Teh Ais's Time (^_^)
12 stories
Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED) by Choco_Lyn
Choco_Lyn
  • WpView
    Reads 2,473,319
  • WpVote
    Votes 65,027
  • WpPart
    Parts 61
Perkahwinan itu sepatutnya menjadi momen paling bahagia untuk lelaki dan perempuan yang saling mencintai. Tapi.. kalau kahwin bukan dasar cinta? Kahwin bukan atas kerelaan hati? Kahwin bukan atas dasar hati yang mencintai? Penghujungnya adalah perpisahan.. Itulah takdir perkahwinan 6 bulan Engku Zafriel Syeikh dan Que Sarah Qaliesya. Perkahwinan mereka tak mampu bertahan lama atas dasar pilihan keluarga. Selepas tempoh 6 bulan mereka berpisah.. Itu keinginan Qaliesya yang inginkan hidup bujangnya semula tanpa dikongkong oleh seorang lelaki bergelar suami.. namun, bukan untuk Engku Zafriel Syeikh. Bila dah sayang, tak mungkin hatinya mahu lepaskan gadis itu.. Jika hatinya sudah kata cinta, selamanya hati lelakinya tercatat nama Que Sarah Qalieya.. Dan.. Tak mungkin dia akan lepaskan gadis itu.. @Novel ke-4 @Wattpads @Tidak Untuk LepaskanMu.. #Chocolyn
SESUCI SALJU RINDU by CikFiz
CikFiz
  • WpView
    Reads 225,927
  • WpVote
    Votes 7,203
  • WpPart
    Parts 70
#Pemenang Anugerah #wattys2017 #Kategori Penulis Debut Elzara Sofia, dia di aniayai, terpaksa redha berkahwin dengan lelaki yang di cintai dengan cara yang tak sempurna dan mendapat tentangan dari keluarga pihak lelaki. Status Elzara yang di salah anggap itu telah merentap jiwanya, tanpa pengetahuannya, ibu mertuanya mengupah seorang doktor untuk membuang rahimnya, dikatakan mengalami komplikasi, mahkota yang menjadi keagungan seorang perempuan kini tiada lagi baginya. Bagaimana dengan kandungannya? Adakah anaknya hidup atau meninggal? 'Isteri abang hanya satu, hanya sayang,'- Ghazni Dayyan Daryoz. Zafran, pemandu peribadi keluarga Gazni Dayyan Daryoz menyimpan satu rahsia yang amat besar. Apakah rahsia itu? Jom baca kisah ini sehingga habis, hope sudi vote dan comment. #Bila DENDAM merajai HATI Tqvm... 😍😍🌸 Check out "Pemenang Anugerah Wattys 2017" on Wattpad. Open wattpad and search Profiles 👉 @wattysMy, for looking reading list of Wattys 2017 Award. Start : 5 February 2017 End : 30 June 2017
HETEROCHROMIA by zoreroz
zoreroz
  • WpView
    Reads 503,424
  • WpVote
    Votes 27,696
  • WpPart
    Parts 85
Winner of New Adult Category in Wattys2019 Highest Rank #1Humor(back in the old days) Finalist of 2017 Wattys 2019 #1/1.48k book tagged with 'life' (somehow?) H E T E R O C H R O M I A : MASK ON Heterochromia bermaksud iris mata yang berbeza warna yang jarang berlaku. Zed mempunyai Heterochromia dan dia tidak suka mata dia yang berbeza warna itu. Sebab? Sebab Zed mudah tarik perhatian pelbagai pihak. The good and the bad. *Includes images/gif/youtube video for a more surreal description. Reading online is preferred. Tapi kalau baca offline pun Author faham, ads selepas almost every chapters is a turn off.
Kerana Dia Manusia Biasa- Wan Nur Najihah by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 299,878
  • WpVote
    Votes 1,755
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Kerana Dia Manusia Biasa Penulis: Wan Nur Najihah Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-80-8 Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak Diskaun : RM3 Postage : Percuma Cara Beli : www.p2u.my @ Aplikasi Karyaseni Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira terpaksa menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah menjaga Alia. Ditatang Alia dengan penuh kasih sayang yang bukan sedikit. Tengku Shamil Zaquan. Kepergian isterinya membawa mendung ke dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan. “Abang minta maaf. Abang tak boleh biarkan peragut tu macam tu aje. Hati abang sakit. Abang kena balas Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanya perempuan murahan. “Kesian dengan orang yang kena tipu dengan kau.Tapi, paling kesian akulah. Sebab aku yang kena hidup dengan perempuan penipu macam kau ni. Kau dengan anak kau sama aje.” – Tengku Shamil “Walau apa pun yang awak cakap pasal Alia, Alia itu anak halal. Saya tak pernah buat kerja terkutuk Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Nurin Aira reda. Segala kata hinaan lelaki itu diterimanya dengan hati yang terbuka. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.
