PuteriIrdina4's Reading List
126 stories
Mrs Farrid Affiq by atqhnr
atqhnr
  • WpView
    Reads 442,674
  • WpVote
    Votes 12,498
  • WpPart
    Parts 45
[ C O M P L E T E D ] Hidup sebagai isteri seorang Farrid Affiq bukan mudah bila dapat suami yang bergula sangat mulutnya. Hari-hari ada je ayat-ayat manis yang terluah daripada lelaki itu. Ada je kejutan untuk dia, tak kira pagi ke petang ke malam ke, Farrid tak pernah miss. Sampai satu hari Shafika disahkan hamil tapi malangnya saat itu Farrid terpaksa meninggalkan dia atas urusan kerja. Jadi apa pilihan Farrid Affiq? Isteri atau kerja? Bagi Farrid, mempunyai Mrs.Farrid Affiq dia cukup buat hari-hari dia bahagia. Namun seketika, dia dilanda gundah untuk memilih antara dua. Apa pilihan dia? Dan saat itu hadir Sorfina untuk mengacau rumah tangga mereka. Peluang yang ada dia guna untuk merosakkan hubungan mereka. Mampu ke dia? Apa tindakan Shafika sebagai Mrs. Farrid Affiq untuk atasi semua ini? Dia bertahan sebab taknak hilang suami paling sweet dia atau dia memilih untuk pergi? Start : Dec 2017 End : Feb 2018
WANITA KESAYANGAN TENGKU ( TERBIT) by syaff_eyka_21
syaff_eyka_21
  • WpView
    Reads 3,676,593
  • WpVote
    Votes 35,110
  • WpPart
    Parts 28
Farah Husna, dirinya seringkali digambarkan sebagai watak antogonist oleh orang yang tidak mengenali dirinya. Berbekalkan wajah yang rupawan, mudah sekali untuk dia mendapat lelaki yang dia mahu. Tidak kira muda ataupun tua, semua lelaki tertarik untuk mendekati dirinya. Kecuaian yang dilakukan oleh Farah Husna menyebabkan dirinya terikat dengan seorang Tengku yang sombong dan angkuh. "Kenapa kau senyum? Betulkan apa yang aku cakap? Perempuan sundal macam kau ni, sanggup lakukan apa saja untuk pikat lelaki kaya walaupun maruah diri terpaksa dicampak dalam loji najis." TENGKU ADAM. "Betullah tu, memang aku ni perempuan sundal, tapi untuk pengetahuan kau, aku tak bodoh yang bodoh tu kau. Tengok perempuan ni dapat siapa? Tengku. Tengku ni dapat siapa? Sundal." FARAH HUSNA. Sayangnya apabila mereka mula cuba untuk memahami satu sama lain, muncul Sheila Shaqilla yang nekad untuk merebut cinta hatinya semula. "Aku just nak bagi warning dekat kau, Am tu milik aku. Kau jangan fikir kau ada peluang nak ambik hak aku." SHEILA SHAQILLA. "Eh kalau kau nak kau ambil. Ambil sekarang! Kau ingat aku kisah? Pasal lelaki pun lebih-lebih." FARAH HUSNA. Kisah cinta bak cerita dongeng itu akhirnya hancur jua apabila fitnah dilemparkan dan kepercayaan yang mula goyah. Ketika kebenaran perlahan-lahan terungkai untuk mereka membetulkan semula keadaan, muncul pula jejaka-jejaka dari masa lampau yang ingin mengubati luka di hati Farah Husna. "Aku masih sayang kau Una." TENGKU ADAM. "Dengan izin Allah Una, saya tetap akan tunggu awak." MOHAMMAD IRFAN. "Kau doakan lah aku bahagia dengan Una." MEGAT FARID. Jadi siapakah yang akan Farah Husna pilih sebagai teman sehidup semati? Tengku Adam, bekas suaminya, Mohamad Irfan, teman baiknya sejak kecil atau Megat Farid yang merupakan pujaan hatinya sejak di Universiti.
