Rak Buku
5 stories
Aku Dijangkiti Kehidupan by FahdRazy
FahdRazy
  • WpView
    Reads 838
  • WpVote
    Votes 69
  • WpPart
    Parts 6
Seleksi puisi terpilih oleh Fahd Razy
Sajak-Sajak Perang by Muzafahmad
Muzafahmad
  • WpView
    Reads 635
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 2
Sajak-sajak perang tentang perjuangan menentang segala rupa kezaliman dengan segala bentuk upaya. © Muzaf Ahmad, 2017
Tinju dan Peluru oleh Johan Radzi by RomanBuku
RomanBuku
  • WpView
    Reads 873
  • WpVote
    Votes 26
  • WpPart
    Parts 2
Buku ini kini boleh didapati di kedai-kedai buku seluruh Malaysia. Juga boleh dibeli di laman web rasmi Roman Buku (www.romanbuku.com) atau melalui whatsapp 017-2455448 Setiap tumbukannya guntur, dan daripada bunyinya aku tahu lelaki seberat dua ratus pound itu benar-benar keberangan. Gergasi yang mengamuk. Ini bukan sesuatu yang kau mahu lihat dalam sukan tinju. Ini satu pembunuhan. Keras menuju terus ke sanubari. Cerita-cerita Johan Radzi adalah tentang orang biasa, kau dan aku, yang bergelumang dalam kehidupan dunia, di meja mamak, di gelanggang kelahi, di bawah matahari yang membakar kulit dan minda, bukan di dalam fantasi rumah agam dan kereta mewah.
Kamu Bandar Yang Takkan Pernah Hilang (WIP) by Ashikinmm
Ashikinmm
  • WpView
    Reads 10,439
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 4
Kita bertemu dengan Sophie, graduan seni bina di Sydney yang bertemu Yusuf, seorang jurugambar astronomi yang menjelajah berpuluh bandar di dunia dalam transit perjalanan ke New Zealand. Kita menelusuri kehidupan kedua-duanya yang bertemu dalam penentuan perjalanan masa di antara persimpangan kehidupan. Sophie membesar tanpa kehadiran figura ibu dan bapa. Dia dibesarkan oleh keluarga angkat manakala Yusuf kehilangan ibu bapanya dalam sebuah kemalangan dan dibesarkan oleh atuknya. Kedua-duanya berpendapat bahawa identiti terhasil bukan dari bagaimana seseorang dibesarkan tapi di sebalik pengalaman itu. Pekerjaan utama kita adalah mencari kekuatan dalam diri sendiri dan mencari manusia-manusia lain yang berpemikiran seiras untuk menambah kekuatan dalam mengharungi hidup. Selain saat-saat indah di setiap tempat menarik di Sydney, kita juga melalui pemikiran Sophie yang cintakan bangunan dan seni geometri cenderung kepada hal-hal dunia manakala Yusuf yang lebih cenderung kepada penulisan dan fotografi astronomi yang cenderung kepada perihal rahsia alam semesta yang belum kita ketahui. What happens when a lost astrophotographer meets Wisdom of the Stars in Sydney?
Surat / Pisau by karimmohd
karimmohd
  • WpView
    Reads 373
  • WpVote
    Votes 42
  • WpPart
    Parts 5
1. Sajak-sajak di kampung yang ditulis di fasa awal penulisan. Ketika ini saya baru pulang(atau lari sebenarnya) dari pengajian di sebuah universiti, Putrajaya. Sajak-sajak inilah antara yang mendadak tiba di hadapan saya ketika mengecap kembali angin kampung. 2. Kaki muda yang comot dengan kesan pasir dan tahi ayam, betis yang tercalar-luka-dan-berdarah oleh duri salak, ayam-ayam berkokokan dari dapur dalam perut subuhari, cangkerang siput di parit, babi berlarian sepuluh ekor tersusun dari semak samun dan-- seperti hal-hal yang rawak ini, penyair akan terus hidup dengan kenang-kenangan. Surat / Pisau © Karim Mohd, 2018 Foto: Pesisir Pantai oleh Pok Rie