Tya271290's Reading List
185 stories
Arah Semesta Kita by KaelAuren_
KaelAuren_
  • WpView
    Reads 979
  • WpVote
    Votes 99
  • WpPart
    Parts 5
Muhammad Zyair, seorang Pakar Bedah Saraf di hospital Medina Medical Centre, sebuah hospital swasta elit milik keluarganya. Di bawah lampu dewan bedah, dialah Raja yang tak boleh dibantah. Ketegasannya usahlah diperkatakan. Dia juga seorang yang perfectionist. Bagi Zyair, kesilapan bermakna maut. Pada usianya 39 tahun, prinsip hidupnya hanya satu, kerja. Cinta? Tiada dalam kamus hidupnya, malah dia menganggap emosi hanya akan menumpulkan mata pisau pembedahan. Aireen Qaisarah merupakan House Officer (HO) tahun akhir. Malang tidak berbau apabila dia diletakkan betul-betul di bawah bimbingan singa kelaparan ketika program kolaborasi. Aireen mengakui dia berhati tisu, tetapi itu tidak bermakna dia akan menyerah kalah begitu sahaja. Di celah ketegangan, Hospital Sungai Buloh bermulanya pertelingkahan yang sering kali menggamit suasana hospital. "Air mata kau tak boleh selamatkan nyawa pesakitlah, Doctor Aireen! Baru kena bentak sikit kau dah menangis macam budak tadika. Aku tak perlukan orang macam kau dalam team aku." - Muhammad Zyair. "Saya menangis sebab hormon kortisol saya tengah tinggi! Lagipun, dalam manual hospital, tak ada pula tulis doktor dilarang keluarkan air mata, kan?" - Aireen Qaisarah. Apabila malam-malam on-call yang panjang mempertemukan dua jiwa ini dalam situasi hidup dan mati, tembok yang dibina Zyair retak. Di sebalik ketegasan Zyair, air mata kecekalan Aireen mencuri perhatian sang pakar bedah. Tanpa disedari, degup jantung yang sering diperiksa, berentak aneh setiap kali mereka bertentang mata. Cinta pun berputik di ruang yang tidak dijangka. Adakah ego seorang Muhammad Zyair akan runtuh demi mempertahankan seorang gadis yang berjaya merempuh pintu ke takhta hatinya? Mampukah Aireen bertahan saat dia menyedari bahawa dia bukan sahaja perlu merawat pesakit, tetapi juga perlu menyembuhkan hati seorang pakar bedah yang telah lama membeku? Di bawah bilah pisau bedah, takdir mereka bertaut.
Puspitaku Seroja by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 74,696
  • WpVote
    Votes 9,556
  • WpPart
    Parts 41
"Dengan restu sekian alam, aku terima kau menjadi isteriku, wahai Seroja." Mimpi itu terasa terlalu nyata untuk dipanggil mimpi. Seakan aku berdiri di hadapan seseorang yang melafazkan akad itu kepadaku. Namun, mimpi tetaplah mimpi. Siapalah yang sudi memperisterikan wanita seperti aku? Gadis berkulit gelap yang sering menjadi bahan sindiran di Kampung Cendana. Sejak pemergian ayahku, Pak Pekin, hidupku mula dihantui perkara-perkara yang sukar dijelaskan. Hampir setiap malam, seekor harimau muncul dalam lenaku. Anehnya, ia tidak pernah mengaum atau menerkam. Bahkan hanya berdiri di balik kegelapan, memandangku dengan renungan yang sarat makna yang tidak mampu aku tafsirkan. Esoknya aku menemui seorang jejaka yang terdampar di tebing sungai selepas hujan lebat melanda. Aku percaya perahunya karam dibawa arus deras malam sebelumnya. Atas rasa belas, aku membawanya pulang untuk dirawat. Tubuh lelaki itu dipenuhi parut-parut lama. Wajahnya tampan, tetapi matanya menyimpan seribu rahsia. Entah siapa dirinya, dan entah apa tujuan sebenar dia datang ke Kampung Cendana. "Apa yang kau cari di Kampung Cendana ini sebenarnya?" - Seroja "Isteriku. Aku datang untuk membawa dia pulang." - Jejaka Misteri Aku tidak tahu sama ada dia berkata benar atau sebaliknya. Namun jika benar dia sudah beristeri, wanita itu pasti sangat bertuah. Walaupun menjadi pujaan hampir setiap anak dara di Kampung Cendana, lelaki itu tidak pernah mengambil kesempatan. Dia menjaga pandangannya sebaik mungkin dan tidak pernah melayan perhatian yang diberikan kepadanya. "Kau tak rasa pelikkah dengan jejaka dari kampung seberang itu? Dengan anak dara lain dia tak pernah memandang, tetapi dengan Seroja, tak pernah pula matanya lari." - Nasir "Kenapa kau kena peduli. Cemburukah?" -Sulong Siapakah sebenarnya jejaka misteri itu? Dan mengapa setiap kali dia memandangku, aku merasakan seolah-olah kami pernah saling mengenali... jauh sebelum aku dilahirkan ke dunia ini?
