupa Janji [C] by Marleneith
Marleneith
  • WpView
    Reads 738,422
  • WpVote
    Votes 22,693
  • WpPart
    Parts 28
QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering menjadi bualan masyarakat dan seorang anak emas dalam keluarga. Kerana satu malam, Qays terperangkap di dalam 'jerat' manusia. Tidak pasti siapa si pemasangnya, yang pasti akan Qays cari sampai jumpa. APRIL ISABELLE Si arkitek muda yang dianggap pembawa tuah kepada syarikat. Tidak tahu dimana silapnya, dia menjadi buah mulut staf yang mengatakan dia gadis liar suka menangguk di air yang keruh. Sedangkan April tidak liar seperti yang diperkatakan. "Kau cakap dengan aku, siapa yang upah kau?!" "Saya berani bersumpah saya tak tahu siapa yang buat kita macam ni!" Tidak pasal Qays menuduh April dalang atas apa yang terjadi. Di mata lelaki itu, April hanya seorang perempuan yang terdesak mahukan hartanya saja. Disebabkan itu, dia bertindak meragut kesucian April tanpa belas kasihan. "Puas aku tengok hidup kau berantakan macamni Qays..." "Si*l! Cari perempuan tu sampai jumpa!" Malangnya, April sudah pergi jauh dari gapaian Qays. Semakin serabut lelaki itu dibuatnya. Pandai pula April menghilangkan jejak sehingga tiada siapa berjaya menemukan dia. Atau... Sesuatu terjadi pada wanita itu? "I Hanania, tunang Qays Jareed" "Jangan lupa janji awak, saya merayu ceraikan saya Qays..." "Tak semua janji perlu ditepati sayang. Kalau aku tepati janji aku, macam mana dengan Syed Adrish Qaazi?" "Berpuluh ribu anak kat luar sana yang membesar tanpa kasih sayang bapa, saya tengok jadi manusia juga. Berjaya. Tak payah beri banyak alasan Qays, lepaskan saya!" "Never! Itu anak orang lain. Demi anak aku Adrish Qaazi, aku sanggup buat apa saja. Kalau aku boleh hormat keputusan kau, aku harap kau pun boleh hormat keputusan aku kali ini, sayang" __________________ Aku selalu memikirkan masa depan, Antara kita berdua hidup bersama, Namun setiap kali ku zahirkan hasrat hati, Kau pintaku memutuskan perhubungan. Mudahnya, kau lupa pada janji... Kau lupa janji.
 QAID UZAIR: STILL LOVING YOU by CikInzzz
CikInzzz
  • WpView
    Reads 270,071
  • WpVote
    Votes 11,154
  • WpPart
    Parts 54
Bagaikan pelangi hilang separuh bentuk. Begitulah kisah cintanya. Sepanjang 27 tahun hidup di muka bumi ini, pelangi percintaannya masih belum berbentuk hemisfera yang lengkap. Ada saja dugaan dan halangan. Tapi apa yang boleh dilakukan? Hanya kepada Allah dia berserah. Ini bukan kali pertama dia putus cinta. Sudah masuk 7 kali! Nuryn tekad! No More Love. Nuryn Farhanah dan Qaid Uzait bertemu. Nuryn terkedu, Qaid terkesima. Bagi Nuryn, lelaki itu adalah cinta pandang pertamanya. Bagi Qaid, Nuryn adalah penyeri hidup zaman remaja. Pertemuan mereka kali ini bakal mengubah masa depan mereka. "Aku dah tak sanggup nak tahan keperitan dalam percintaan" - Nuryn "Aku janji dengan kau, aku akan berikan pelangi yang paling indah dalam kehidupan kau. Bukan lagi pelangi yang terputus di tengah jalan." - Qaid. Nuryn menolak. Qaid terus menarik. Lelaki itu akan pastikan wanita ini jatuh di dalam dakapannya. Dia akan jadi pelindung hati Nuryn Farhanah yang terulung. Kebahagiaan kini aku datang!
GHADI AQHAR: THE LIONS  by CikInzzz
CikInzzz
  • WpView
    Reads 637,270
  • WpVote
    Votes 21,246
  • WpPart
    Parts 48
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku kepada Naura Qairina. Nak layan mereka yang kemaruk nak makan macam-macam satu hal, nak layan ketua mereka yang sejuk beku itu pun satu hal juga. Ghadi Aqhar si ketua dalam kumpulan itu mula tertarik dengan telatah Naura. Adakah bibit-bibit cinta akan tersemai di antara mereka? Dapatkah Naura menerima Ghadi setelah mengetahui pekerjaan sebenarnya?
GHUFRAN ELENA: LOVE AND LOYALTY SERIES 1 by anissyaaa
anissyaaa
  • WpView
    Reads 4,279
  • WpVote
    Votes 332
  • WpPart
    Parts 41
Di mata dunia, Kayden Raffael hanyalah seorang ahli perniagaan elit yang tenang dan berwibawa. Namun di sebalik wajah yang tenang itu tersembunyi rahsia gelap-dia adalah ketua kepada sebuah organisasi mafia paling berkuasa di Tuscany. Dunia gelap memanggilnya "Il Lupo Tranquillo"-serigala yang tenang, tetapi kejam apabila disentuh kelemahannya. Dr. Elena Amani, seorang doktor muda yang berdedikasi dan teguh pada prinsip kemanusiaan, terjerat dalam dunia gelap Kayden apabila dia terpaksa merawat salah seorang orang kanan mafia itu saat dia merantau untuk mencari tunangnya, Zaheen di Tuscany. Kayden tidak pernah jatuh cinta sebelum ini. Elena pula tahu perasaannya pada Kayden tidak seharusnya wujud - dua dunia yang terlalu berbeza, terlalu berbahaya untuk disatukan. Namun dalam setiap pertemuan, mereka semakin tenggelam dalam perasaan yang tidak dapat dihalang. Apabila konflik, pengkhianatan, dan darah yang mula tumpah, mereka terpaksa memilih - antara cinta yang tidak mungkin... atau dunia yang telah lama mengikat mereka. "Cinta yang lahir di antara gelap dan terang, mampu menyelamatkan... atau membinasakan."