Cinta Mr MAFIA | SLOW UPDATE by Missmerapux
Missmerapux
  • WpView
    Reads 246,286
  • WpVote
    Votes 11,800
  • WpPart
    Parts 30
Sudah takdir mereka berkahwin dalam keadaan tidak bersedia. Jodoh mereka sampai dalam keadaan tergesa gesa. Mengenal seorang NADHIRAH NUR ZAHRA bukan satu rancangan nya. Bagi ADAM TAUFEEQ, Seorang NADHIRAH adalah gadis yang ayu dan baik. Bagi NADHIRAH, ADAM TAUFEEQ adalah lelaki yang misteri. perwatakan lelaki itu membuatkan dia takut dan tak tentu arah dalam satu masa. Dia redha berkahwin dengan ADAM walaupun mereka berkahwin dalam keadaan tidak bagus. Perasaan cinta mula hinggap di hati masing masing, tapi si musuh mula menunjukkan belang. bahagi kah mereka? apakah riaksi Nadhirah apabila mengetahui rahsia Adam? ⚠Tak ada scane 18++ ⚠typo bersepah ⚠Penggunaan bahasa yang agak kesat
UMAR MIKAEL © by thusfthi
thusfthi
  • WpView
    Reads 1,416,860
  • WpVote
    Votes 40,239
  • WpPart
    Parts 42
COMPLETE °Kadang-kadang pengorbanan diperlukan untuk membina sesebuah perhubungan° Pertemuan di antara Tengku Mikael dan Durriyatul Umairah telah menyemai satu perasaan cinta yang sangat sukar ditafsir. Sikap Durriyatul Umairah yang keras kepala sering menduga ego Tengku Mikael. Walau sekeras mana hati seorang lelaki, dia pasti akan cair apabila disimbah dengan perasaan cinta yang suci. Walau bagaimanapun, Tengku Mikael mempunyai rancangan yang tersendiri untuk membuatkan Durriyatul Umairah jatuh padanya. Benarlah kata orang, ego lelaki mampu menghancurkan segalanya. "Boleh tak kau pakai something yang agak menarik sikit. Sexy is better for you. Sakit mata aku kalau hari-hari menghadap kau begini. Kalau boleh aku nak kau free hair. Baru sedap mata memandang." - Tengku Umar Mikael Sungguh tidak masuk akal permintaan Tengku Mikael. Akhirnya penampar Durriyatul Umairah hinggap pada pipi Tengku Mikael. Ego lelaki itu makin tercabar apabila belum ada lagi perempuan yang berani menamparnya begitu. Akhirnya Tengku Mikael mengatur satu rancangan untuk memerangkap Durriyatul Umairah. Tapi siapa sangka, rancangan itu akan memakan diri Tengku Mikael juga apabila dia jatuh cinta pada Durriyatul Umairah. "Maaf Tengku. Saya tak dapat ikut kemahuan Tengku. Permintaan Tengku untuk menyuruh saya dedahkan aurat saya sangat tidak masuk akal. Lagipun bukan Tengku yang akan menanggung dosa saya kelak. Jika beginilah sikap Tengku, saya perlu meletakkan jawatan." -Durriyatul Umairah 📣Update : Random 🔓Start : 5/07/2018 🔒End : 1/2/2019 🌱 #WattysAward2016 : Hidden Gems/Permata Yang Tersembunyi Sebarang typo/kesalahan tatabahasa haraplah dimaafkan kerana author tidak sempat untuk edit kesemua bab yang telah dipublish semula.