AKSARA YANG HILANG by nlxaroses
nlxaroses
  • WpView
    Reads 3,512
  • WpVote
    Votes 530
  • WpPart
    Parts 35
Aurelia tidak pernah melupakan Muhammad Saif. Lelaki yang pernah menjadi teman baiknya, cinta pertamanya dan pemilik segala janji yang dibuat pada penghujung zaman persekolahan mereka. Ketika Saif melanjutkan pelajarannya ke luar negara, hubungan mereka masih lagi utuh. Mereka berkongsi cerita, impian dan harapan tentang masa depan yang bakal dibina bersama. Sehinggalah suatu hari...... Saif menghilang tanpa khabar. Mesej tidak dibalas. Panggilan tidak dijawab. Aurelia hidup di dalam kebencian. Dia membenci Saif tanpa mengetahui lelaki itu sudah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Dan segala penantian Aurelia saban waktu berakhir dengan berita yang mematahkan hatinya. Saif telah meninggal dunia di dalam satu insiden yang tidak diingini. Gadis itu cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. dia perlahan-lahan menerima bahawa sesetengah kehilangan tidak pernah menemukan jawapan. Namun kemunculan Aryan mengubah segalanya. Lelaki dingin itu sukar dibaca dan sentiasa menyembunyikan sesuatu di sebalik pandangan matanya yang kosong. Anehnya, setiap kali bersama Aryan, Aurelia merasakan satu perasaan yang tidak mampu dijelaskan. Seolah-olah dia pernah mengenali lelaki itu. Seolah-olah ada bahagian di dalam dirinya yang masih mengingati sesuatu yang telah lama hilang. Tatkala rahsia demi rahsia mulai terbongkar, Aurelia terpaksa berdepan dengan sebuah kebenaran yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Kerana ada manusia yang tidak pernah benar-benar pergi. Dan ada nama dan aksara yang hilang.... Tetapi pemilik aksara itu ternyata masih hidup. Ikuti kisah Aurelia di dalam AKSARA YANG HILANG
Takdir Terindah | C by hyraesme
hyraesme
  • WpView
    Reads 4,351
  • WpVote
    Votes 69
  • WpPart
    Parts 76
1st Heart Series | Hael Aaryan & Estelle Amelie When destiny whispers, hearts find their way~ Soon to be edited. Writing messy, draggy, expect a few grammar slips, typos here and there, but that's ok. Enjoy the process 💃✨ Jangan ciplak!
Cinta Yang Tak Terluah by PLUMERIANA
PLUMERIANA
  • WpView
    Reads 379
  • WpVote
    Votes 34
  • WpPart
    Parts 3
Kerana status anak tidak sah taraf, Mawar Cassandra sentiasa dipandang rendah, malah cintanya pada Farhan ditentang hebat keluarganya. Ketika maruahnya dipijak di khalayak ramai, Raja Tuah Patih tampil melamarnya... bukan kerana cinta, tetapi demi melindungi dan menjaga harga diri gadis itu. Keputusan Tuah menyelamatkan Mawar, namun meremukkan hati Almara Jelita yang sekian lama menyimpan cinta padanya. Di saat Jelita tersenyum menyembunyi luka, Eussof Ayden hanya mampu memerhati dari jauh, menyayangi gadis itu dalam diam tanpa berdaya. Menjelang hari pernikahan Tuah, Jelita memilih pergi membawa diri. Adakah ini penamat kisah cinta mereka, atau cinta yang selama ini terpendam akhirnya akan berpeluang menjadi nyata? Start : 1/6/2026 End :
Beri Aku Waktu by Americarlla
Americarlla
  • WpView
    Reads 85,635
  • WpVote
    Votes 6,181
  • WpPart
    Parts 58
Selepas setahun menghilang tanpa penjelasan, Ayesha kembali membawa pulang seorang bayi perempuan bernama Ameena, sekali gus mencetuskan seribu tanda tanya tentang siapa bapa kandungnya. Bagi menutup aib itu, Ayesha terpaksa menerima Idris, sepupu yang dibencinya, sebagai suami. Namun, perkahwinan paksa itu membibitkan konflik yang jauh lebih sulit dan rumit. Berikutan satu tragedi hitam pada masa lalu, Idris rela menjadi 'Pak Sanggup' kerana dia teramat yakin bahawa Ameena ialah anaknya. Bahkan, dia menganggap Ayesha sengaja menafikan haknya sebagai bapa kepada