We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Best 📖
36 stories
Forever Isn't What We Promised by moonlightlavh
moonlightlavh
  • WpView
    Reads 841,179
  • WpVote
    Votes 61,482
  • WpPart
    Parts 95
[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.
QASEH'S AMORE ✓ by aish_maira
aish_maira
  • WpView
    Reads 263,039
  • WpVote
    Votes 12,571
  • WpPart
    Parts 54
[The Pattenson Family Finale Series] Hubungan yang dulunya sentiasa baik tanpa salah faham mahupun selingkuhan, kini berubah setelah tiga tahun hubungan cinta mereka terjalin. Qaseh dan Alexo kini berhadapan dengan masalah utama dalam hubungan mereka. Perbezaan agama. Perpisahan yang tidak diingini oleh kedua pihak, kini mencetus bahaya apabila luka yang lama kembali berdarah. Kisah silam yang penuh tragis kini kembali membawa memori hitam singgah di ingatan. Dalam tidak diduga, nyawa Qaseh menjadi taruhan. "Saya nak awak jadi isteri saya."-Alexo Richard D'Russo- Namun, demi menyelamatkan satu satunya cinta kasih yang dia ada, penipuan terpaksa dia lakukan, tatkala hati belum terbuka untuk menerima Islam, dia paksakankan juga. Tanpa sedar dia lupa, mencintai seseorang biarlah kerana Allah, bukan kerana nafsu. "If I say I convert to Islam, but I don't follow what's it teachings?" -Alexo Richard D'Russo- "Bermakna awak belum sedia untuk bimbing mahupun bergelar suami pada saya. Antara awak dan Allah, saya pilih tuhan saya." -Qaseh Miranda Pattenson- Tercetuslah masalah yang lagi besar tatkala hati berbelah bahagi. Pada awal perkahwinan mungkin dia nikahi Qaseh demi keselamatannya. Tapi kini, dia nikah dan cintai Qaseh kerana Allah. Disaat mereka mula kembali kepada satu sama lain, kebenaran kisah silamnya menjadi buah mulut orang sekeliling sehingga Alexo kembali tenggelam dalam memori hitam 13 tahun lalu. Hanya demi Qaseh Miranda, dia sanggup korbankan nyawanya. Sungguh hebat cinta mereka. Cinta yang terjalin kerana kuasa-Nya yang Esa. Apakah kisah silam yang membawa mereka kembali ke dunia hitam? Mampukah mereka menjalin kasih kerana Allah? Genre: islamic, romance, action, thriller, family, sad
[C] Aryan: Her Biggest Heartbreak by flowerbeandee
flowerbeandee
  • WpView
    Reads 549,072
  • WpVote
    Votes 18,752
  • WpPart
    Parts 73
BOOK 1. [Unedited] Berdamai dengan takdir. Sebaris ayat itu ringkas, bukan? Namun, Nurdarya tidak mengerti. Kenapa orang sekelilingnya seringkali berpesan sebegitu kepada dia. Sedangkan dia hanya mengakui dia bencikan Aryan Hameen. Darya bencikan Aryan. Luka yang lelaki itu tinggal begitu dalam. Curang. Bukan sekali, malah berkali-kali. Lantas, mengapa dia perlu memaafkan lelaki itu jika hatinya tidak ikhlas menerima setiap perbuatan menyakitkan dirinya itu? Darya buntu. Juga keliru. Dari awal lagi, dia sepatutnya tidak bertemu dengan Aryan. Kebenaran itu menyakitkan. Aryan Hameen, patah hati terbesar Nurdarya. status : in-editing started : 25/2/2024 completed: 14/9/2024
KARINA  by sayamelur
sayamelur
  • WpView
    Reads 1,620,017
  • WpVote
    Votes 53,928
  • WpPart
    Parts 52
COMPLETED Karina Milani x Tengku Kaizer Semua orang pernah jatuh cinta bukan? Karina juga begitu. Jatuh cinta pada lelaki asing yang bergelar suami. Karina tidak pernah meminta namun cinta itu sendiri yang tiba-tiba hadir untuk lelaki yang bernama Tengku Kaizer keturunan diraja dari Kerajaan Grandbell. Hidup sebumbung bersama Tengku Kaizer membuatkan Karina mampu menghasilkan satu hipotesis untuk lelaki itu: Semakin Karina mendekat semakin Tengku Kaizer berusaha menjauhkan diri. Namun, Karina tetap nekad untuk cuba mendekati Tengku Kaizer kerana dia percaya takdir Tuhan. Ya, Karina yakin!
Undercover by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 118,497
  • WpVote
    Votes 11,382
  • WpPart
    Parts 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar. Dia Iban celup sebab lahir dan membesar dekat semenanjung. Hawk ni satu unit dengan Raven. Partner in crime dia la. Dia lelaki Melayu sejati yang tak takut mati. Ha gitu la.
