applepienana03
- Reads 220
- Votes 13
- Parts 15
Keisha Amanda sentiasa mengimpikan hubungan seperti di dalam drama-drama yang ditontonnya dalam televisyen. Lelaki yang menyayanginnya dan menghormati dirinya, itulah apa yang diinginkannya. Ramai lelaki yang disukanya tetapi pasti kesudahannya tidak lah begitu indah. Namun, tiada perkataan putus asa dalam hidupnya dan mencari lagi putera impiannya sehinggalah dia bertemu dengan Afeef Danial, senior di sekolahnya.
Seperti yang dilakukannya dulu, Keisha akan bercerita dengan rakan-rakannya dahulu tetapi rakan karibnya, Nurin Adelina suka pada Afeef juga. Nasib berpihak pada Keisha apabila Adelina sendiri memberi sokongan kepada Keisha. Misi dimulakan dengan cuba untuk mendekati Afeef dengan pelbagai cara dan dibantu oleh rakan-rakannya. Dengan bantuan Aileen, Keisha berjaya mendapatkan telefon Afeef. Dari situ mereka berdua mula rapat dan akhirnya hubungan mereka berada di satu tingkat lebih tinggi daripada sebelum ini. Malangnya, Afeef perlu pindah ke Penang disebabkan ibunya yang merupakan guru mata pelajaran Kimia perlu berpindah. Nak tak nak, Keisha dan Afeef menjalankan hubungan jarak jauh.
Hubungan jarak jauh ni tidak senang yang disangkakan oleh Keisha. Tambahan pula dia berada di tingkatan 3 dan menyebabkan masanya lebih kepada pelajaran. Bak kata Tsana, '85% hubungan jarak jauh takkan berjaya.' Perkara itu menjadi betul apabila konflik mula timbul. Keisha mendapat tahu satu rahsia daripada Afeef yang mengejutkan dirinya. Boleh ke hubungan jarak jauh mereka berakhiran dengan bahagia atau sebaliknya?