Our Moment:Full Of Episode✔ by levanniaa
levanniaa
  • WpView
    Reads 3,625
  • WpVote
    Votes 95
  • WpPart
    Parts 45
Jika difikirkan balik seperti satu cerita yang sangat complicated. Macam dalam drama atau novel. Ia seperti satu kehidupan milik gadis jepun kacukan Melayu korea. Tengku Iana Aeka. Sebaris nama yang cukup membuatkan seseorang rasa selesa seketika. Dahulunya menjadi seorang yang cold-hearted. Tetapi selepas hilang, hidup kawannya yang terumbang ambing. Tengku Daniel Hazim. Nama yang dahulunya memang kalau perempuan dengar, perkataan pertama yang keluar semestinya 'My Prince Charming!'. Beberapa tahun kehilangan orang yang disangka dia tidak cinta membuatkan dirinya hura hara termasuk kawan kawannya. Kembalinya semula mereka membuatkan ia menjadi satu momen yang cukup indah. Because its Our Moment. Persahabatan atau Percintaan?
Silver High: Hani [TERBIT SEBAGAI 'KAD'] by alt-zunally
alt-zunally
  • WpView
    Reads 3,955,595
  • WpVote
    Votes 3,439
  • WpPart
    Parts 4
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai masanya Hani kembali ke sistem persekolahan. Pilihannya Silver High School. Dia nak lupakan semua kenangan pahit hampir tiga tahun lalu, dan dia nak enjoy tahun ini. Tapi pada hari pertama saja sudah macam-macam berlaku. Dia bergaduh dengan Izmeer, budak paling popular kat sekolah, berkenalan dengan Adrian yang cool dan Khairul yang terover friendly, serta terpaksa menghadapi cemburu si Misha yang rasa semua lelaki kat sekolah syokkan dia. Tapi Hani berazam untuk pastikan tahun terakhir persekolahan ni jadi tahun terbaik dalam hidupnya. Dia fikir semuanya akan lancar. Namun kehadiran beberapa keping kad mula menggugat ketenangannya di Silver High. Adakah Hani sedang dikejar masa lalu, atau ada orang yang mahu melihatnya binasa?
Maid Maiden by sweetpearly
sweetpearly
  • WpView
    Reads 742,902
  • WpVote
    Votes 55,104
  • WpPart
    Parts 77
❝Walau apa cara sekalipun, aku tetap akan balas budi 'putera' aku tu suatu hari nanti.❞ Demi membalas budi si putera yang pernah menyelamatkannya sewaktu kecil, Mia Alysha berusaha segigihnya untuk memasuki sekolah elit Rubians Watson High School. Namun sebaik diterima sebagai pelajar, ibu bapanya pula diisytiharkan muflis dan tidak dapat membayar yuran persekolahannya. Lebih malang lagi, mereka melarikan diri ke luar negara tanpa membawa Mia bersama. Nasibnya baik apabila Tengku Firdaus Hayqal, pelajar kaya merangkap pewaris Rubians Watson High School sudi membantu. Mia dapat belajar di sekolah itu secara percuma, tetapi sebagai syarat.. ❝Aku boleh jadikan kau pelajar sekolah ni tanpa bayar yuran satu sen pun....❞ Aku diam. Menunggu untuk dia menghabiskan kata. ❝...dengan syarat kau jadi girlfriend aku..❞ Kening aku mula terangkat. ❝....dan ikut segala perintah aku.❞ What the... Is this a kind of joke? Bagaimana hidup Mia selepas itu? ➳ high achievement : 1# in Teen Fiction ➳ Adaptation of romance comic by Kaoru. ➳ For more information about this story, read 'Mini Talk' chapters. START : 16th December 2016 REPBULISHED : 26th February 2018 END :
Suamiku Tinggi 189cm?!!  by MejiMoon
MejiMoon
  • WpView
    Reads 2,074,579
  • WpVote
    Votes 89,233
  • WpPart
    Parts 104
PANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di hadapan khalayak pelajar yang lain hanya gara-gara seorang gadis yang amat lelaki itu cintai,Adriana. Tanpa disedari, kedua-dua kaki Najwa berlari meninggalkan tempat itu. Dengan tudung sekolahnya yang tidak teratur akibat tamparan yang diberikan tadi membuatkan dia seperti pesakit mental yang sedang melarikan diri. Air mata Najwa yang laju mengalir di pipinya setia menemani hatinya yang kini hancur berderai. Adakah nasibku memang begini? Ditinggalkan oleh insan yang paling disayangi amat memeritkan. Namun aku redha dengan segala ketentuan-NYA. ----- "Saya akan selalu mendoakan kebahagian awak dengan si dia yang bertakhta di hati awak agar kekal bahagia selamanya dan terima kasih buat segalanya. "-Najwa "Aku tetap akan ceraikan kau dan aku tak perlukan doa kau untuk aku bahagia bersama Ana! "-Hakimi "Saya cintakan awak,Najwa."-Asyraf "Saya sukakan awak, sejak kali pertama saya jumpa awak lagi,Najwa."-Aiden "Saya harap sangat awak bukan adik kandung saya Najwa, sebab apa? Sebab diri saya dah mula cintakan awak."-Nabil. credit cover; @MorshiMello
Dia , Bidadari Tak Bersayap by guessitsha
guessitsha
  • WpView
    Reads 478,921
  • WpVote
    Votes 22,053
  • WpPart
    Parts 38
Kerana kehilangan kehidupan Taufiq Al-Iman berubah hitam . Dirinya hanya diselubungi dendam . Kehidupannya menjadi liar . Hanya kerana satu dendam . Dendam yang tersemat di dada dia berubah menjadi lelaki yang digeruni di kehidupan gelap . Kiri, kanan , depan , belakang ada mata-matanya sedang memerhati . Pantang jika miliknya disentuh . "Kau sentuh , kau mati " Kejadian di kedai mamak menemukan kembali si Hero dan Heroin . . Bermula kisah mereka dengan Iman yang selamba melamar gadis itu . Siapa kata jika sayang selamanya sayang ? Siapa kata jika miliki selamanya memiliki ? Dan siapa kata jika bernafas selamanya bernyawa ? Dia hadir bagai Bidadari Tak Bersayap . Mengisi ruang hati yang kekosongan . Mengisi tempat sebagai pendengar Mengisi tempat sebagai teman mesra Mengisi tempat sebagai segalanya . Warning !! Matured content ; bahasa kurang ajar terselit begitu banyak ya anak-anak . Jadi jangan marah author . Highest Rank #1 in Action ✔ #2 in Action✔ #3 in Action✔ #4 in Action✔ #5 in Action✔ #6 in Action✔ #7 in Action✔ #8 in Action✔
Ada Aku Untukmu by tanahdanlumpur
tanahdanlumpur
  • WpView
    Reads 11,643
  • WpVote
    Votes 830
  • WpPart
    Parts 73
"Kalau nak jadi pembunuh jangan masuk sekolah. Tu, pergi dekat lorong-lorong gelap belajar dengan samseng-samseng dekat luar sana." Siapa sangka kedatangannya ke kelas itu tidak dialu-alukan. Namun sebagai guru, Yasmin tidak mahu mengalah. Ada anak muda yang perlu didikannya. Ada remaja yang perlu dibimbingnya. Dia menjadi guru bukan untuk mengajar sahaja tapi juga untuk mendidik. "Saya tak perlukan kebenaran cikgu. Ini sekolah swasta cikgu, bukan sekolah awam yang nak kena ikut semuanya. Kami yang bayar gaji cikgu jadi cikgu la yang patut dengar cakap kami. Cikgu tak perlu nak risaukan keputusan kami tu sebab kami tahu kemampuan kami. Cikgu just habiskan jela masa cikgu dengan anak murid kesayangan cikgu tu." Ujian demi ujian datang bertamu namun dia tidak pernah mengalah. Demi pelajar-pelajarnya dia akan terus bertahan. Dia tidak boleh putus asa dengan mereka. Namun sekuat manapun seorang Yasmin, dia tetap seorang manusia. Akhirnya dia rebah.. "Aku hanya memandang pemergian Umar dengan pandangan kosong. Hati sudah mula menangis tapi air mata langsung tidak menunjukkan bayangnya. Hati bagai sudah hancur dilapah oleh mereka yang aku sayang. Teganya mereka melakukan semua ni pada aku. Apa salah aku? Hanya kerana aku lebihkan Alya mereka tinggalkan aku? Kenapa? Alya tu lebih memerlukan aku. Ya Allah, kuatkan aku! Ya Allah, tabahkan aku!" Kerana gadis itu dia rela hilang semua. Kerana gadis itu juga dia rela berkorban. Kasih sayangnya tidak terhad. Kasih sayangnya selalu ada untuk sesiapa yang memerlukan. Dia bukan lilin bahkan dia tidak mahu menjadi lilin yang akan membakar diri sendiri. Dia hanya mahu menjadi manusia yang akan ada untuk berkongsi saat-saat susah dan senang, sedih dan gembira. Dia hanya mahu menjadi seorang Nurul Yasmin.