Izinkan Aku Mencintaimu [EDITING] by itsmenurfa
itsmenurfa
  • WpView
    Reads 437,680
  • WpVote
    Votes 11,249
  • WpPart
    Parts 80
MYA ARLISA-seorang gadis yang lemah lembut dan sopan. Siapa yang melihat gadis itu pasti akan tertarik dengan sifat dan rupa gadis itu. Dia juga seorang anak yatim piatu yang kehilangan ibubapanya sejak kecil lagi dan menumpang kasih sayang dari ibu saudaranya iaitu adik kepada arwah ibunya. Tetapi kecantikan dan sifat lemah lembut Mya Arlisa dicemburui oleh sepupunya sehingga sepupunya sanggup membuli dirinya semasa ibubapa mereka sudah keluar bekerja. Dia tekad mahu keluar dari rumah itu dan mahu tinggal bersama sahabatnya baik dahulu di Kuala Lumpur. "Mya minta maaf Mya kena keluar dari rumah ini..."-MYA ARLISA ZARIQ AMSYAR-seorang lelaki yang mempunyai rupawan yang sungguh menawan sehingga mampu mencairkan hati para gadis tetapi dengan sifatnya yang dingin beku itu membuatkan ramai takut untuk bertegur sapa dengannya. Hanya dengan sekali pandang hatinya sudah berpaut dengan seorang gadis yang berpakaian agak kekampungan dan tidak pandai bergaya itu telah membuatkan hatinya ingin mengenal rapat dengan gadis itu walaupun gadis itu adalah musuhnya sendiri. "selamat datang ke nereka ciptaan aku"-ZARIQ AMSYAR "sekali kau masuk dalam hidup aku jangan harap kau akan jumpa jalan keluar"-ZARIQ AMSYAR "apa salah saya dekat awak? Itu semua cerita dahulu dan saya tidak tahu pasal itu"-MYA ARLISA "semua barang dalam rumah ni aku punya jadi bermaksud kau pun aku yang punya faham?"-ZARIQ AMSYAR [Old Version] - [New Version]
✓ TENGKU RAFAEL LUTH by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,923,293
  • WpVote
    Votes 348,591
  • WpPart
    Parts 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri
41. The Ice Hockey Princess by TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    Reads 85,567
  • WpVote
    Votes 10,614
  • WpPart
    Parts 104
Aerith Jane nak sangat buktikan pasukan hoki ais perempuan pun boleh setanding dengan pasukan hoki ais lelaki akademi mereka. Dua pasukan berbeza, kapten yang tak sekepala, pendapat seorang ke barat seorang lagi ke utara Macam mana agaknya perjalanan Aerith dan Harvey nanti ya? Akan ada persaingan di antara mereka ke atau Akan ada attraction di antara mereka pula ********************** Lepas dapat tahu ada kelayakan musim akhir hoki ais, Aerith cuba dapatkan tempat untuk kumpulannya. Tapi akademi beritahu hanya satu pasukan hoki ais sahaja yang bakal layak ke pertandingan nanti. Disebabkan Akademi Greenwhich School Game ada dua team hoki ais. Maka timbullah pencanggahan di antara dua kapten pasukan ni. Jadi Harvey Greyson telah membuat pertaruhan antara team mereka dan team Aerith untuk tentukan samaada pasukan hoki ais lelaki atau perempuan yang bakal sertai pertandingan itu nanti. Macam mana perjalanan mereka? ************************** Kalau diberi pilihan, Aerith sejak awal hingga ke akhir nekad dengan keputusan dia. Tapi ayahnya begitu benci akan sukan hoki ais hingga tegah dia dari sertai akademi sukan. Sampailah satu hari, berlakunya pertembungan dengan Hudson pada hari makan malam tu. Rahsia yang Aerith cuba simpan ikut terbongkar sama pada hari tu... Agaknya Hudson akan simpan rahsia tu atau gunakannya untuk kepentingannya? Mari kita cari tahu perjalanan Aerith menentukan kejayaan misinya di The Hockey Ice Princess JUN 2022
Veni Vidi Vici by saraaayry
saraaayry
  • WpView
    Reads 388,432
  • WpVote
    Votes 23,635
  • WpPart
    Parts 53
RAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu semua tidak masuk akal dan meremehkan. Statusnya sebagai anak bongsu Tan Sri Ahmad Dafiq, jutawan Malaysia dirahsiakan. Dervin Darrien. Si kacak maut yang sering didambakan anak gadis. Sekali tengok mesti nak tengok lagi. Jejaka yang pernah menakluki hati Allyra Danyra suatu ketika dulu. Hanya disebabkan kejadian itu, Danyra mula membenci kaum adam kecuali abang dan ayahnya. "Mula-mula dia business partner aku, lama-lama tu jadi bestfriend aku. Nanti jadi abang ipar aku pulak." - DERVIN DARRIEN "Aku nak kahwin dengan kau sebab nak jaga dan lindungi kau. Ayat novel mana yang kau curi ni? Better tak payah guna lah ayat tu, cliché and aku tak suka." - ALLYRA DANYRA "Shh, it's okay if you want to cry. I'm here for you. Always." - DERVIN DARRIEN Satu demi satu kejadian yang menimpa Darrien dan Danyra selepas mereka bertemu kembali. Darrien ingin melindungi Danyra tetapi Danyra menolak dengan alasan dia boleh menjaga diri sendiri. Darrien si sweet talker dan soft spoken, Danyra si brutal dan dingin bak ais di kutub utara. Agak-agak bergegar tak rumah kalau mereka kahwin? Dapatkah hati Danyra terpaut semula pada Darrien? ⚠️ cringe & cliché ⚠️ typos everywhere ⚠️ sexy storyline & no censored START: 6/10/2021 END: 12/3/2022 lovely cover by @elleciaa_ highest ranking ; #1 diva ( 30 Oct 2021 ) #1 allen ( 25 Nov 2021 ) #1 romance-comedy ( 14 Jan 2022 ) #1 sweettalker ( 23 Jan 2022 ) #1 softspoken ( 29 Jan 2022 ) #1 kasihsayang ( 18 Feb 2022 ) #1 funny ( 22 Apr 2022 ) #1 romance ( 23 Apr 2022 ) #1 wattpadmalay ( 1 May 2022 ) #1 lovestory ( 19 June 2022 )