DIANIZ | OG
DIAN_IZ
- LETTURE 4,386
- Voti 222
- Parti 66
-Ku Dianiz Ayla Dhamia Binti Ku Mukhriz dahulunya seorang gadis ceria yang dipenuhi tawa dan senyuman. Namun, hidupnya berubah dalam sekelip mata. Keceriaan itu kini bertukar menjadi bayang-bayang kelam, menjadikan Ayla Dhamia seorang yang pendiam dan penuh trauma.
-Dia pernah melalui pengalaman ngeri, dipukul, didera, dijual, malah diculik oleh ayah kandungnya sendiri. Belum sempat sembuh dari luka itu, dia menjadi mangsa kepada kezaliman bekas tunangnya. Bertahun-tahun Ayla Dhamia berjuang dengan parut emosi yang meninggalkan trauma mendalam, sehingga dia akhirnya didiagnosis menghidap penyakit yang tidak mampu diterimanya sendiri.
-Namun, hidup Ayla Dhamia mula menunjukkan cahaya harapan sejak kehadiran Muhammad Hafiz Iskandar Bin Firdauz. Lelaki itu, yang dulunya dingin seperti ais, berubah menjadi pelindung sejati buatnya. Dia sanggup meninggalkan uniformnya, melepaskan tugas yang dicintainya, hanya untuk memastikan Ayla Dhamia berada dalam pelukannya, aman dan selamat.
-Tetapi, kebahagiaan yang baru ingin dirasai itu tidak bertahan lama. Ancaman yang tidak pernah surut memaksa Ayla Dhamia dibawa jauh dari segala bahaya. Dan Hafiz Iskandar, yang sudah lama memendam perasaan terhadap gadis itu, kini menjadi lebih dingin, seakan hatinya dibekukan oleh rasa bersalah dan kehilangan.
Mampukah Ayla Dhamia bertahan dengan semua ini? Apakah ancaman yang akan terus menghantui hidupnya?
Ikuti perjalanan kisah ini dan saksikan bagaimana rahsia demi rahsia mula terbongkar. Setiap kata mempunyai makna, setiap watak membawa dendam dan cinta yang tidak terucap. Terima kasih kerana terus membaca, kerana jawapan kepada semua persoalan ini akan terungkai sedikit demi sedikit.
#5 In Army (08/10/2023)
#17 In Doktor (30/10/2023)
#1 In PTSD (01/03/2024)
⚠18+
⚠Matured
⚠Cliche
⚠Action
Status: ON GOI