Encik Suami Terlajak Macho. (THE DIAMOND LOVE) by MissAeygo___
MissAeygo___
  • WpView
    Reads 2,129,913
  • WpVote
    Votes 72,644
  • WpPart
    Parts 49
Published : April2016 - Nov2016 Tengku Danish Edward, seorang lelaki yang handsome. Siapa tidak kenal jejaka paling macho sekali dan popular dengan sikap nya yang peramah menjadi CEO Karisma Holding. Lelaki kacukan Rusia mempunyai kembar seiras, Tengku Danial Edward sangat berlainan perwatakan antara mereka. Walaupun Tengku Danish Edward menjadi kegilaan ramai perempuan tetapi tidak bermakna dia ni seorang yang buaya darat. Faham kan? -Awak siapa? Kenapa awak tiba-tiba nak peluk saya?- Aina Umairah. -Suka aku lah nak peluk siapa. Ada kau kisah?- Tengku Danish Edward. Aina Umairah berdoa supaya dia tidak berjumpa dengan mamat yang separuh gila itu. Tiba-tiba peluk orang depan khalayak ramai, siapa tak marah wei! Akan tetapi... takdir telah menemukan mereka semula di dalam majlis yang berada di kapal mewah. Apa yang terjadi masa tu? Baca! Author sarankan baca. Hehehe. Memaksa pula. Gurau je. Highest rank: #3 in romance
Dia lelaki idamanku by bella_0224
bella_0224
  • WpView
    Reads 526
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 6
Asp zikry irfan Bin dato dr zawadi.. namanya gah dimata dunia lagi ii wanita.. sifat nya yang beku membuatkan dia tidak pernah didampingi oleh mna ii wanita walaupun ramai yang Cuba memikatnya..tetapi atas arahan abahnya dia terpaksa meruntuhkan prinsip hidupnya iaitu single is better!! Dr nur Farah izzati bin baharuddin.. Dia seorang yang sangat patuh terhadap orang tuanya, dia bekerja sebagai dr pakar bedah di salah sebuah hospital swasta milik ayah kepada asp zikry.. kenapa susah sangat kau nak terima aku dalam hidup kau? -Dr farah kau kena faham, bukan mudah untuk aku terima kau setelah beberapa kali hati aku dpermainkan!! tapi kitakan dah lama berkawan? -dr farah berkawan tak bermakna aku boleh cintakan kau arah!! -asp zikry fuhh keras sungguh seorang insan bernama zikry yee.. dapatkah farah menunaikan hasrat dr zawadi untuk menakluki hati zikri seterusnya menjadi isteri kepada insan yang berhati beku itu?? nantikan misi untuk menggoda asp zikry dalam dia lelaki idamanku...
Mr Mama - [ɌIȺN] by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 1,601,591
  • WpVote
    Votes 80,122
  • WpPart
    Parts 54
-"Adakalanya, tempat paling bahaya ialah tempat paling selamat untuk berlindung"- ----- PENUH misteri dan perahsia. Itulah sifat asli yang ada dalam diri seorang Dhean Arriyan. Dia tegas. Dia dingin. Dia pemarah. Hidupnya hanyalah atas dasar nyawa. Namun tak disangka, kehadiran seorang bayi lelaki telah mengubah 180 darjah seluruh hidupnya! "Siapa sebenarnya kau ni budak?" - Dhean Arriyan "Babababa..." - Rizq Althaf Memang mustahil bagi seorang Rian untuk menjaga bayi lelaki yang entah dari mana asal usulnya. Tambahan lagi apabila dia memang kosong peratus ilmunya tentang penjagaan anak. Dia tak pernah berkahwin. Dia tak pernah rasa adanya keluarga. Namun begitu, bukanlah menjadi noktah untuk seorang Rian berputus asa. Lantaran bayi lelaki itu berjaya buatkan dia terjatuh sayang, Rian berkorban masa untuk berguru dengan ibunya tentang penjagaan bayi. "Comelnya Rizq. Bila sekali imbas nampak macam Rian junior", - Ayeen Hazreen Misteri tentang asal usul Rizq mendorong Rian untuk menyiasat. Tapi tak disangka telah membuka debaran dalam hati Rian. Sungguh, Rian sama sekali menyesal untuk menyiasat tentang asal