Favourite
2 stories
BUKAN KAHWIN PAKSA by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 4,779
  • WpVote
    Votes 38
  • WpPart
    Parts 5
"Cinta tu, buta, pekak, bisu." "Kenapa cakap macam tu pula?" "Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah." Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh... maka jodohlah ia! Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon. Dia, IZZ RIZQIN mengorbankan cintanya pada yang lebih berhak. Dia seorang yang menjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Bila berkorban itu bermakna dia seorang pencinta yang sejati. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya. Dia pula, DARA SAFIYA yang tidak percaya pada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri. Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana masing-masing sudah jatuh cinta.
Isteri Atas Kertas  ( COMPLETED )    #Wattys2016 by _llumie
_llumie
  • WpView
    Reads 3,772,855
  • WpVote
    Votes 92,657
  • WpPart
    Parts 53
Mengisahkan kehidupan seorang isteri ( Aryssa ) yang didera, dicaci maki dan dianggap sekadar isteri di atas kertas oleh suaminya sendiri ( Farish ). Ikatan perkahwinannya bersama Farish tidaklah sebahagia seperti pasangan suami isteri yang diluar sana. Mereka disatukan bukan atas dasar cinta tetapi disatukan atas dasar permintaan Tengku Maria iaitu mummy kepada Farish yang inginkan Aryssa menjadi menantunya dan disebabkan terhutang budi dengan jasa baik Tengku Maria lah Aryssa bersetuju untuk berkahwin dengan Farish. " Kau ni hanya isteri di atas kertas je bagi aku !!! " " aku akan pastikan bila tiba masanya aku akan ceraikan kau !!! " Adakah Aryssa akan diceraikan bila sudah tiba masanya nanti ? Tidakkah Farish cuba membuka pintu hatinya untuk menerima Aryssa di dalam hidupnya ? Kalau nak tahu selanjutnya kenalah baca....