Fixi book
16 stories
(preview) SEMALAM - sebuah novel Felicia Yap by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 896
  • WpVote
    Votes 20
  • WpPart
    Parts 1
Terjemahan novel bestseller antarabangsa YESTERDAY. Bagaimana kes pembunuhan dapat dirungkai jika kita hanya mampu ingat apa yang terjadi semalam sahaja? Bayangkan sebuah dunia yang terbahagi mengikut jumlah ingatan sesuatu golongan, dan bukannya mengikut harta kekayaan mahupun kepercayaan agama. Golongan majoriti Mono cuma punya memori selama satu hari, manakala golongan elit Duo punya dua hari. Dalam masyarakat berstrata yang mendiskrimasi golongan Mono daripada memegang jawatan tinggi, perkahwinan campur Claire dan Mark adalah sesuatu yang unik. Claire seorang Mono, juga suri rumah yang rajin. Mark, seorang Duo, juga novelis yang berhasrat menjadi ahli politik. Pasangan yang menjadi contoh unggul sikap toleransi dan kesamaan, hinggalah... Seorang wanita cantik ditemui mati. Mayatnya dihumban ke dalam Sungai Cam di England. Wanita itu adalah perempuan simpanan Mark. Ini menjadikan Mark suspek utama pembunuhan. Detektif yang menyiasat kes itu punya rahsia sendiri. Begitu juga si mangsa. Bila ingatan pendek detektif dan suspek asyik terpadam, bagaimana mungkin kebenaran dapat dicungkil? Penceritaan disampaikan dari empat perspektif berbeza, iaitu Mark, Claire, detektif penyiasat, dan mangsa. Novel debut Felicia Yap yang amat kreatif membawa pembaca pada perlumbaan melawan masa yang asyik berubah dalam mencari si pembunuh. (Penterjemah: Zalikha Yaacob & Anida Adam)
GINJAL - sebuah novel Bali Baim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 47,041
  • WpVote
    Votes 1,124
  • WpPart
    Parts 14
Penyiasatan pihak polis ke atas satu siri pembunuhan yang melibatkan ginjal mangsa. Aslan, detektif yang baru ditukarkan ke unit siasatan jenayah, dan dia terus mendapat kes sulungnya melibatkan seorang perempuan yang telah ditikam ginjal. Sedikit demi sedikit dia lalu terobsesi dengan pembunuh bersiri itu. Mampukah Aslan mengesan subjek obsesinya?
CERPEN HARI JUMAAT by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 373,347
  • WpVote
    Votes 11,504
  • WpPart
    Parts 53
Cerpen-cerpen baru oleh mereka yang pernah hasilkan novel Fixi. Kongsikan kegembiraan ini setiap hari Jumaat! Siri ini disiarkan sempena tahun 2016 dan kini dah tamat.
(preview) DELIRIUM - sebuah novel Sahidzan Salleh by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 2,656
  • WpVote
    Votes 45
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak penuh boleh dibeli di fixi.com.my dan kedai-kedai. Sinopsis: Pemenang pertandingan novel Sabah anjuran Fixi. Seketul kepala manusia ditemui di sebuah shopping mall di Sandakan. Seorang lelaki yang disyaki melakukan pembunuhan itu disoal-siasat di sebuah bilik kurungan. Setiap bab soal-siasat diselang-seli dengan kisah lelaki itu di dalam menghuraikan apa yang sebenarnya telah terjadi sehinggalah dia ditahan di dalam bilik kurungan tersebut. Dia bercerita tentang Stella. Stella pernah diculik dan dirogol sewaktu dia kecil. Kejadian itu mendatangkan kesan yang mendalam pada mentalnya sehinggalah bila dia dewasa, dia mula memburu lelaki-lelaki yang telah menghancurkan hidupnya dahulu. Apakah kaitan antara Stella, lelaki dalam tahanan dan kepala manusia yang ditemui itu?