usul bayi lelaki itu! "Kau tak faham, Raf. Aku hanya akan membahayakan orang yang aku sayang" - Dhean Arriyan "Percaya cakap aku, Rian. Perempuan boleh hidup tanpa kita. Tapi kita takkan boleh hidup tanpa perempuan" - Alfan Rafisqi Persoalannya, siapa bayi lelaki itu sebenarnya? Apa kaitannya dengan seorang Rian? ---- Start; 13/4/2020 End; 7/5/2020 ---- #1 in friendship #1 in mafia ⚠ Abusive language •••••••••••••••••• •••••••••••••••••• PENCIPLAKKAN JALAN CERITA INI ADALAH DIHARAMKAN SAMA SEKALI SAMA ADA JALAN CERITA MAHUPUN TAJUK! KALAU DEGIL JUGA PANDAI - PANDA
Tuan Zarief Khairil (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 1,914,757
  • WpVote
    Votes 76,765
  • WpPart
    Parts 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
The King Mate by Nuragomi
Nuragomi
  • WpView
    Reads 1,984,089
  • WpVote
    Votes 77,666
  • WpPart
    Parts 50
Tunku Sarah Amie.Cucu perempuan Sultan Aminuddin Al-Syah dan merupakan anak kepada Tunku Muazzam. Namanya secantik tuan empunya badan sehingga menarik perhatian sang jejaka berdarah kerabat diraja. Disebabkan sesuatu perkara Tunku Sarah perlu merahsiakan identitinya sebagai cucu perempuan tunggal Sultan Aminuddin . "King samuel menitahkan agar semua pemerintah negara yang mempunyai cucu perempuan atau anak perempuan dihantar ke negara Howl's castle untuk dipertemukan dengan Putera Mahkota baginda dan nama tok ayahanda kamu terdapat dalam senarai."-Tunku muazzam "MINE! You're mine!" - Putera Mahkota.
SUPER MAMA  by nrlfarahinn
nrlfarahinn
  • WpView
    Reads 2,220,898
  • WpVote
    Votes 119,206
  • WpPart
    Parts 76
Seawal usia 20-an , aku terpaksa bekerja sebagai pengasuh kepada anak-anak encik duda demi tiga ribu sebulan . Pada pandangan orang kaya , tiga ribu tu apalah sangat . Tapi pada aku ..tiga ribu tu besar ya bapak bapak ibu ibu! Anak dia bukan satu , bukan dua tetapi tiga ! Perangai anak-anak encik duda, Isyraf Ayriel ternyata sukar dijangka. Seorang sepesies dingin macam baru keluar dari peti ais, seorang lagi kadang baik kadang hmm malaslah nak cakap. Dan seorang lagi nakal tapi tak nakal. Ah entahlah! " " Nanny, keciknya kereta ni! Tak macam kereta papa pun, kereta papa besar. Kereta papa gajah masuk pun boleh muat. Kereta kecik ni? Hmm, semut masuk belum tentu lepas. " " Kotex tu apa, Kak Liya? " " Atakk uka urokk ( kakak muka buruk ) ! " Bila dah jaga anak duda ni , lama-lama datanglah penyakit miang aku . Aku bukan miang dengan sesiapa pun . Miang dengan crush aku je , bapak budak tiga orang tu . Caturan Ilahi sangat indah. Siapa sangka status aku yang pada awalnya pengasuh kepada anak-anaknya, kini diangkat darjatnya menjadi isteri kepada Isyraf Ayriel. Ah bahagianya! Sayangnya bahagia aku cuma sekejap apabila munculnya sang antagonis tanpa diundang cuba meruntuhkan tiang arasy yang kami bina. Jika orang lain aku masih boleh terima, tetapi mengapa mesti Bella Eryana, bekas isteri Ayriel? Ayriel yang sekarang bukan lagi yang dulu. Yang sayangkan aku, yang cintakan aku. Dia berubah. Jauh berubah sehingga sanggup percayakan orang luar berbanding aku. Aku ni siapa pada dia? Isteri atau teman sebilik semata-mata? Saat diriku rapuh tidak mampu berdiri lagi, si kecil datang menyalurkan semangat. " Kenapa Ayad nak ikut mama? Mama tak kaya macam papa. Mama tak boleh beri mainan yang banyak macam papa. Mama tak ada duit, sayang. " " Ayad tak nak mainan. Ayad cuma nak selalu dekat dengan mama. I love you, mama.. " 90% MALAY 10% ENGLISH