Adamfirdausr
- Reads 9,621
- Votes 2,394
- Parts 13
"Ada tujuh dimensi... dan aku menjadi jasad tunggal kepada tujuh entiti dari dunia yang tak patut aku kenal."
Zayyad Raiyan, pelajar lelaki tingkatan 5 yang disanjung ramai. Atlet gimnastik sekolah, pelajar cemerlang, misteri tapi memukau. Tapi di balik semua gelaran itu dia menyembunyikan sesuatu. Sesuatu yang hanya dia tahu. Atau, dia sangka hanya dia yang tahu. Dalam tubuhnya ada tujuh saka. Dari tujuh dimensi gelap. Makin hari, makin sukar dikawal. Dan dia makin takut satu hari nanti, dirinya sendiri akan lenyap, diganti mereka.
Izzaty Inany pula lain kisahnya. Gadis ceria yang dikenali ramai kerana sikap peramah, tapi tak pernah kekal dalam mana-mana hubungan cinta. Dia bukan pelik. Dia cuma boleh melihat makhluk yang tak dapat dilihat manusia biasa.Sesuatu yang dia cuba sembunyikan sepanjang hidup kerana pengalaman silam mengajarnya apabila bercinta dengan manusia normal bila kau bukan normal hanya akan menyakitkan.
Tapi satu pertemuan tak sengaja.
Satu sentuhan.
Dan satu pandangan membuka pintu rahsia yang sepatutnya tidak pernah dibuka.
Zayyad mula rasa, hanya Izzaty mampu memahami kegelapan yang dia tanggung. Izzaty pula mula sedar, Zayyad bukan sekadar misteri. Tapi satu kunci.
Satu panggilan... dari dunia yang selama ini dia cuba lupakan.
Bila dunia sekolah mula diganggu,
Bila saka-saka itu mula menunjukkan wajah sebenar,
dan bila cinta mula muncul dalam gelora yang tak dijangka.
Apa yang lebih penting ketika ini? Keselamatan diri... atau hati yang mula bergetar?