(preview) ENAK - sebuah novel Nuril Basri by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 4,790
  • WpVote
    Votes 58
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak penuh boleh dibeli di fixi.com.my dan kedai-kedai. Sinopsis: Ratu percaya dirinya gemuk. Ratu percaya dirinya bodoh. Jadi dia tidak percaya dirinya akan menemui cinta; itu semua kan dongeng! Namun dia terkejut. Cinta datang dalam bentuk Hans, pemuda kacak persis artis Korea. Tetapi takdir Ratu bernikah dengan Inugraha, lelaki yang disangka tukang ojek. Hans memperlakukan dia seperti ATM bergerak. Inugraha melayaninya dengan sabar walaupun Ratu tidak pernah menganggapnya seorang suami. Ratu kini di persimpangan. Tapi dia harap semuanya akan baik-baik saja: dia kan seorang gadis Jakarta yang cekal!
(preview) ASRAMA: 2 - sebuah novel Muhammad Fatrim by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 9,663
  • WpVote
    Votes 181
  • WpPart
    Parts 1
Dahlia tidak pernah gagal menyambut harijadi setiap pelajar di asrama itu. Bukankah Dahlia dan harijadi memang sinonim? Kehadiran Lily membuka lembaran baharu di asrama tempat mereka bertapak. Lily istimewa kerana dia satu-satunya mangsa yang terselamat bahana penculikan 'Pembunuh Tangan Hilang' suatu ketika dulu. Namun, misteri menyelubungi asrama sekali lagi apabila histeria berantai melanda dan menyebabkan pelajar dalam ketakutan! Adakah ini semua berkaitan dengan Lily yang seolah cuba dilindungi 'sesuatu'? Dan dapatkah Dahlia dan kawan-kawannya menyelamatkan asrama yang mereka huni?
(preview) NOTA: 3 - sebuah novel Shaz Johar by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 2,057
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 1
"Aku nak bagi story bagus kat kau ni. Memang ada orang yang cuba nak bunuh aku. Aku ada dapat surat. Macam notis. Macam nota. Macam ni ha." - Amri Adnan. Kali ini Ray disogokkan pula dengan beberapa siri nota yang diterima oleh musuh tradisinya untuk dijadikan novel. Setiap satu nota itu mengandungi 117 patah perkataan dan kesemuanya berupa ancaman bunuh. Akibat rasa ingin tahu siapa pengirim dan apa kaitan angka 117 pada nota-nota itu, dia bersetuju untuk mencari jawapannya. Dalam pencariannya itu, dia telah menelusuri dua jalur yang berbeza: Antara memaafkan dendam lampaunya atau terus berperang dengan perasaannya sendiri.
(preview) BINGIT - sebuah novel Jeehan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 1,544
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 1
Pemenang pertandingan novel Singapura anjuran Buku Fixi. Gua, Jedi. Ini kisah gua. Berperang sama diri sendiri, menjadikan hidup gua huru-hara. Sedikit masa gua berkenalan sama perempuan gua, nama dia Faiza. Bertambah huru-hara bila gua dapat tahu dia mengandungkan anak haram gua. Penjara, fitnah, dadah, zina, pondan liar, itu semua perkara bikin gua paiseh. Gua mahu lari dan mahu jadi Jedi yang baru. Tetapi, kisah baru pula yang timbul bila Tony datang kasi bingit sama gua lagi.
(Preview) MEREKA - sebuah novel Ariff Adly by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 15,751
  • WpVote
    Votes 315
  • WpPart
    Parts 1
Versi cetak boleh dibeli di fixi.com.my. Akan masuk kedai-kedai biasa pada September 2015.
(preview) GANTUNG: 2 - sebuah novel Nadia Khan by BukuFixi
BukuFixi
  • WpView
    Reads 25,110
  • WpVote
    Votes 335
  • WpPart
    Parts 1
Sambungan novel bestseller GANTUNG. Dia membuka nota tu dan menunjukkannya pada Gibbs; KJ turut menjenguk. "What does this mean?" tanya Gibbs. "Tak tahu. Mungkin... apa yang aku pernah buat kat sekolah?" "Seriously, Ray... takkan kau rasa ni ada kena-mengena dengan sekolah?" "Melainkan kau ada buat benda lain yang kitorang tak tahu," sampuk KJ. Kalau bukan tu, aku kena mengaku semua kesalahan aku. Kesalahan yang mungkin aku buat secara tak sengaja atau di bawah sedar. Kesalahan yang aku buat lepas dah tinggalkan SMCGT - dan aku jadi manusia heartless yang tak lagi korang kenal...