nrlynbh's Reading List
2 stories
Rahsia Hati Kita [C] by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 237,050
  • WpVote
    Votes 18,711
  • WpPart
    Parts 34
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA start: 25 April 2024 end: 24 September 2024 Bagi dunia, Raihana Mikaila hanyalah gadis yang tidak cukup cantik untuk dihargai. Di sekolah, dia menjadi mangsa buli kerana tubuhnya yang gemuk dan kulitnya yang gelap. Setiap ejekan membuatkan dia semakin belajar satu perkara. Manusia tidak pernah benar-benar baik. Namun di sebalik semua luka itu, Raihana Mikaila menyimpan satu rahsia yang tidak pernah diketahui sesiapa. Dia jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Raaif Mateen, kawan baik kepada abang sulungnya. Perasaan itu bermula dalam diam dan terus hidup bertahun-tahun lamanya. Apabila Raaif Mateen dan abangnya menyambung pelajaran ke luar negara, kehidupan Raihana Mikaila mula berubah. Tahun demi tahun berlalu, Raihana Mikaila bukan lagi gadis yang sama. Apabila Raaif Mateen kembali ke Malaysia, hubungan mereka yang dulunya akrab kini berubah menjadi dingin dan asing. Raihana Mikaila memilih untuk menjauhkan diri, seolah-olah lelaki bernama Raaif Mateen itu tidak pernah membawa makna apa-apa dalam hidupnya. "Hana marahkan Abang Raaif ke? Hana nampak tak suka nak bersembang dengan Abang Raaif." - RAAIF MATEEN Bertahun-tahun Raihana menyimpan cinta, masa akhirnya memberi dia keberanian untuk mengaku. Namun dia terlambat. "Te-Terima kasih jadi insan yang terpenting dalam hidup Hana. Terima kasih ajarkan Hana cara hidup yang sepatutnya Hana jalani selama ini." - RAIHANA MIKAILA
HIS ANSWER PRAYER | C by Flowerizna
Flowerizna
  • WpView
    Reads 16,270
  • WpVote
    Votes 662
  • WpPart
    Parts 56
alert ; sebarang kata-kata yang ditulis secara typo, mohon maaf! Bila sudah jatuh cinta dengan seorang gadis, dia sanggup memanjatkan doa dan melangitkan nama gadis itu di sepertiga malamnya pada setiap hari. Seorang lelaki yang bernama MUHAMMAD NAWFAL ini sedang didesak oleh ibu bapanya untuk berkahwin secepat mungkin supaya ibu bapanya tahu bahawa dia sudah mendapat kegembiraannya sendiri. Tetapi, malangnya, NAWFAL tetap berdegil dengan keputusan ibu bapanya itu. Alasannya cuma satu; "Ibu, Nawfal dah ada seseorang yang Nawfal cintai. Nawfal sentiasa sebut namanya di sepertiga malam Nawfal. Nawfal cuma tunggu jawapan doa Nawfal dari Allah sahaja sekarang ini," - Muhammad Nawfal Bila tak sengaja bertemu, Nawfal hanya mampu tundukkan pandangannya daripada melihat wajah gadis tersebut. Entah kenapa dia ada perasaan secara senyap kepada gadis itu. "Saya, nak ajak awak ta'aruf. Maaf kalau tiba-tiba. Kalau tak sudi pun tak apa. Saya tak kisah." - Muhammad Nawfal "Bagi saya sedikit masa, boleh?" - Nawal Humaira Gadis yang bernama NAWAL HUMAIRA secara tidak sengaja diselubungi dengan perasaan peliknya. "Tudung saya kadang-kadang tak labuh. Handsock dengan stoking pun sebelum keluar saya selalunya terlupa nak pakai. Makeup pun saya tak reti. Macam mana Encik boleh suka saya ni?" - Nawal Humaira "Awak... Jawapan dari doa sepertiga malam saya. Jadi, saya tahu Allah hadirkan awak untuk saya. Dan, saya terima jawapan terbaik dari Allah untuk saya." - Muhammad Nawfal