Ameena. Sebaliknya, Ayesha terpaksa menelan segala tohmahan sendirian kerana hakikat sebenar jauh lebih mengerikan-dia sendiri tidak tahu siapa bapa kandung Ameena. Malah, dia juga sedang menjejaki lelaki itu demi menuntut bela atas penderitaan seseorang. Dalam rumah tangga yang sarat dengan teka-teki, dua jiwa ini saling memburu jawapan. Idris, meskipun masih keliru, tetap memilih untuk memberikan Ayesha waktu. Ayesha pula berharap pada waktu untuk merungkai kebenaran. Tanpa disedari, waktu jugalah yang memaut hati mereka untuk saling merawat luka, melindungi, dan membenarkan cinta itu mekar. Ada sebab mengapa Ayesha memilih untuk menghilang setahun yang lalu. Ada amanah yang perlu dipertahankan di sebalik kewujudan Ameena. Apabila waktu akhirnya membongkar identiti sebenar bapa kandung Ameena, maka terbuktilah-siapa yang harus dicurigai selama ini. "Aku hidup tanpa ada yang menghargai. Jadi, apalah sangat memberikan kau waktu... biarpun syaratnya aku terpaksa menanti dalam kebingungan yang entah bila ada noktahnya." - Idris "Kebenaran tidak pernah menakutkan, melainkan telinga yang diam-diam mendengar. Pemangsa tidak pernah berwajah raksasa... dia berwajah manis." - Ayesha. Start: Dec 2025 End: -
Somehow, This Became Love by estellavielle
estellavielle
  • WpView
    Reads 73,759
  • WpVote
    Votes 6,945
  • WpPart
    Parts 54
Tengku Iris Kamelia, seorang wanita bekerjaya yang hebat, namun menyimpan trauma yang sentiasa menghantui dirinya. Demi memenuhi kehendak keluarga, dia terpaksa berkahwin dengan Raja Haris Mikhael, seorang lelaki misteri yang sukar dibaca. Berbeza dengan jangkaannya, Raja Haris sentiasa menerima Tengku Iris dengan hati terbuka, perlahan-lahan meruntuhkan dinding yang dibina wanita itu. Dalam diam, rasa benci mula bertukar menjadi sayang, dan akhirnya cinta yang tidak disangka. Namun, mampukah Tengku Iris melawan trauma silamnya untuk menerima cinta itu? Dan adakah perkahwinan yang bermula dengan paksaan mampu berakhir dengan kebahagiaan?
Seth Adrian | His Beautiful Lies by FufulieyaMat
FufulieyaMat
  • WpView
    Reads 16,930
  • WpVote
    Votes 733
  • WpPart
    Parts 8
Bacaan Matang | Toxic Relationship.
Tuan Chaisai Imran (OG) by flwershaee
flwershaee
  • WpView
    Reads 3,232
  • WpVote
    Votes 412
  • WpPart
    Parts 23
Kehidupan Isyani Inaya tidak pernah benar-benar tenang. Di sebalik senyuman lembut yang sentiasa menghiasi wajahnya, tersembunyi luka lama yang masih menghantui setiap hela nafasnya. Trauma masa lalu membuatkan Isyani terperangkap dalam penderitaan Bulimia Nervosa, memaksa dirinya bertarung sendirian dengan rasa benci terhadap diri sendiri dan ketakutan yang tidak pernah hilang. Sehinggalah Tuan Chaisai Imran hadir tanpa diduga. "Instead of wishing you were someone else, be proud of who you are. You never know who was looking at you wishing they were you." - TUAN CHAISAI IMRAN "Awak ni sweet talker, kan? Bukan dengan saya saja awak guna ayat macam ni. Dengan perempuan lain pun sama, kan?" - ISYANI INAYA Kehadiran lelaki itu perlahan-lahan mengubah seluruh hidup Isyani. Dengan perhatian yang sederhana namun tulus, Tuan Chaisai membuatkan Isyani kembali percaya bahawa dirinya masih layak dicintai dan masih berhak untuk bahagia seperti orang lain. "Abang... kalau Isya jadi cicak, abang akan kejar Isya tak kalau Isya lari panjat dinding?" - ISYANI INAYA "Abang tak kejar, sayang. Tapi abang akan lestik sayang guna getah." - TUAN CHAISAI IMRAN Di saat trauma lama kembali menghancurkan dirinya, mampukah Tuan Chaisai menjadi pelindung dan tempat bergantung buat Isyani? Mampukah lelaki itu menyelamatkannya daripada terus tenggelam dalam lukanya? ©flwershaee, 2026